
Makan burger memanglah sedap pada waktu malam kerana ramai yang beranggapan burger adalah menu yang cepat, ringkas dan lazat.
Tetapi tahukah anda bahawa jika anda kerap memakan burger dalam kuantiti yang banyak dengan sangat kerap, ia boleh memberi risiko kepada fungsi hati kerana 3 sebab berikut :
Sebab burger punca fungsi hati rosak
1. Wujud lemak degil dalam sajian burger
2. Bahan dalam burger seperti daging sukar dicerna
3. Berlaku pertambahan lemak sampingan yang datang sewaktu memasak
Burger akibatkan diabetes
Dalam masa sama, Michael Roden dari German Centre for Diabetes Research di Jerman mengemukakan hasil kajiannya bahawa selain menyebabkan fungsi hati boleh rosak, burger juga boleh mengakibatkan masalah diabetes.
Masalah obesiti yang terkesan kepada seseorang itu juga sukar untuk dirawat jika insulin dalam tubuhnya semakin berkurangan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Maskulin Itu Tentang Semangat Bukan Sekadar Fizikal, Ezra Kairo Kongsi Pandangan

Maskuliniti Bukan Hanya Tentang Otot
Penyanyi Ezra Kairo menekankan bahawa maskuliniti bukan sekadar memiliki tubuh yang sasa, tetapi lebih kepada keberanian dan ketekunan untuk menjaga kesihatan walaupun berdepan dengan cabaran fizikal.
Baginya, kekuatan bukan hanya diukur melalui otot yang besar, tetapi lebih kepada kesungguhan dan usaha seseorang untuk terus memperbaiki diri, tidak kira dalam apa jua keadaan.
Kesihatan dan Kecergasan Tidak Sama Untuk Semua
Bagi Ezra, kecergasan sangat penting dalam kehidupan, tetapi dia juga mengakui bahawa tidak semua orang mampu bersenam kerana faktor kesihatan.
“Fitness sangat penting, tapi ada je orang tak boleh fitness, maybe they have their own sickness kita tak tahu,” katanya.
Dia menyedari bahawa setiap individu mempunyai batasan tersendiri, dan tidak adil untuk menilai seseorang hanya berdasarkan saiz tubuh atau tahap kecergasan mereka.
Ezra sendiri pernah melalui fasa sukar dalam hidupnya apabila berat badannya pernah mencecah 80kg sebelum mengalami sakit teruk sehingga kehilangan hampir 20kg dalam masa dua minggu.
Pengalaman ini membuka matanya tentang betapa pentingnya kecergasan dan penjagaan kesihatan, tetapi pada masa yang sama, dia memahami bahawa tidak semua orang mempunyai kemampuan yang sama untuk bersenam secara konsisten.
Ada yang mahu bersenam tetapi terhalang oleh faktor kesihatan, dan ini bukan bermaksud mereka kurang maskulin.

Kecewa, Tetapi Bangkit Semula
Ezra juga mengakui bahawa dia pernah berusaha membina badan dengan bersungguh-sungguh, namun akhirnya mengalami masalah kesihatan yang membuatkannya kecewa.
“Jujur saya memang dulu dah pernah susah-susah buat badan, bukannya tak larat atau penat, tapi last-last dapat sakit,” ujarnya.
Bagi seseorang yang begitu komited dalam kecergasan, mengalami sakit ketika berada di tahap terbaiknya tentu memberi tamparan yang hebat.
Namun, daripada terus kecewa, dia memilih untuk bangkit semula. Kini, dia mahu mencuba kembali untuk mengekalkan kecergasan dengan cara yang lebih seimbang dan tidak membebankan tubuhnya.
Menurutnya, perjalanan kecergasan bukan sekadar tentang membina otot, tetapi tentang mencari keseimbangan antara kesihatan dan ketahanan diri dalam jangka panjang.
BACA LAGI : Senaman Yang Boleh Menguatkan Tenaga Lelaki
Lelaki Maskulin Adalah Mereka Yang Tidak Berputus Asa
“The fact adalah the man yang ada kekurangan dengan masalah kesihatan tetap pergi gym and try untuk bina body walaupun tak besar dan kekalkan kesihatan mereka, itulah maskulin yang sebenar,” tambahnya.
Dalam dunia yang sering mengagungkan imej tubuh yang berotot sebagai simbol kelelakian, pandangan Ezra membawa perspektif yang lebih inklusif.
Maskuliniti tidak boleh diukur hanya berdasarkan kekuatan fizikal semata-mata, tetapi harus merangkumi semangat, disiplin dan keinginan untuk terus berusaha walaupun berdepan dengan cabaran.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ini Punca Kepala Anda Sakit Ketika Sedang Berpuasa. Lagi Dua Minggu Je Puasa, Jangan Sakit Ye

Sakit kepala dan memang menjadi kebiasaan semua orang. Tambahan lagi apabila anda stress dalam pekerjaan. Kebiasaannya jika sakit kepala yang melampau, pasti akan akan telan ubat kan? Namun jika ketika sedang menjalani ibadah puasa, bagaimana pula? Jangan bimbang, kerana bukan anda seorang sahaja yang menghadapinya. Menurut pakar, sakit kepala kerap menyerang mereka yang berpuasa walaupun tidak mempunyai sejarah sakit kepala seperti migrain. Ini merupakan antara sebab mengapa anda sering terjebak dengan sakit kepala ketika sedang berpuasa.
1) Kekerapan pengambilan kopi
Mungkin anda terbiasa minum kopi dengan kuantiti yang tinggi pada hari-hari normal. Maka, kuantiti itu berkurang dengan sangat drastik ketika anda sedang berpuasa. Anda sepatutnya mengurangkan kadar pengambilan kopi seminggu lebih awal sebelum anda berpuasa.
2) Kurang gula dalam darah
Keadaan yang sama juga berlaku dengan kandungan gula di dalam badan anda. Pada hari-hari biasa, anda mungkin mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Namun apabila anda berpuasa, kadar gula dalam darah akan turun secara tiba-tiba seterusnya menyebabkan sakit kepala.
3) Dehidrasi
Sebahagian besar otak anda terdiri daripada air dan ia amat sensitif sekiranya kekurangan air di dalam badan. Jika berlaku kekurangan air di dalam badan, otak anda akan mula menghasilkan histamin yang berfungsi untuk mengimbangi kadar air di dalam badan. Penghasilan histamin ini akan memberi kesan seperti sakit kepala.
4) Cukup tidur, kurang stres
Antara sebab-sebab lain penyumbang kepada sakit kepala ialah kurang tidur dan tertekan. Oleh demikian, anda dinasihatkan untuk mempunyai tidur yang cukup serta mengelakkan diri daripada stres sepanjang berpuasa.
Cuba-cubalah untuk mengelak dari 4 perkara di atas, agar anda punya tenaga berpanjangan sepanjang ibadah berpuasa.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Makanan Diet Ini Boleh Bantu Anda Dapatkan Perut Sasa Yang Sekian Lama Diidamkan

Jika sudah sekian lama anda bersenam untuk dapatkan perut sasa tetapi masih gagal, mungkin faktor pemakanan anda tidak betul, untuk itu cuba 5 jenis makanan ini untuk bantu anda realisasikan impian dapatkan perut sasa.
Selain workout, faktor pemakanan juga antara yang sangat perlu dijaga tetapi ramai yang selalu gagal kerana Malaysia adalah sebuah negara yang ada makanan lazat di mana-mana sahaja.
Namun begitu bagi memudahkan disiplin anda, MASKULIN dengan suka citanya ingin berkongsi 5 tip pemakanan yang nampak simple tetapi boleh buat anda rasa kenyang sepanjang masa.
1. Yogurt
Gula yang rendah serta kalsium yang tinggi membuat yogurt menjadi makanan yang boleh mengeyangkan untuk jangka masa yang cukup lama. Protein yang terkandung dalam yogurt juga boleh membuat perut cepat kenyang. Sementara itu, lemak yang terkandung dalam yogurt membuat rasa kenyang bertahan lebih lama berbanding biasa.
2. Buah avocado
Buah avocado yang berwarna hijau ini bukan sekadar lazat untuk dimakan malah kaya dengan serat serta lemak yang baik bagi jantung. Ditambah pula makanan yang mengandungi lemak dan serat tinggi memerlukan waktu yang agak lama dicerna dalam tubuh sekali gus mampu membuatkan anda berasa kenyang lebih lama tanpa harus memakan makanan yang banyak kalorinya.
Kajian juga menunjukkan asid oleic acid yang terkandung dalam avocado boleh ‘memerintahkan’ otak untuk memberitahu bahawa perut anda sudah kenyang dan tidak perlu makan lagi dalam waktu yang terdekat. Tapi perlu diperhatikan, buah avocado ini mempunyai jumlah kalori yang sangat tinggi. jadi hadkan pengambilannya dan cukuplah setengah potong untuk setiap hari.
BACA: Sakit Perut Boleh Ganggu Prestasi kerja Bila Di Pejabat, Guna Bahan Ini Untuk Redakan Kesakitan
3. Kekacang
Setiap bahagian kacang-kacangan seperti kacang merah dan buncis mengandung protein, karbohidrat kompleks, dan lemak baik. Komposisi yang terkandung dalam kacang-kacang ini dapat menjaga stamina dalam tubuh sehingga anda tidak berasa begitu lapar. Kandungan dalam kacang-kacang juga baik untuk menjaga gula darah.
4. Telur
Para pengkaji di Pennington Biomedical Research Center mengemukan fakta bahawa orang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan boleh mengurangkan jumlah pemakanan harian dengan memakan telur pada setiap pagi hari kerana telur akan menimbulkan rasa kenyang yang lebih lama.
Kajian tersebut juga membuktikan telur dapat menurunkan hormon nafsu makan serta meningkatkan hormon PPY iaitu hormon yang boleh membuat anda kenyang. Tambahan pula, telur adalah kombinasi yang sempurna daripada protein dan lemak sehingga menjadi menu terbaik untuk setiap kali sarapan.
5. Sup
Kajian terbaharu dari Pennsylvania State University menyatakan individu yang habiskan semangkuk sup ayam boleh dikatakan menikmati 100 kalori lebih rendah dalam makan siangnya berbanding mereka yang menikmati menu-menu lain. Namun begitu, sup yang dicadangkan adalah sup berkuah yang rendah kalori. Kandungan air, rasa hangat kuah sup serta sayuran penuh serat dapat mengurangi keinginan untuk makan berlebihan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI