Foto : Berita Harian

Dalam dunia bola sepak yang penuh dengan drama dan aksi mendebarkan, pengadil sering menjadi individu paling kontroversi di atas padang.

Namun, apa yang ramai tidak tahu ialah pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL) bukan sahaja mengawal permainan tetapi juga menikmati gaji lumayan yang jauh mengatasi beberapa profesion elit lain di United Kingdom.

Pendapatan Lumayan, Ceburi Bidang Pengadilan Berbaloi?

Menurut Ketua Pegawai Pengadilan EPL, Howard Webb, pengadil utama dalam liga tersebut boleh meraih sehingga £250,000 (RM1.43 juta) setahun.

Gaji Pengadil EPL Cecah Jutaan, Lebih Tinggi Daripada Doktor dan Juruterbang!

Jumlah ini menjadikan mereka antara individu berpendapatan tinggi dalam industri sukan dan meletakkan profesion pengadilan EPL setaraf dengan kerjaya elit lain seperti kewangan, undang-undang, dan insurans.

Secara purata, pengadil EPL memperoleh antara £170,000 hingga £180,000 setahun, dengan gaji asas bermula daripada £72,000 hingga £148,000 bergantung kepada pengalaman dan tahap senioriti.

Selain itu, mereka turut menerima bonus prestasi dan bayaran per perlawanan yang menambah lagi pendapatan tahunan mereka.

Ads

Anthony Taylor & Michael Oliver Raih Pendapatan Tertinggi

Gaji Pengadil EPL Cecah Jutaan, Lebih Tinggi Daripada Doktor dan Juruterbang!

Antara nama yang paling menonjol dalam dunia pengadilan EPL ialah Anthony Taylor dan Michael Oliver.

Mereka dianggarkan meraih hampir £250,000 setahun hanya daripada tugas mengadili perlawanan EPL sahaja. Pengadil yang berada dalam kumpulan Select Group 1, yang terdiri daripada pegawai yang kurang berpengalaman, juga memperoleh sekitar £125,000 setahun.

Selain itu, badan pengadil profesional, Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), turut memperuntukkan sekitar £240,000 untuk setiap pengadil, termasuk caruman pencen dan insurans kebangsaan.

Ads

BACA LAGI : Rasa Sengal Otot Selepas Bersenam, Adakah Berkait Dengan Pemakanan?

Gaji Pengadil EPL Cecah Jutaan, Lebih Tinggi Daripada Doktor dan Juruterbang!
Foto : The Mirror

Pendapatan Bertambah Dengan Tugasan Antarabangsa

Bukan sekadar bertugas di EPL, pengadil juga berpeluang untuk menambah pendapatan dengan mengadili perlawanan antarabangsa.

Dalam Liga Juara-Juara UEFA (UCL), pengadil menerima bayaran antara £5,300 hingga £9,000 untuk setiap perlawanan, manakala dalam kejohanan utama FIFA seperti Piala Dunia, mereka boleh memperoleh antara £38,700 hingga £54,000, tidak termasuk bonus.

Melihat kepada angka pendapatan yang didedahkan, jelas bahawa menjadi pengadil EPL bukan sekadar tugas yang mencabar, tetapi juga satu kerjaya yang mampu menjamin masa depan.

Ads

Dengan gaji lumayan dan peluang mengadili perlawanan berprestij di peringkat antarabangsa, profesion ini boleh menjadi pilihan menarik bagi mereka yang meminati bola sepak dan mempunyai keberanian untuk membuat keputusan penting di atas padang.

Sumber : Astro Awani

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI