Dalam dunia bola sepak, ada momen-momen yang merentasi masa dan meninggalkan jejak yang mendalam. Terbaru, laman media sosial digemparkan dengan gambar-gambar lama yang memaparkan dua bintang bola sepak dari dua generasi berbeza.
Gambar-gambar ini menunjukkan Lionel Messi, pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman sedang memegang seorang bayi yang kini menjadi pemain muda sensasi, Lamine Yamal.
Hubungan mereka merentasi masa dan ruang, memberi inspirasi kepada semua peminat bola sepak, terutama golongan lelaki yang mengikuti perkembangan dunia sukan ini.
Pada tahun 2007, Lionel Messi, bintang bola sepak Argentina, bergambar sambil memegang seorang bayi. Dan baiyi itu adalah Lamine Yamal, kini pemain sayap kanan Sepanyol berusia 16 tahun.
Gambar tersebut menjadi perhatian setelah ia diposting di Instagram oleh bapa Yamal, Mounir Nasraoui, dengan kapsyen: “Permulaan dua legenda.”
Gambar pertama menunjukkan Yamal, yang ketika itu berusia beberapa bulan, dalam tab mandi plastik biru dengan Messi tersenyum dan menghulurkan tangan kepada anak tersebut.
Ibu Yamal berdiri di samping mereka. Ini adalah salah satu daripada beberapa gambar yang diambil semasa sesi foto di bilik persalinan pelawat di Camp Nou Barcelona pada musim luruh 2007.
Kini, Yamal telah mengikuti jejak langkah Messi, mewakili Barcelona dan mencipta nama dalam dunia bola sepak.
Ads
Jurugambar Joan Monfort, yang bertanggungjawab terhadap sesi foto tersebut, berkata pemain-pemain Barcelona pada masa itu bergambar dengan kanak-kanak dan keluarga mereka untuk kalendar sebagai sebahagian daripada kempen amal tahunan oleh akhbar tempatan Diario Sport dan UNICEF.
Monfort menceritakan, “UNICEF mengadakan cabutan bertuah di kejiranan Roca Fonda di Mataro tempat keluarga Lamine tinggal. Mereka mendaftar untuk cabutan bertuah untuk bergambar di Camp Nou dengan seorang pemain Barca. Dan mereka memenangi cabutan bertuah tersebut.”
IKUT JEJAK
Gambar lain menunjukkan Messi duduk di lantai dengan Yamal di dalam tab mandi, sementara satu lagi gambar menunjukkan Messi memegang Yamal yang dibalut tuala.
“Dia [Messi] pada mulanya tidak tahu bagaimana untuk memegangnya,” kata Monfort, mengimbau kesukaran sesi foto tersebut.
“Messi adalah seorang yang agak introvert, dia pemalu. Dia keluar dari bilik persalinan dan tiba-tiba dia mendapati dirinya di bilik persalinan lain dengan tab plastik yang penuh dengan air dan bayi di dalamnya. Ia agak rumit.”
Ads
Seperti Messi, Yamal menyertai akademi remaja La Masia yang terkenal di Barcelona. Pada April 2023, dia membuat penampilan sulung untuk Barcelona menentang Real Betis dalam La Liga.
Messi memenangi Liga Juara-Juara empat kali bersama kelab itu dan dilihat secara meluas sebagai pemain terbaik di dunia semasa kariernya yang cemerlang di Sepanyol.
Dalam perkembangan terbaru, pada Euro 2024 di Jerman, Yamal menjadi pemain termuda yang pernah bermain di Kejohanan Eropah.
Selain itu dia turut mencipta beberapa rekod baharu seperti pemain termuda menjaringkan gol di Euro dan dianggap sebagai pemain pilihan memenangi pemain terbaik kejohanan. Ia satu pencapaian yang cukup luar biasa buat seorang pemain muda sepertinya.
Dan pada awal pagi ini, Lamine menjaringkan satu gol menakjubkan membantu Spenyol layak ke final Euro 2024, mengalahkan Perancis 2-1.
Perkembangan karier pemain muda yang memiliki masa depan cukup cerah ini pastinya menjadi perhatian ramai. Adakah dia mampu membantu Sepanyol muncul juara Euro 2024? Sama-sama kita nantikan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nadhir Nasa telah dinobatkan sebagai Juara Hero Remaja 2020, namun kemenangannya itu dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati.
Mereka melebelkan Nadhir tidak layak memenangi dan tidak mempunyai pakej yang lengkap untuk memenangi pertandingan yang gah seperti itu.
Namun, jelas ASTRO Channel Manager Untuk Astro Ria & Ria HD, Emarina Mohd Kamal memberitahu sebenarnya selepas dihitung kira, Nadhir sentiasa memenangi task mingguan.
“Untuk pengetahuan semua, setiap episod kita akan ada challenge yang berlainan. So most of the thing kita sebagai pihak produksi berbincang tentang next potential, so kebanyakan challenge ini di ungguli oleh Nadhir.
“Jadi di mana plus point dia dari sana, kerana di final permarkahan hanya sekadar 30% dan selebihnya adalah task-task mereka setiap minggu.
“Walaupun 30% itu kecil tetapi dah menang every week accommodation dia banyak. So basically dah sepakat untuk nobatkan Nadhir sebagai Juara.” Jelasnya di press conference Hero Remaja 2020
Dan MASKULIN pon sempat menemu ramah Nadhir, katanya usah ambil peduli orang kata. Kerana apa yang jadi orang tetap akan berbicara. Namun yang penting adalah menjadi authentic dan jadilah diri sendiri itu lebih penting dari segalanya.
Dirinya juga tidak menolak, mungkin kerana pengalamannya dalam industri ini membuatkan dirinya layak dinobatkan sebagai juara…
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat pemurah. Lihat sahajalah sekarang dengan penderitaan yang dilalui oleh rakyat Palestin, sumbangan tidak henti-henti disalurkan menerusi pelbagai badan-badan NGO berdaftar.
Melihatkan penderitaan yang tidak dapat untuk kita bayangkan berlaku kepada mereka sekarang, Palestin sememangnya cukup terdesak mendapatkan bantuan daripada masyarakat global.
Hari ini satu hantaran dari bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menarik perhatian ramai.
Hantaran menerusi laman media sosial kendaliannya yang bertajuk ‘Jam Rolex Untuk Palestin’ merupakan satu langkah diambil olehnya untuk mengumpul dana bagi memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin. Ia merupakan satu lelongan jam berjenama Rolez yang diterima olehnya sebagai hadiah daripada Raja Saudi, DYMM Salman Abdulaziz al-Saud.
Jelasnya, dia menerima cendera mata tersebut selepas mewakili mufti dan ulama Malaysia dalam menyampaikan ucapan di hadapan baginda tidak lama dahulu.
“Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila saya mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara.
Saya diminta oleh Kerajaan Malaysia – selaku Mufti Wilayah Persekutuan untuk mewakili semua para mufti dan para ulama Malaysia, menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz hafizahullahu ta’ala dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia.
Tambahnya lagi selepas beberapa hari berlangsungnya majlis berkenaan di St. Regis Hotel, dia dihubungi pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia.
“Ada cenderamata yang dikirimkan daripada Raja Saudi kepada saya. Lantas saya minta pegawai saya Dr. Aizam untuk mengambilnya. Saya tidak buka kotak cenderamata tersebut. Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya, sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri. Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.
“Apabila saya meletakkan jawatan sebagai Menteri pada 2021, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya. Di sana, barulah saya membukanya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi,” jelasnya lagi.
Dr Zulkifli turut melahirkan Dengan menjunjung titah tersebut dan meraikan kesungguhan Kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan billion dollar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan saya ini dengan harga tapak RM40,000.
“Kenaikan bermula RM100 ke atas. Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana. Saya buka kepada yang berminat, untuk membida di ruang komen,” tambahnya.
Sehingga artikel ini ditulis difahamkan bidaan tertinggi ialah RM100,000. Bidaan ini akan ditutup pada tengah malam ini tepat jam 12 malam, 31 Oktober 2023.
Semoga usaha ini dapat memberikan inspirasi kepada kita semua untuk menyumbang buat Palestin.
Kredit:
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kerjaya guru sangat mulia, tugas mereka mendidik anak bangsa hingga ada yang berjaya dan memperoleh pangkat dan gaji besar.
Terbaru, seorang guru Bahasa Inggeris dari Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah, Dr Sirhajwan Idek telah dinobatkan sebagai salah seorang pemenang Anugerah 20 to Watch oleh International Society for Technology in Education (ISTE).
Sumbangan Merintis Program Pendidikan Maya
Anugerah tersebut diberikan sempena sumbangan beliau yang merintis program pendidikan maya yang membolehkan para pelajar dan guru di negara ini menyertai sesi latihan dan pembelajaran secara langsung menggunakan aplikasi Google Meet atau Zoom.
Program pendidikan maya yang dikenali sebagai Virtual, Remote, Live (VRL) telah diiktiraf sebagai salah satu amalan terbaik pendidikan oleh SEAMEO VOCTECH, sebuah cabang badan pendidikan di Brunei yang menerajui pendidikan vokasional dan teknikal di rantau Asia Tenggara.
Melalui projek itu, Cikgu Sirhajwan berjaya menghubungkan lebih daripada 2,000 pelajar dan guru di Malaysia dengan golongan ilmuwan dari negara-negara lain yang membantu mereka mempelajari pelbagai topik dan kemahiran asas serta mempertengahkan hasil kerja mereka dengan sebaiknya.
Pengarah KV Keningau, Nordin Akup telah mengucapkan tahniah kepada Cikgu Sirhajwan atas usaha gigihnya memberikan peluang pembelajaran kepada pelajar dan pendidik dengan meneroka pelbagai kaedah.
“Saya berharap agar para guru di kolej ini akan terus bersemangat dan berusaha memberikan yang terbaik dalam mendidik generasi muda negara,” ujar beliau.
Terima Plak Anugerah
Sebagai penerima anugerah, Cikgu Sirhajwan akan menerima plak anugerah, keahlian premium persatuan selama setahun, jemputan ke persidangan, serta peluang menyumbang terhadap pendidikan berasaskan teknologi melalui penulisan artikel dan sesi perkongsian.
Untuk rekod, ISTE adalah sebuah organisasi global yang berpusat di Amerika Syarikat yang memfokuskan kepada memangkin penggunaan teknologi dalam kalangan pendidik melalui pendekatan latihan yang komprehensif.