Gambar sebuah kenderaan baharu Proton X70 yang terlibat kemalangan menjunam ke dalam sebuah parit tular dalam media sosial hari ini.
Oleh kerana Proton X70 memiliki sistem fungsi arahan suara, ramai yang membuat jenaka mengenainya :
Proton : Kita ke mana encik?
Pemandu : Saya ingin melihat ikan.
Maka terjadilah :
Gambar undang dialog nakal
Itulah dialog nakal yang bertebaran di grup Whatsapp dan timeline media sosial masing-masing.
Namun apa yang sebenarnya berlaku terhadap Proton X70 dari Jalan Keretapi Lama Kapar menghala ke Jalan Tok Muda ini sangat mengejutkan.
Dipandu oleh isteri pemilik SUV bersama anaknya
SUV berkenaan sebenarnya dipandu isteri pemilik bersama anaknya. Oleh kerana ada kereta lain yang keluar dari simpang secara tiba-tiba, pemandunya telah hilang kawalan.
Proton X70 terbabit terjunam ke dalam parit dan menurut sumber, pemilik memberitahu isterinya kini belum sedarkan diri manakala anaknya pula mengalami patah kaki
Laporan telah dibuat di Balai Polis Kapar Indah dan Proton X70 yang malang tersebut telah ditunda ke Pusat Kecermalangan Proton.
Akibat daripada kemalangan itu juga, ramai yang mempersoalkan tentang keselamatan SUV tersebut namun jika dilihat pada spesifikasi sedia ada, kenderaan tersebut memiliki ciri-ciri yang terbaik.
Berikut adalah fungsi asas yang ada dalam Proton X70 untuk rujukan pembaca :
- Proton X70 ditawarkan dalam empat pilihan varian– Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD.
- Dikuasakan oleh enjin empat silinder TGDI yang mampu menghasilkan 181 hp dan 285 Nm tork. Penjana kuasa ini digabungkan bersama transmisi automatik enam kelajuan.
- Kemasan dalaman mewah dengan balutan kulit Nappa berwarna perang selain kemasan aluminium dan penggunaan plastik sentuhan lembut pada papan pemuka.
- Enam pot USB yang boleh digunakan sebagai pengecas peranti mudah alih.
- Corong pendingin hawa belakang dilengkapi dengan pembersih udara bagi memastikan udara lebih segar dalam ruang kabin.
- Fungsi arahan suara (voice command).
- Lampu hadapan projektor yang disertakan dengan lampu nylaan siang LED.
- Bumbung panoramik (untuk varian Premium).
- Sistem bunyi yang berkualiti tinggi.
- Panel meter digital sepenuhnya.
- Skrin sentuh pemain multimedia bersaiz 8-inci.
- Stereng rata di bahagian bawah yang sangat cantik dan sporty.
- Kemasan penutup enjin seperti kereta mewah jenama Eropah.
- Sistem suspensi bebas.
- Penggunaan elemen rekaan Malaysia yang dihasilkan dari olahan motif seni tradisonal tempatan yang dikenali Infinite Weaveuntuk perincian di ruang kabin seperti pada seperti penutup pembesar suara dan pemegang pintu bahagian dalam.
- Corak Infinite Weaveturut digunakan pada jeriji hadapan yang diilhamkan dari busur.
- Rim aloi bersaiz 18-inci dengan tayar berjenama Hankook Dynapro HP2 bersaiz 225/60R18.