Sudah tidak menjadi rahsia lagi apabila beberapa keping gambar SUV kedua keluaran Proton sedang tular di kebanyakan timeline pengguna media sosial.
SUV tersebut yang diberi nama Proton X50 didedahkan pengguna media sosial yang hebatnya mengalahkan pengamal media yang cukup menjaga rahsia eksklusifnya.
Berdasarkan pemerhatian Maskulin ke atas beberapa portal yang turut menyiarkan info tentang SUV ini, katanya :
1. Harga lebih murah dari Proton X70
Sekiranya Proton X70 dijual pada harga serendah RM99,800, bagaimana pula dengan anggaran Proton X50? Ada ramalan yang berkata, harga bagi Proton X50 berkemungkinan besar dalam julat RM75,000. Mungkin sahaja, ya!
2. Dijangka keluar tahun 2020
Meskipun ada pengguna media sosial berkata Proton X50 bakal menemui pelanggan tahun ini namun menurut sumber-sumber lain, ada yang menegaskan ia hanya akan diperkenalkan pada tahun 2020.
3. Dijana enjin 1.5L pengecas turbo
Bagi melancarkan pergerakan yang sempurna, Proton X50 dikatakan dijana enjin 1.5L pengecas turbo. Ketua Kejuruteraan Proton, Yang Jun pernah mengesahkan Proton bakal perkenalkan model baharu yang menggunakan enjin tersebut dan diyakini ia adalah X50.
4. Segmen melibatkan persaingan
Persaingan segmen bagi Proton X50 merangkumi Honda HR-V, Mazda CX-3, Subaru XV, Peugeot 2008 dan Toyota C-HR dan ketika ini, kalau lihat pada Proton X70, jenama tersebut masih menang pada harga.
5. Sudah jalani ujian di Malaysia
Menurut info yang diterima, Proton X50 sudah tiba di Malaysia dan ia kini sedang menjalani ujian daripada pihak Proton. Dalam masa sama, pihak pengurusan tertinggi DRB-HICOM juga dikhabarkan sudah melihat dan menyentuh SUV kompak itu.
Selain itu, berikut adalah ciri-ciri lain yang menonjolkan identiti Proton X50 yang baharu :
Perbezaan pandang hadapan, sisi dan belakang
Apa komen anda?
Kalau ikut komen-komen netizen, katanya Proton X50 ini lebih nampak segak dan kemas dan harganya pasti dimenangi Proton.
Kredit : Pandulaju.com.my, The Ajerul & Group Proton X70 Community Malaysia
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI