Gabungan Aktiviti Larian & Mendaki, Ini 7 Kelebihan Trail Running!

Share

Dalam tempoh lockdown yang berlaku beberapa tahun lalu aktiviti larian telah menjadi satu trend kecergasan yang menjadi lebih popular. Pada ketika itu larian hanya mampu dilakukan di kawasan setempat dan hanya terhad dalam tempoh masa tertentu sahaja.

Dan kini selepas segalanya kembali normal aktiviti lain yang lebih bersifat penerokaan alam sekitar turut mendapat tempat di kalangan penggemar kecergasan. Bayangkan anda melakukan aktiviti larian dan mendaki dalam masa yang sama.

Itulah aktiviti yang kian popular dinamakan sebagai trail running atau larian jejak. Tetapi apa yang berlaku apabila mendaki dan berlari digabungkan?

Image by master1305 on Freepik

Secara ringkasnya kedua-dua aktiviti adalah baik untuk anda. Dari langkah pertama keluar ke denai terdekat anda, anda akan mendapati larian adalah binatang yang sama sekali berbeza untuk kedua-dua mendaki dan larian biasa. Segala-galanya daripada persekitaran terdekat, kepada halangan, dan perasaan di bawah kaki tidak akan seperti larian santai anda di jalanan.

MENCABAR MINDA

Berbeza melakukan larian di atas trek atau jalan yang ‘predictable’, trail running memberikan cabaran buat minda dengan laluan yang asing dan tidak terjanga. Jadi otak akan berfungsi dengan pantas bagi mencari laluan yang paling efisien dan selamat.

MENGUATKAN KECERGASAN TINGGI

Berbeza dengan larian biasa, trail running memberikan aspek kecergasan yang lebih mantap. Sebagai contoh melakukan larian di kawasan berbukit memberikan kekuatan luar biasa kepada bahagian kaki, paha dan juga teras badan secara amnya.

BAIK UNTUK KESIHATAN MENTAL

Melakukan larian mendaki di kawasan terbuka yang indah dengan anugerah alam memberikan satu perasaan yang cukup magikal. Jadi tidak hairanlah mengapa trail running mampu memberikan ketenangan sekali gus baik untuk kesihatan mental.

Image by Freepik

KESEIMBANGAN BADAN

Berlari di celah denai yang berbukit atau berbatu memberikan cabaran yang cukup tinggi. Disebabkan itulah ia lebih mencabar berbanding larian biasa di atas trek atau jalan raya. Namun secara tidak langsung melatih badan menjadi lebih seimbang!

PENGEMBARAAN MINI

Jika anda melakukan trail running di kawasan yang belum pernah dijejaki sebelum ini, MASKULIN yakin ia memberikan satu pengalaman pengembaraan yang unik. Meneroka laluan yang asing mampu membuatkan diri terasa lebih tercabar dan dalam masa yang sama seronok dengan pengalaman baru.

TIDAK MUDAH BOSAN

Faktor alam sekitar dan lakukan tidak terjangka akan membuatkan trail running yang anda lakukan tidak bosan. Berbeza melakukan larian di atas trek, jalan atau lebih teruk lagi di atas treadmill.

HARGAI ALAM SEKITAR

Tanyalah mana-mana penggemar trail running rata-rata daripada mereka pastinya sangat menghargai alam sekitar. Udara yang nyaman serta keindahan flora dan fauna menjadikan trail running lebih bererti.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan membibitkan rasa minat terhadap trail running. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim