[FOTO] Proton X50 Dilancarkan Tahun 2020? Penampilannya Nampak Segak!

Share

Sudah tidak menjadi rahsia lagi apabila beberapa keping gambar SUV kedua keluaran Proton sedang tular di kebanyakan timeline pengguna media sosial.

SUV tersebut yang diberi nama Proton X50 didedahkan pengguna media sosial yang hebatnya mengalahkan pengamal media yang cukup menjaga rahsia eksklusifnya.

Berdasarkan pemerhatian Maskulin ke atas beberapa portal yang turut menyiarkan info tentang SUV ini, katanya :

1. Harga lebih murah dari Proton X70

Sekiranya Proton X70 dijual pada harga serendah RM99,800, bagaimana pula dengan anggaran Proton X50? Ada ramalan yang berkata, harga bagi Proton X50 berkemungkinan besar dalam julat RM75,000. Mungkin sahaja, ya!

Perbezaan tempat memandu SUV dari jenis segmen yang sama

2. Dijangka keluar tahun 2020

Meskipun ada pengguna media sosial berkata Proton X50 bakal menemui pelanggan tahun ini namun menurut sumber-sumber lain, ada yang menegaskan ia hanya akan diperkenalkan pada tahun 2020.

3. Dijana enjin 1.5L pengecas turbo

Bagi melancarkan pergerakan yang sempurna, Proton X50 dikatakan dijana enjin 1.5L pengecas turbo. Ketua Kejuruteraan Proton, Yang Jun pernah mengesahkan Proton bakal perkenalkan model baharu yang menggunakan enjin tersebut dan diyakini ia adalah X50.

Perbezaan tempat pemandu SUV dari jenis segmen yang sama

4. Segmen melibatkan persaingan

Persaingan segmen bagi Proton X50 merangkumi Honda HR-V, Mazda CX-3, Subaru XV, Peugeot 2008 dan Toyota C-HR dan ketika ini, kalau lihat pada Proton X70, jenama tersebut masih menang pada harga.

5. Sudah jalani ujian di Malaysia

Menurut info yang diterima, Proton X50 sudah tiba di Malaysia dan ia kini sedang menjalani ujian daripada pihak Proton. Dalam masa sama, pihak pengurusan tertinggi DRB-HICOM juga dikhabarkan sudah melihat dan menyentuh SUV kompak itu.

Perbezaan tempat penumpang SUV dari jenis segmen yang sama

Selain itu, berikut adalah ciri-ciri lain yang menonjolkan identiti Proton X50 yang baharu :

Perbezaan pandang hadapan, sisi dan belakang

Perbezaan pandang hadapan
Perbezaan pandang sisi
Perbezaan padang belakang

Apa komen anda?

Kalau ikut komen-komen netizen, katanya Proton X50 ini lebih nampak segak dan kemas dan harganya pasti dimenangi Proton.

Kredit : Pandulaju.com.my, The Ajerul & Group Proton X70 Community Malaysia

Published by
Akyem Samad