‘Fun Facts’ Tentang Daun Selom, Mampu Bikin Awet Muda!

Share

Siapa suka makan ulam? Pasti kenal dengan daun Selom atau dikenali sebagai daun laksa di beberapa tempat ini kan.

Terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan, daun  dikatakan mempunyai rasa macam daun parsli, selom mempunyai banyak zat galian, mineral dan vitamin A, B dan C.

Ini antara sebab kenapa ulam Salom baik untuk kesihatan khususnya untuk anda yang sedang mengalami masalah seperti dibawah :

1. Merawat cirit-birit

Jika anda tersalah makan yang menyebabkan terkena cirit-birit bolehlah mencuba petua menggunakan daun selom. Caranya ialah ambil 10 helai daun selom yang segar, masukkan ke dalam 2 cawan air. Kemudian, rebus selama 15 minit dan minum ketika air masih panas.

2. Merawat diabetes

Bagi pesakit kencing manis, mereka perlu memastikan kadar gula di dalam darah sentiasa terkawal. Daun selom boleh mengatasi masalah ini. Caranya ialah ambil 8 helai daun selom dan masukkan ke dalam 3 cawan air panas. Setelah sejuk, minum sebelum makan. Amalkan 2 kali sehari.

3. Melegakan gigitan haiwan berbisa

Daun selom boleh digunakan untuk meredakan sakit dan bengkak akibat disengat lebah, kala jengking dan sebagainya. Caranya ialah menumbuk daun selom dan batangnya hingga lumat dan tampal pada tempat yang sakit itu.

4. Menyembuhkan demam selsema

Demam selsema mudah terkena pada orang yang mempunyai imun badan yang lemah, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Petua yang boleh digunakan ialah ambil beberapa batang dan daun selom, rebus dengan secawan air dan minum airnya. Demam akan mula kebah.

5. Menambahkan selera makan

Jika ada ibu mengandung yang mengalami alahan teruk pastinya selera makan menjadi kurang. Begitu juga jika kita diserang demam dan sebagainya, pastinya nafsu makan tersekat. Jika dibiarkan, badan akan kurang bertenaga dan menjadi susut.Cara untuk menambah selera makan ialah membuat kerabu atau ulaman menggunakan daun selom. Jika suka, bolehlah dicicah dengan sambal kacang atau sambal belacan.

6. Menyembuhkan bisul

Jika ada bisul di bahagian badan, pastinya kita berasa tidak selesa dan menahan sakit. Bagi meredakan bengkak bisul dan seterusnya menyembuhkannya, ambil beberapa helai daun selom dan ditumbuk dengan lumat. Tampal pada bahagian bisul dengan kerap. Lama-kelamaan, bisul akan mengecut.

7. Rahsia awet muda

Jika hendakkan kulit muka menjadi licin dan nampak muda, amalkan daun selom sebagai ulaman dalam pemakanan harian. Kandungan vitamin yang tinggi sangat baik untuk kesihatan kulit.

Tanam pokok selom dalam kotak polisterin

1. Kotak polisterin
  • Kotak polisterin mestilah dalam keadaan baik dan tidak rosak. Pada bahagian dasar polisterin tidak perlu buat lubang. Buat lubang pada bahagian sisi saja iaitu lebih kurang sejengkal dari aras tanah.
  • Bila isi tanah nanti mestilah paras tanah melebihi dari paras lubang. Ini bertujuan agar tidak ada air bertakung di dalam polisterin tersebut. Nyamuk pun tidak dapat bertelur di situ.

2. Penyediaan tanah
  • Saya guna tanah bakar atau hitam + tahi kambing/tahi ayam + pasir ( nisbah 3:2:1 )
    Gaul rata kemudian masukkan ke dalam polisterin. Siram air sehingga paras lubang yang dibuat tadi. Biarkan selama seminggu.

3. Penyediaan keratan batang selom
  • Pada setiap keratan batang selom sekurang-kurangnya ada 3-4 ruas mata tunas.
  • Rendam keratan batang selom sehingga berakar. Saya lebih suka biarkan rendaman keratan selom selama 3 minggu. Pada masa ini akarnya dah panjang sikit. Nak rendam seminggu pun boleh juga tapi akar masih pendek lagi.
  • Dalam masa 3 minggu merendam keratan tersebut, kena rajin selalu tukar air rendaman untuk mengelakkan keratan menjadi busuk, rosak dan air menjadi masam.

  • Ketika tanam keratan selom ini, pastikan 1-2 ruas mata tunas tertanam dalam tanah. Pada ruas tersebut ada akar pokok.
  • Selepas tanam dalam masa dua minggu pertama kena siram 2 kali sehari. Ini juga penting untuk pertumbuhan akar pokok yang masih baru.

Nah, bayangkan Ulam Selom sahaja memiliki pelbagai khasiat yang bagus dan baik untuk tubuh badan manusia. Belum lagi digabung dengan sayur ulam-ulaman yang lain yang sudah tentunya dapat memberikan kesan kesihatan yang cukup baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.

Justeru itu, Maskulin ingin menggalakkan orang muda di Malaysia untuk kerap memakan sayur ulam-ulaman dan makan dengan gaya pemakanan yang sihat agar tubuh badan anda menjadi sihat, cergas dan minda kekal aktif.

Selamat menjamu selesa bersama Ulam Selom.

Published by
Nana