Gambar seorang guru lelaki, Fazri Hassan yang mengajar di sekolah pendidikan khas tular apabila dia merelakan dirinya untuk menjadi pameran seni bergerak.
Tujuannya adalah untuk menghargai kesungguhan para pelajarnya yang cuba untuk jadi kreatif selain menerapkan proses untuk perkembangan minda.
I'm a moving art exhibition today! ??
Penutup bagi projek unsur seni
Demi menghargai hasil seni murid murid P.khas saya walaupun tidak seberapa namun mendidik untuk menghargai usaha itu lagi penting. Maka jadilah saya pameran seni bergerak di sekolah hari ini pic.twitter.com/59p0xX6TtW— Fazri Hassan (@FazriHassan) April 29, 2019
Dedah muka perekanya
Di sebalik baju yang kelihatan sangat cute itu, Fazri bukan sahaja berbangga kerana dapat memakainya malah turut mendedahkan muka perekanya.
Kelihatan anak-anak yang sangat comel dan biar pun proses untuk menyiapkannya mengambil masa hampir 3 hari, hasilnya sangat luar biasa.
Inilah pereka-pereka design baju hari ni pic.twitter.com/YiI4WmJK2U
— Fazri Hassan (@FazriHassan) April 29, 2019
Rasa terharu
Menerusi perkongsian baharu, Fazri amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada wakil media yang sudi menghubunginya.
Fazri berharap dengan pendedahan tersebut, dunia pendidikan khas di Malaysia akan mendapat perhatian yang sepatutnya dan wajar untuk didekati.
https://twitter.com/FazriHassan/status/1124250526424584195
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI