Ketahui 8 langkah mudah elak pembaziran duit yang anda perlu patuhi di bawah!
Membayar dengan menggunakan tunai memudahkan anda mencatat dan kenal pasti perbelanjaan. Daripada anda menggunakan kad kredit dengan kerap, anda dinasihatkan untuk menggunakan tunai. Anda banyak membazirkan duit jika menggunakan kad kredit, kerana anda terpaksa membayar kadar faedah.
Kenapa perlu berhutang, kemudian membayar dengan kadar yang lebih tinggi sekiranya mempunyai wang tunai?
Walaupun begitu, bukanlah saya nak kata penggunaan kad kredit itu tidak perlu. Bahkan sesetengah barangan seeloknya di lakukan dengan kad kredit untuk tujuan jaminan (warranty), bonus dan lain-lain. Cuma, tengok keadaanlah, kalau anda mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli belah di super market, apa kata kalau gunakan tunai.
Kadang-kala anda melangan atau menjadi ahli kepada sesuatu yang anda tidak guna dengan kerap, ada sesetengah itu anda gunakan sekali sahaja. Oleh itu, anda hendaklah memikirkan sekali lagi, adakah langganan anda itu tadi berbaloi. Jika anda rasa ianya berbaloi, teruskan melanggan dan jika tidak, cepat- cepat berhenti daripada melanggan.
Berhati-hati jika anda bercadang untuk memulakan langganan sesuatu dengan “hanya RMX setiap bulan”! Jika anda kerap melanggan sesuatu, tidak kiralah majalah, surat khabar ataupun shopping, anda akan dapati anda dibebani dengan jumlah yang bertimbun. Lebih malang jika anda tidak dapat kenal pasti apa yang anda terpaksa bayar setiap bulan – anda sudah hilang track. Oleh itu, anda mahu melanggan sesuatu, pastikan ianya akan memberikan manfaat kepada anda, biarlah padan dengan apa yang anda bayar.
Jika anda merasakan langganan anda itu tidak bermanfaat lagi, dan membazirkan duit, pastikan anda membatalkan langganan ataupun keahlian dengan segera, agar tidak akan dikenakan bayaran untuk bulan hadapan.
Pembelian Impuls merujuk kepada pembelian yang dilakukan tanpa perancangan awal dan pembelian tanpa keperluan, biasanya ia didorong oleh perasaan untuk memliki sesuatu (terutama jika ada jualan) ataupun ingin mencontohi seseorang.
Pada mulanya, anda mungkin akan rasa berpuas hati, gembira dengan pembelian anda itu. Namun, lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat buruk yang anda patut elak. Bertanya kepada diri sendiri, adakah aku perlukan barang itu, dan adakah aku mampu memilikinya? Jika anda mampu tetapi tidak perlukannya, elakkan daripada membelinya. Sebaliknya, berbelanjalah duit itu dengan cermat, membeli barangan keperluan anda bukannya membeli barangan kemahuan.
Jika anda sukar untuk menahan nafsu membeli, apa kata anda pergi shopping dengan berteman, tidak kiralah kawan, ahli keluarga ataupun suami/isteri. Beritahu mereka agar memantau barangan yang anda nak beli dan ingatkan anda agar tidak membazir ke atas sesuatu yang tidak perlu.
Belilah barangan secara borong, jika anda perlukan barang dengan banyak, boleh tahan lama (kalau makanan) ataupun ingin berkongsi dengan pembelian dengan orang lain. Jangan sesekali membeli sesuatu dengan banyak, melebihi apa yang anda perlu – sehinggakan barangan tersebut tidak digunakan ataupun basi (makanan). Akhir sekali anda terpaksa membuang semua barangan tersebut begitu sahaja, tiada bezanya dengan membuang duit kertas anda begitu sahaja. Ini sudah kira pembaziran duit!
Jika anda memiliki keluarga yang besar, ataupun jagaan yang ramai dan anda tahu bahawa barang (contohnya makanan yang dibeli borong, banyak) boleh dihabiskan sebelum tarikh luput, maka membelinya secara borong lebih jauh menguntungkan. Ia juga boleh menjimatkan perbelanjaan anda untuk masa hadapan.
Namun, jika tidak, berpeganglah dengan membeli barangan ataupun makanan dalam kuantiti yang sedikit, yang memadai dengan keperluan.
Semasa membeli belah barangan runcit ataupun di pasar raya, pastikan anda membuat senarai barangan yang perlu dibeli terlebih dahulu. Membeli belah tanpa ada perancangan awal boleh menyebabkan anda berbelanja secara berlebihan – dan mungkin juga melakukan pembelian impuls.
Lekatkan senarai barangan di peti sejuk, agar setiap kali anda terlintas untuk membeli sesuatu, tuliskannya di berjimat semasa membeli barangan runcitsenarai tersebut. Kemudian bawanya sebelum pergi ke pasar raya. Rancang menu dan sajian untuk seminggu ataupun minggu depan dan membeli barangan keperluan semasa membeli belah.
Di Malaysia, terdapat banyak kemudahan awam yang disediakan, yang boleh menjimatkan perbelanjaan anda. Antaranya adalah:
Kemudahan awam tidaklah terhad seperti di atas sahaja, terdapat banyak lagi yang anda boleh manfaatkan.
Hadkan penggunaan pendingin hawa, matikan lampu ataupun kipas jika tidak digunakan/perlu digunakan. Selain elektrik, anda juga perlu menjimatkan penggunaan air. Pastikan anda tutup paip semasa memberus gigi, elakkan air mengalir begitu sahaja tanpa tujuan. Banyak lagi cara-cara untuk menjimatkan elektrik dan air yang anda boleh amalkan, konsepnya “kalau tidak perlu, jangan guna”.
Kadang-kala anda juga perlu berehat dan menikmati apa yang anda sudah berjaya kecapi. Samalah juga dengan berjaya berjimat cermat dalam tempoh tertentu, contohnya dalam seminggu anda berjaya berjimat sebanyak RM100, dalam sebulan RM400.
Sambutlah kejayaan anda ini dengan berbelanja sedikit kepada makanan yang anda craving, ataupun membeli pakaian yang baharu. Namun, perlu ingat bahawa ini adalah pilihan sahaja – dan jangan membazir pula di saat ini!
sumber: panduansaya.com