Oleh kerana terlalu banyak merokok, badan pemuda Taiwan ini menjadi kurus kering dan tidak terurus sehingga ramai yang menganggapnya sebagai ‘penagih dadah’.
Namun setelah menghentikan amalan tersebut, pemuda ini menerima transformasi diri yang sangat luar biasa sehingga semakin kacak.
Dikongsi lebih 200K
Sehubungan itu menurut laman World of Buzz, gambar yang dimuat naik oleh pemuda itu menerima perkongsian daripada lebih 200,000 orang dalam tempoh 24 jam dan tidak dinafikan ramai yang terpegun dengan perubahan tersebut.
Mulut berbau tembakau
Berkongsi kisah silamnya, pemuda itu memberitahu mulutnya pernah berbau tembakau kerana menghisap rokok sekotak dalam masa sehari.
Ads
Selain itu dengan ketinggian 178 cm, beratnya cuma mencecah 52 kg. Pemuda itu mendakwa dia jadi kenyang meskipun cuma menghisap rokok.
Namun dalam masa sama, dia juga tidak lepas daripada berdepan dengan masalah muka berminyak serta penuh jerawat.
Ads
Ambil masa 4 tahun untuk berhenti rokok
Pemuda itu memberitahu dia mengambil masa selama 4 tahun untuk memulakan tekad mahu berhenti merokok.
Namun sejak dua tahun kebelakangan ini, tekadnya berhasil dan dia mampu berhenti rokok sepenuhnya dan kehidupannya kembali berkualiti.
Ads
Selain berat badannya bertambah kepada 70 kg, pemuda tersebut juga cukup seronok kerana dapat menikmati pelbagai makanan yang sangat lazat.
Apa yang lebih penting, rupanya juga semakin kacak dan menjadi kegilaan ramai wanita meski pun pernah dipandang serong suatu masa dahulu.
Sumber : World of Buzz
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada kalanya, lelaki yang tidak memiliki jambang mungkin berasa sedikit cemburu apabila melihat rakan-rakan atau selebriti yang tampil lebih maskulin dengan gaya berwajah berjanggut kemas.
Suka atau tidak, selain kulit licin bebas jerawat, jambang turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan faktor kacak seorang lelaki. Ia bagaikan simbol kelelakian yang mampu membuat penampilan lebih matang dan memikat.
Namun, bila nak bela jambang, pastikan anda uruskannya dengan baik—bukan biar tumbuh tidak terkawal hingga merosakkan penampilan.
Lepas bercukur, pernah tak anda rasa wajah tampak terlalu ‘kosong’ dan muda tanpa jambang? Kadang-kadang, ia boleh menjejaskan keyakinan diri, terutamanya bila anda percaya bahawa wajah yang sedikit ‘tua’ dan berjanggut memberi aura kematangan yang diperlukan.
Jika anda ingin jambang kembali tumbuh lebat dan rapi, berikut adalah 5 tip mudah yang boleh anda cuba.
1. Kurangkan bercukur
Untuk mendapatkan janggut yang tebal, anda perlu mengelak daripada membentuk atau mencukur janggut di wajah anda dengan terlalu kerap.
Jika anda mahukan gaya stubble, ianya amat mudah. Caranya adalah anda tidak perlu bercukur selama beberapa hari dan anda memilikinya dengan cara yang paling mudah dan hanya memerlukan penjagaan asas sahaja untuk memastikan gaya itu kekal.
2. Biarkan janggut sehingga 4-6 minggu
Pertumbuhan janggut merupakan suatu komitmen bagi diri anda. Anda perlu membiarkan janggut anda tumbuh tanpa sebarang gangguan selama empat hingga enam minggu.
Selepas enam minggu, anda boleh menggunting janggut anda untuk mengemaskannya apabila ianya telah matang dan anda boleh mula membentuk janggut dengan gaya yang diinginkan anda apabila ia telah berkembang sekurang-kurangnya 1 atau 1½ inci.
3. Cuci dan rapikan secara teratur
Sama seperti rambut anda, janggut anda juga memerlukan penjagaan dan perhatian yang kerap. Anda perlu membasuh janggut anda menggunakan pencuci muka mild bersama air suam dua kali sehari. Ini akan mempercepat pertumbuhan rambut.
Juga, gunakan syampu ringan di janggut anda dua atau tiga kali seminggu untuk memastikan rambut bersih dan bebas daripada makanan yang sesat dan zarah lain. Selepas mencuci, gunakan sedikit perapi untuk menjaga rambut yang kuat dan memberikan penampilan yang penuh dan tebal.
4. Urutkan wajah anda
Untuk merangsang pertumbuhan rambut di muka anda, mengurut secara teratur adalah suatu keharusan.
Mengurut wajah anda akan meningkatkan peredaran darah ke kawasan tersebut dan membantu nutrien mencapai folikel rambut sehingga rambut tumbuh lebih cepat dan lebih tebal. Ini akan memberikan rupa janggut yang lebih lengkap dan lebih maju.
5. Guna bahan semula jadi
Untuk menyediakan minyak urut, anda boleh menggabungkan 1 sudu makan minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak badam manis dan tambah 5 hingga 7 titis minyak pati kayu putih. Atau, anda boleh menggunakan campuran 2 hingga 3 sudu minyak zaitun dan beberapa titis minyak kayu putih.
Caranya adalah:
Panaskan gabungan minyak dalam gelombang mikro selama beberapa saat.
Letakkan minyak yang telah hangat di telapak tangan anda.
Sapukan dengan teliti sepanjang janggut anda.
Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 10 minit.
Bilas minyak menggunakan air suam
Lakukan dua kali sehari.
Selamat mencuba! Semoga penampilan anda bertambah kacak dari hari ke hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Panau merupakan satu penyakit kulit yang biasanya boleh diubati. Panau tumbuh dalam bentuk bulat atau bujur dan ada kalanya ia bersambung.
Panau juga boleh menyebabkan kulit anda terasa gatal-gatal dan untuk menyembuhkannya, anda boleh menggunakan bahan-bahan ini :
1. Daun pinang
Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.
2. Buah pinang
Ambil air perahan buah pinang dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.
3. Daun belimbing
Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.
4. Daun kesum dan minyak tanah
Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.
5. Daun gelenggang
Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.
6. Halia
Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.
7. Pucuk lada
Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.
8. Bawang putih dan halia
Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
9. Lengkuas
Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.
10. Daun lengkuas
Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lengkuas.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Aloe vera merupakan salah satu skincare masa kini yang patut anda cuba. Seperti yang diketahui umum, lidah buaya mempunyai serat yang bagus untuk kulit. Selain daripada membasmi jerawat, ia juga dapat menghilangkan bekas jerawat dan membantu untuk melicinkan kulit serta menguragkan minyak. Ini antara produk yang bercirikan lidah buaya yang boleh anda dapatkan di pasaran.
1) Nature Republic Soothing and Moisture Aloe Vera 92% Soothing Gel
Aloe vera gel dari Nature Republic ini telah menjadi produk best seller di Korea Selatan.Kandungan aloe veranya sebanyak 92% ini dapat digunakan untuk melembabkan seluruh bahagian tubuh sesuai dengan masalah kulit yang anda alami, terutama untuk pemilik kulit kering. Produk tersebut juga memiliki sijil California Certified Organic Farmes (CCOF) yang menyatakan bahawa produk tersebut 100% berasal dari bahan organik. Lidah buaya sendiri memang menurut penelitian dapat memberikan hidrasi sampai tiga lapisan epidermis.
2) The Face Shop Jeju Aloe Fresh Soothing Gel
Produk skincare aloe vera yang satu ini memang sangat berkesan untuk mengatasi kulit kering. Apabila anda mengenakan ia pada kulit, anda berasa dingin dan wangi sekaligus menyegarkan wajah anda. Selain itu, tekstur gelnya tidak terlalu cair ataupun kenyal dan sangat mudah terserap dalam kulit. Bagi anda yang mengalami sunburn, produk ini mampu mengatasi kulit yang terbakardalam masa 2-3 hari saja.
3) Skinfood Aloe Multi Soothing Gel
Bila anda lalu di mall, pasti anda akan nampak outlet Skinfood kan? Produk Skinfood yang satu ini juga bagus digunakan untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering dan kulit sensitif. Kandungan yang ada di dalamnya dapat membuat kulit anda menjadi lebih lembab, rileks, dan terasa segar. Kalau anda mahu ia lebih sejuk dan melegakan, simpan ia di dalam peti sejuk. Bulan puasa ni sesuai kut untuk anda pakai.
4) Holika Holika Aloe Soothing Gel
Selain daripada packaging-nya yang seakan-akan sehelai lidah buaya, aloe vera gel yang satu ini juga unik kerana mengandungi banyak ekstrak bahan natural lainnya seperti gotu kola, timun, tembikai, dan juga buluh. Produk ini juga dinilai lebih tinggi hygiene dibandingkan aloe vera gel yang lain kerana bekasnya yang tidak menggalakkan anda mengambilnya mengunakan jari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.