Gaya Hidup

G-Shock Kembali Dengan Jam Tangan Sesuai Buat Yang Suka Training!

Share

Wow berita baik buat pencinta jemana G-Shock, ia kini hadir dengan jam tangan pintar yang boleh membuat pemantauan degup jantung, mengukur altitude, kompas, suhu, kiraan langkah serta jarak yang telah dilalui dengan model serba canggih GBD-H1000

Lebih menarik lagi ia didatangkan dengan fungsi GPS yang mengetahui informasi lokasi pengguna serta boleh detect ke mana sahaja anda berada.

Ia dihasilkan dengan empat design solid black, merah, hitam merah serta gabungan hitam putih serta hijau lime. Di boleh diakses pengguna menerusi aplikasi khusus yang dipasang pada telefon pintar anda.

Selain itu ia juga mempunyai fungsi cas menggunakan port USB. Malah, isian bateri juga boleh digunakan melalui solar.

Menariknya kali ini, ia mempunyai fungsi pemantauan degup jantung selama 14jam pada mod Training bersama GPS. Sementara mod Time termasuk dengan kiraan langkah dan fungsi notifikasi pula boleh memberikan nyawa sehingga 12 bulan. Jangkaan tempoh kuasa bateri ini dilakukan untuk satu pengecasan penuh tanpa ciri pengecasan solar dan ia bergantung kepada penggunaan.

Lebih istimewa jam ini ia mempunyai ciri ketahanan air sehingga ke dalam 200 meter dan tidak akan rosak. Malah rekaannya juga diperbaharui dan sesuai dengan anda yang gemar bersukan.

 

Sumber: Casio

Published by
lany