
Pelawak dan penyampai radio, Ajak dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan akibat tidak cukup rehat.
Menerusi entri di Instagram (IG), isteri Ajak, Afifah Amin berkongsi sekeping gambar pelawak tersebut sedang melakukan pemeriksaan ‘ctscan’.
“Doakan kesihatan Baba yer. Orang kuat kerja akhirnya tewas juga di atas katil hospital. Caption daripada Ibu. #ctscan,” tulisnya.
Rata-rata peminat serta rakan artis terkejut dan risau dengan keadaannya meninggalkan komen yang mendoakan supaya Ajak kembali pulih selepas menerima rawatan.
“@Specialodds_eida: Dah kena rest tu. Semoga cepat sembuh Ajak. Ibu @afifahamin jaga diri juga.”
“@zulibr: Kami mendoakan semoga ajak pulang pulih seperti sediakala. Amin.”
“@saninasir_: @ajakshiro Ya Allah. Depan orang nampak kuat tapi yang sebenarnya menanggung sakit. Harap taklah teruk sangat.”
“@afifahamin @specialodds_eida dah sampai masa dia kene tidur cukup. Tadi doktor tanya dia tidur cukup tak? Terus gelak sebab tak ingat hari terakhir dia tidur cukup.”
Kami harapkan semoga ajak cepat sembuh seperti sedia kala hendaknya…
Sumber : astrogempak
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
8 Punca Kulit Kepala Lelaki Mudah Berjerawat

Jerawat di kulit kepala akan berlaku apabila liang rambut tersumbat dengan kotoran dan minyak. Dan Ini menyebabkan folikel kulit kepala membesar dan berkemungkinan dijangkiti bakteria jika ianya tidak dibersihkan. Berikut adalah 10 sebab bagaimana jerawat di kulit kepala boleh terjadi dan cara mengatasinya.
Malas Mencuci Rambut
Sikap malas anda untuk mencuci rambut bukan sahaja akan menyebabkan rambut anda kusam dan berbau malahan anda juga akan mengalami masalah jerawat di kulit kepala serta gatal . Cara untuk mengatasinya adalah dengan mencuci rambut anda dengan syampu dan seeloknya dilakukan sebanyak tiga kali seminggu. Ianya bukan sahaja berkesan untuk mencegah dan menghapuskan kelemumur tetapi juga menghalang kehadiran jerawat di kulit kepala anda.
Tidur Tidak Cukup
Kurang tidur juga boleh menjadi punca kepada munculnya jerawat pada kulit kepala. Rutin ini boleh membuatkan tubuh badan anda terganggu untuk membiak semula sel sel kulit yang mati dan menjadikan proses metabolisme tubuh berjalan dengan tidak sempurna. Itulah sebabnya mengapa tidur yang cukup dapat menjadikan tubuh badan anda sihat.
Cara untuk mengatasinya adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup sekurang – kurangnya 8 hingga 9 jam.
Syampu Tidak Dibilas Dengan Bersih
Apabila anda mencuci rambut dengan tujuan untuk membersihkannya, berkemungkinan anda tidak membilasnya dengan bersih. Disebabkan itu ianya mampu mengakibatkan masalah jerawat di kulit kepala kerana liang rambut anda akan tersumbat . Oleh itu, seeloknya anda menggandakan aktiviti membilas rambut selepas menggunakan syampu bagi mengelakkan perkara ini terjadi.
PemakaianSesetengah daripada anda mungkin bertindak seperti meme lelaki di atas bukan ? JANGAN ! pemilihan syampu yang betul merupakan perkara yang penting kerana sesetengah syampu mempunyai bahan kimia yang bahaya dikenali sebagai sodium lauryl sulfate (SLS) dan sodium laureth sufate (SLES) yang bertindak sebagai agen pembuih. SLS juga boleh merosakkan mantel asid pelindung pada kulit. Mantel asid adalah lapisan asid lemak yang melindungi kulit daripada bakteria dan bahan-bahan lain yang tidak diinginkan. Kerosakan pada lapisan asid melemahkan fungsi ‘penghalang kulit’ dan ianya akan menyebabkan bakteria dengan mudah berada di kulit anda. Cara mengatasinya adalah dengan memakai produk yang bebas daripada SLS seperti produk organik dan herba. Syampu Yang Salah
Tidak Menjaga Kebersihan
Antara sebab utama hadirnya jerawat di kulit adalah disebabkan tidak menjaga kebersihan. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika anda sering meletakkan pakaian kotor di atas katil. Semua kotoran dan kuman akan bergerak ke baju, ke bantal dan kemudian ke wajah anda. Bayangkan, wajah dan kulit kepala anda terdedah kepada sarung bantal yang kotor selama berjam-jam semasa tidur. Dan berapa banyak bakteria yang telah bergerak ke kulit anda? Anda boleh menanganinya dengan mengelakkan meletak pakaian kotor anda di atas katil dan hendaklah menukar cadar dan sarung bantal anda sekurang – kurangnya 2 minggu sekali
Jerawat di kulit kepala bukanlah masalah yang paling ketara melainkan jika anda mempunyai rambut yang pendek, oleh itu, kadang kala anda tidak memberi perhatian yang serious pada perkara ini. Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat di kulit kepala, ianya suatu perkara yang menjengkelkan, menyakitkan dan ianya sering mengakibatkan rambut mereka mengalami keguguran.
Tertekan
Tekanan adalah sesuatu yang sering dialami oleh kebanyakan individu terutamanya jika harus menyiapkan sesuatu kerja dalam masa yang singkat. Tekananyang tidak terkawal untuk masa yang lama boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti jerawat pada kulit kepala. Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk menguruskan tekanan dengan baik dan betul agar tidak mendatangkan kesan negatif terhadap penampilan anda.
Cuaca Panas
Kulit kepala yang terdedah kepada cuaca panas dan berhabuk turut menyumbang kepada kehadiran jerawat . Ini kerana cuaca panas diiringi dengan minyak dan habuk di liang pori dan menjadi punca bakteria merebak dan menyebabkan jerawat . Oleh itu, digalakkan memakai topi untuk melindungi kulit kepala daripada habuk dan cuaca panas, akan tetapi topi haruslah dibuka sekiranya tidak berada di kawasan yang terdedah kepada panas kerana pemakaian topi yang lama memberi kesan yang tidak baik kepada kulit kepala anda.
Tidak Menjaga Pemakanan
Diet makanan perlu dititikberatkan . Kurangkan pengambilan makanan gatal seperti udang, ketam dan kerang kerana ianya mampu merangsang kulit kepala untuk menjadi gatal dan berjerawat. Hindari atau kurangkan juga makanan manis , berminyak dan berlemak yang berlebihan. Ianya bukan sahaja mampu menghindari perkara tersebut tetapi juga mampu menyihatkan tubuh badan anda.
Pemakaian Topi Yang Terlampau Lama
Ya, pemakaian topi tidak dinafikan elok untuk melindungi diri daripada cuaca panas dan habuk , akan tetapi jika anda terlampau kerap memakai topi setiap masa walaupun cuaca tidak panas ia dapat menjadi penyebab munculnya jerawat di kulit kepala. Kulit kepala yang tertutup terlalu lama boleh menyebabkan peluh dan membuatkan pori pori kulit kepala tersumbat dan menghasilkan jerawat yang terhasil daripada campuran bakteria dan kotoran.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Diet Terlalu Ketat Buat Badan Cepat Lemah Dan Mudah Gemuk Semula

‘Fad diet’ adalah pelan diet yang menjanjikan penurunan berat badan dalam masa cepat dan biasanya diamalkan mereka yang terdesak untuk mengurangkan berat badan.
Biasanya diet ini tidak sihat, tidak seimbang dan kemungkinan besar mempunyai kesan sampingan. Ia tidak boleh membentuk tabiat makan secara sihat.
Sesetengah jenis diet ini tidak menghilangkan lemak, tetapi hanya menghilangkan air. Kebanyakannya meningkatkan penghasilan urin yang menggalakkan pembuangan air melalui air kencing, jadi badan akan kehilangan air serta vitamin dan mineral penting.
Ada sesetengah diet mendadak ini popular kerana berkesan dalam masa singkat. Misalnya, diet tinggi protein dan diet tinggi lemak mencetuskan ketosis dan menyebabkan pengurangan berat badan dalam tempoh singkat.
Ketosis berlaku apabila tubuh mula memecahkan lemak untuk ditukar kepada tenaga. Lemak yang disimpan di dalam buah pinggang dan otot akan dipecahkan bagi membantu tubuh meneruskan proses fisiologinya dengan lancar.
Pengurangan berat badan juga berlaku kerana kesan diuretik akibat pengambilan karbohidrat yang rendah, kehilangan air dari badan, penggunaan glikogen dan proses ketosis.
Mereka yang mengamalkan diet mendadak ini biasanya mengalami pertambahan semula berat badan. Sesetengah pelan diet sukar untuk diikuti kerana ia membosankan dan mengehadkan pengambilan sesetengah jenis makanan.
Lama-kelamaan, individu itu mungkin mengalami pengurangan berat badan, tetapi akan mengalami masalah selera makan yang tidak dapat dikawal, sekali gus mengakibatkan pertambahan berat badan lebih daripada berat badan asal.
Sesetengah diet mendadak ini juga membahayakan diri. Diet yang terlalu rendah kalori boleh mengakibatkan keletihan, ketidakselesaan dan kekejangan otot.
Kekurangan protein dan karbohidrat pula menyebabkan rasa pening, keletihan dan pelbagai penyakit lain. Kita tidak sepatutnya mencuba diet sedemikian tanpa nasihat doktor.
Jika berasa sesuatu yang tidak kena, hentikan diet dengan segera. Perlu disedari tahap keberkesanan diet ini juga tipis dan boleh menyebabkan kesan sampingan.
Antara jenis diet mendadak dan risiko yang bakal dihadapi individu yang mengamalkannya termasuk
Diet terlalu rendah kalori.
Diet ini mengandungi kurang daripada 800 kalori sehari. Apabila pengambilan tenaga rendah, tubuh akan mendapatkan tenaga diperlukan daripada simpanan lemak.
Bagaimanapun, badan akan menjadi lebih efisien dan berfungsi menggunakan tenaga yang rendah dan kadar metabolisme tubuh akan menurun, sekali gus cenderung untuk menggunakan tisu tanpa lemak dari otot.
Diet terlalu rendah kalori dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan dan komplikasi seperti pembentukan batu dalam pundi hempedu, kehilangan jisim otot, ketosis dan peningkatan asid urik dalam darah akibat ketidakseimbangan tenaga.
Kematian mengejut boleh berlaku jika mereka berpenyakit lain terutama apabila pengambilan kalori kurang daripada 600 kalori sehari.
Diet rendah lemak.
Menghindari pengambilan makanan tinggi kandungan lemak akan mengakibatkan pengurangan pengambilan jumlah kalori harian.
Sesetengah individu yang mengamalkan diet rendah lemak memberi gambaran salah seperti menyebarkan mitos bahawa selulit disebabkan bahan toksik dan beranggapan amalan diet ini boleh membantu mengurangkan lemak terutama di bahagian paha atau pinggang.
Diet tinggi serat.
Ia boleh membantu penurunan berat badan kerana memberi rasa mengenyangkan dengan pengambilan kalori yang sedikit.
Jumlah serat yang disarankan biasanya terlalu tinggi dan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti senak perut (kembung) dan cirit-birit.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sistem penghadaman, ia akan memburukkan keadaan. Pengambilan bran yang banyak akan mengurangkan penyerapan mineral seperti zat besi dan zink.
Diet tinggi protein.
Pengambilan karbohidrat dihadkan kepada kurang daripada 30 gram sehari. Pengambilan protein dan lemak yang terlalu tinggi melambatkan perut kosong.
Ini mengurangkan keinginan untuk makan dan mengehadkan pengambilan tenaga. Diet ini mungkin meningkatkan pengambilan kolesterol dan lemak tepu.
Ia juga kurang kandungan serat daripada sumber berasaskan karbohidrat terutama bijirin penuh daripada tumbuhan. Pengamal diet ini mungkin mengalami sembelit dan fungsi kognitif yang terjejas.
Pengambilan protein yang tinggi meningkatkan paras asid urik dalam buah pinggang dan berisiko untuk pembentukan batu dalam buah pinggang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Apakah Senaman Bebanan Badan? Adakah Ia Lebih Berkesan Membakar Lemak Dan MEnghasilkan Otot?

PENGENALAN
Body weight exercise merupakan sejenis senaman yang hanya menggunakan berat badan sebagai beban. Ia mudah kerana memerlukan sebarang peralatan tambahan.
Kelebihan senaman jenis ini :
• Boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa
• Berkesan kepada pelbagai jenis otot di tubuh kita
• Memberikan peluang untuk bersenam sambil melakukan kerja harian di rumah seperti mencuci lantai,menyental dinding, mencuci kereta dan lain-lain
KAEDAH SENAMAN
Senaman Dari Bahagian Pinggang ke Kepala (Upper Body Exercise)
Senaman Tekan Tubi (Push-Up)
- Tekan Tubi atau lebih dikenali sebagai Push-Up adalah senaman yang sinonim bagi kebanyakan masyarakat daripada semua peringkat umur. Latihan ini adalah untuk melatih otot di bahagian tangan (Otot Bicep, Otot Tricep dan Otot Deltoid) dan termasuk juga otot dada (Otot Pectoralis Major).
- Aktiviti Tekan Tubi adalah seperti gambar di bawah. Cadangan latihan adalah 10 kali x 5 ulangan (10 times x 5 reps)
![]() |
Tekan tubi untuk permulaan |
![]() |
Tekan tubi Pertengahan |
![]() |
Tekan tubi bagi Lanjutan (Advance) |
Senaman Tricep Dips
- Senaman ini adalah senaman khusus bagi otot belakang lengan (Tricep). Senaman ini boleh dilakukan dengan bantuan kerusi, meja ataupun katil. Cadangan latihan adalah 10 kali x 5 ulangan (10 times x 5 reps). Aktiviti senaman adalah seperti berikut :
Tricep Dips bagi Awalan (Beginner) | ![]() |
Tricep Dips bagi Lanjutan (Advance) | ![]() |
Senaman Bahagian Perut (Core Muscle Exercise)
Semua aktiviti seperti berjalan, berlari ataupun duduk akan melibatkan otot perut dan otot pinggang kerana bahagian ini adalah bahagian tengah (Center) bagi semua pergerakan.
OLEH YANG DEMIKIAN, SENAMAN UNTUK MENGUATKAN OTOT INI DAPAT MEMBANTU DALAM MELANCARKAN PERGERAKAN INDIVIDU.
Bangkit Tubi Separuh (Partial Curl Up)
- Bangkit Tubi atau Curl Up adalah senaman bagi menguatkan otot perut. Cadangan latihan adalah 10 kali x 5 ulangan (10 times x 5 reps). Senaman bagi bahagian perut (Ractus Abdominus) adalah seperti gambar berikut :
Bangkit tubi bagi Awalan (Beginner) | ![]() |
Bangkit tubi bagi Pertengahan | ![]() |
Back Arch
- Back Arch adalah senaman bagi menguatkan otot di bahagian belakang (Lower Back). Senaman ini melibatkan otot belakang (External Oblique dan Latisimus Dorsi) serta otot di bahagian punggung (Gluteus Maximus). Cadangan latihan adalah 10 kali x 5 ulangan (10 times x 5 reps).
![]() |
Back Arch bagi Awalan (Beginner) |
Plank
- Plank juga adalah senaman bagi menguatkan otot di bahagian belakang (Lower Back). Senaman ini melibatkan otot belakang (External Oblique dan Latisimus Dorsi) serta otot di bahagian punggung (Gluteus Maximus). Cadangan latihan 1 minit aktiviti untuk 3 set (1min x 3 set).
Plank bagi Awalan (Beginner) | ![]() |
Side Plank bagi Lanjutan (Advance) | ![]() |
Senaman Dari Bahagian Pinggang ke Kaki (Lower Body Exercise)
Stepper
- Senaman Stepper adalah senaman yang dapat meningkatkan kekuatan otot di bahagian kaki serta dalam masa yang sama dapat meningkatkan kekuatan otot jantung. Senaman Stepper adalah senaman yang menyerupai aktiviti naik tangga.
Lunges
- Senaman lunges membantu dalam menguatkan peha hadapan (otot Quadriceps), otot peha belakang (otot Hamstring) serta otot betis (otot Gastrcnemius) yang memainkan peranan yang besar dalam sistem pergerakan badan. Senaman ini boleh dilakukan secara setempat (Statik) atau bergerak kehadapan (Dinamik). Cadangan latihan adalah 10 kali x 5 ulangan (10 times x 5 reps).
![]() |
Aktiviti Lunges bagi Awalan |
![]() |
Aktiviti lunges bagi Lanjutan (Advance) |
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI