Jenama jam terkemuka, Casio mengeluarkan tambahan baharu kepada varian jam tangan kalis hentakan, G-Shock. MUDMASTER GWG-B1000 yang kalis debu dan lumpur ini menampilkan komponen luaran logam untuk reka bentuk yang kukuh dan kuat.
Sejak G-SHOCK pertama kali dikeluarkan pada tahun 1983, Casio terus memperkenalkan fungsi, struktur dan
kemajuan reka bentuk kepada rintangan hentakan yang luar biasa. Antara semua jam tangan G-SHOCK, rangkaian Master of G direka untuk digunakan dalam keadaan yang lasak telah terbukti terkenal untuk ketangguhan yang unggul.
GWG-B1000 baharu, tambahan kepada rangkaian Master of G, direka untuk persekitaran berpasir dan kotor. Bahagian luar logam yang teguh mengekalkan ketahanan hentakan G-SHOCK dalam reka bentuk ranggi dengan bentuk pelbagai dimensi yang menarik perhatian.
Ads
Bahagian pelindung pada kedudukan jam 12 dan 6 melindungi kaca jam yang biasanya paling mudah terkena hentakan, dan ia dsaluti karbon seperti berlian (DLC) untuk rintangan lelasan yang lebih mantap.
Jam tangan ini juga menampilkan fungsi yang diperlukan oleh pengguna misi darat untuk melaksanakan usaha mereka. Ia adalah G-SHOCK pertama yang dilengkapi dengan penderia tiga kali ganda yang mengukur galas kompas, ketinggian/tekanan barometrik, dan suhu, serta pengecasan suria dan penerimaan gelombang radio
yang turut disertakan dengan sambungan telefon pintar.
Ads
Ads
Apabila jam tangan disambungkan dengan telefon pintar, aplikasi khusus pada telefon menawarkan pengendalian mudah pelbagai ciri berguna, termasuk Penunjuk Lokasi, yang menunjukkan tangan penunjuk dail inset ke arah lokasi yang direkodkan pada peta dalam aplikasi, dan Log Misi yang merekodkan sejarah aktiviti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gaya tersendiri menjadi kunci ketika memakai kasut yang anda suka. Ada yang formal, kasual, sporty dan hipster, semuanya berlandaskan kepada identiti masing-masing.
Namun, kasut bukanlah sekadar kasut ataupun pelengkap gaya. Ia lebih dari itu. Sebelum membeli, jom tahu 7 trik pakai kasut ini. Ingat, jangan main sarung je!
1. ELAK PAKAI SANDAL UNTUK ACARA FORMAL
Jangan jadikan sandal sebagai kasut harian anda untuk ke bandar atau berjumpa dengan si dia. Elak mengeluarkan kata-kata seperti, “I have no sense of style”.
Inilah masanya untuk anda mengubah keseluruhan penampilan. Lupakan seketika sandal Crocs, Nike slides mahupun Reef flip-flops anda. Sebaiknya sarungkan kasut ala formal yang menjadikan anda lebih bergaya dan matang. Kan lebih stailo!
2. WANITA SUKA LELAKI PAKAI KASUT KULIT
Kajian mengatakan bahawa wanita lebih sukakan lelaki yang memakai kasut kulit. Ini kerana bagi wanita, lelaki yang memakai kasut kulit lebih maskulin dan tampak lebih moden.
Kasut kulit juga menjadikan anda lebih formal, sesuai digayakan dengan apa-apa baju dan juga aksesori. Malah dengan menyarungkan kasut kulit, ia menyenangkan anda untuk pergi ke mana-mana majlis atau acara kerana kasut kulit sesuai dipakai pada bila-bila masa.
3. PAKAI KASUT NORMAL, ELAK PAKAI BOOTS
Anda mungkin menganggap dengan memakai kasut jenis boots mampu menampakkan anda lebih manly, confident, protective and seksi. Sebenarnya, pemakaian boots menjadikan gaya fesyen anda ketinggalan zaman, lebih-lebih lagi boots anda itu jenis yang sedikit lama.
Anda jangan jadikan boots sebagai kasut wajib yang ada di wardrobe. Salah tu! Anda akan kelihatan seperti lagak cowboy jika terlalu obsesi dengan boots, selain boleh mengganggu gaya fesyen anda.
4. DON’T WEAR ATHLETIC SHOES
Jenama Vans dan Converse dikira OK untuk anda yang gemarkan gaya “stylish casual”. Tetapi jika anda menyarungkan kasut jenis athletic (sukan) seperti kasut mendaki ataupun aktiviti lasak, anda telah menyebabkan wanita tidak lagi memandang ke arah anda.
Jika anda seorang kaki sukan, jangan jadikan alasan untuk anda memakai kasut ke gym saat ingin makan malam bersama si dia. Sekurang-kurangnya, pakailah kasut sneakers yang menjadikan gaya anda lebih sporty dan hipster.
5. USAH MEMBAZIR DUIT
Tidak bermaksud jika anda membeli kasut yang mahal, ia melambangkan gaya fesyen anda. Sama sekali tidak benar! Anda seharusnya bijak bermain dengan rekaan dan juga harga.
Ada sahaja kasut harga mahal yang tidak menepati cita rasa anda. Malah, kasut yang murah itu sebenarnya lagi sesuai dan anda lebih selesa memakainya. Oleh itu, jadilah pembeli yang bijak!
6. KASUT BERSTAIL JADIKAN ANDA LEBIH LELAKI
Anak muda khususnya kerap kali berfikir bahawa kasut yang sedikit bereksperimentasi ataupun sedikit stail menjadikan mereka tampak feminin. Tahukah anda, wanita lebih sukakan lelaki yang stylish dan dressy. Bagi wanita, lelaki yang berkasut kulit lebih manly dan maskulin.
Ia mampu membuatkan lelaki tampak lebih sexually experienced, more mature dan seorang yang better untuk melindungi wanita. Jadi usah takut untuk cuba sesuatu yang baru. Remember, looking nice and put together is the outward expression of inner confidence. And for women, confidence is the manliest of masculine virtues.
7. WEAR SHOES THAT SHOW YOU MADE AN EFFORT
Sesetengah lelaki berfikir bahawa mereka harus berpakaian kasual dan cool untuk berjumpa orang ramai terutamanya apabila pertama kali keluar dengan si dia. Anda hanya melepaskan peluang keemasan anda!
Seharusnya anda letakkan nilai intergriti dalam pemakaian khususnya saat menyarungkan kasut. Tunjukkan kesungguhan anda kepada orang ramai untuk anda tampil segak dan bergaya dengan memakai kasut yang elok dan smart! Anda pasti tidak akan rugi apa-apa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kasut putih memang cantik, tetapi kesan kuning yang muncul selepas dibasuh boleh merosakkan penampilannya. Jangan risau! Anda tidak perlu produk mahal untuk mengatasinya cukup dengan tisu.
Atasi Kesan Kuning Pada Kasut Putih Selepas Dibasuh
Sebenarnya kesan ini adalah saki baki kotoran yang tertinggal di permukaan kasut ketika proses pengeringan berlaku. Jangan risau, ada cara yang perlu digunakan untuk mengelakkan kesan kuning ini tertinggal.
Caranya mudah sangat hanya menggunakan tisu tandas atau tisu dapur.
1. Sediakan tisu dapur atau tisu tandas.
2. Selepas mencuci bersih kasut, lapiskan keseluruhan kasut yang masih basah menggunakan tisu tadi. Jika menggunakan tisu tandas buat 2 lapisan. Biarkan tisu melekat pada kasut basah tadi.
3. Kemudian boleh jemur atau biarkan kasut mengering.
4. Selepas kasut kering, angkat tisu dan anda akan dapati kotoran kuning akan melekat pada tisu bukan pada kasut.
Awek korang mesti rajin merajuk kan? Kadang-kadang sampai dah tak tahu nak pujuk macam mana. Nak bagi text panjang-panjang takut kena block pulak. Nak bagi bunga, nanti kena kecam membazir. Nak ajak keluar makan, member tengah merajuk, mestilah kurung diri dalam rumah.
Kami ada cara paling latest untuk anda pujuk girlfriend atau isteri anda terutama yang kuat makan tu. Anda boleh mix and match. InsyaAllah, marah dia terus hilang.
Sila visit IG Shop untuk tempahan
Bunga Reka
Bunga reka ni sebenarnya dah ada peminatnya yang tersendiri. Hasil kerjanya sangat cantik. kini anda boleh request apa isi untuk bouquet anda. Termasuk Ramen!
Soul21stdesign
Dekat sini anda ada macam-macam jenis design bouquet bunga anda boleh dapat. Mereka bermula dengan deco perkahwinan. Bisnes mereka semakin berkembang dengan idea-idea menarik seperti jambak buah-buahan dan ayam. Kawasan yang mereka cover ialah KL, Selangor dan Pahang. Tengok IG mereka untuk mendapatkan idea design yang menarik.
Petelsnote
Hiasan bunganya kecil-kecil sahaja. Sesuai untuk diberikan kepada pasangan yang tak suka makan banyak. Untuk anda yang jenis berjimat, tapi masih lagi nak romantik dengan pasangan anda, inilah IG Shop yang sesuai untuk anda.
koffeeling.fefeeling
Mereka memang expert dengan jambak ayam. Macam-macam design boleh anda dapati dalam IG mereka. Ayam- ayam mereka juga dari jenama makanan femes. Eh, kena cuba ni.
Thesecretservice_my
Pernah tak florist anda kantoikan anda dihadapan pasangan anda, dengan cakap “sila turun cik, ada bunga untuk cik” tak pandai menipu kan? Kalau anda beli bunga dari sini, pasti tak kantoi. Sesuai dengan nama kedai. kalau tengok ayam goreng dia, macam ayam goreng pasar malam. Sumpah berbaloi.
Bouquetxanna
Kalau anda tengok IG mereka, sudah tersedia harga. Jimat masa anda. Selain dari ayam goreng, McD pun mereka boleh design ok. Kretif kan diorang ni.
Partysplendour.kl
Mereka ini pun rajin menurut kehendak pelanggan. Kalau pasangan anda sejenis suka sayur-sayuran, mungkin anda boleh beri mereka sejambak sayur-sayuran? P/s: mereka ni rajin bagi promo, so rajin-rajin check IG mereka tau.
Tunggu apa lagi? visit IG mereka ini dan pujuk pasangan anda. Dah tak ada dah istilah “buat apa beli bunga, bukan boleh makan pun”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.