Setiap tahun, Apple iaitu syarikat yang mengeluarkan telefon pintar popular, iPhone mencabar pengguna mereka untuk mengambil atau merakamkan foto dengan menggunakan kamera telefon pintar mereka.
Cabaran tersebut ternyata mendapat sambutan yang sangat hebat daripada pengguna iPhone pelbagai model yang berkongsi foto mereka di laman media sosial dengan hashtag #shotOniPhone.
Untuk tahun ini, Apple telah mengumumkan 10 foto terbaik yang telah diambil oleh pengguna mereka dan besar kemungkinan ia akan terpampang di billboard seluruh dunia. Foto-foto yang terpilih mempunyai tema berbeza dan menampilkan objek tumpuan yang unik.
Ada yang menggunakan pemandangan alam semula jadi, titisan air di sebalik lampu neon, potret hitam putih dan imej yang terbias dari kawasan berair. Tapi yang paling menarik ialah foto ringkas memaparkan imej gelanggang tenis yang retak dan juga jaringnya.
Mungkin ada nilai artistik yang minda normal seperti kita tak dapat fahami tentang keistimewaan foto ini.
Apa-apa pun inila 10 foto yang telah dipilih oleh Apple.