Selain baju raya, butang baju Melayu juga menjadi perhatian buat lelaki untuk tampil bergaya di hari lebaran. Jika dahulu butang baju Melayu tampil dengan corak biasa, namun kini pelbagai reka bentuk telah diperkenalkan untuk memberi gaya baharu kepada pembeli.
Buktinya, tampil pelbagai rekaan butang baju Melayu yang mampu mencuri perhatian golongan lelaki berbaju baju raya cekak musang. Pasti anda ingin tampil kelainan dengan menggayakan butang baju Melayu paling trendy tahun ini.
Jom tengok antara koleksi butang baju Melayu yang tular di laman sosial.
Memandangkan demam Avengers: Endgame masih belum reda, beberapa butang yang ditampilkan dengan rekaan wajah Iron Man dan Spider Man telah diperkenalkan.
Bagi Captain America pula, sebanyak dua rekaan seperti perisainya dalam bentuk bulat dan Captain America versi comel antara yang mendapat perhatian ramai.
Jika dilihat pada gambar di atas, sebanyak 10 koleksi diperkenalkan dalam dua versi iaitu gambaran logo dan juga karakter yang comel.
Bagi penggemar sukan bola sepak, mungkin ini butang yang serasi untuk anda gayakan hari raya nanti dan berdasarkan rekaannya, butang ini dikeluarkan di bawah jenama Elok.
Selain butang bola sepak, Elok turut mengeluarkan butang baju Melayu edisi sauh kapal dan coraknya agak unik untuk digayakan.
Mungkin sesuai untuk mereka yang bekerja sebagai navy atau yang bercita-cita nak jadi seperti Popeye The Sailorman.
Dalam masa sama, rekaan butang baju Melayu agak memikat mata untuk memandangnya dengan lebih lama kerana konsep tersebut seperti memiliki aura yang tersendiri.
Adakah butang baju ini sesuai untuk dipakai oleh pilot dan kru kabin atau mereka yang gemar melancong ke sana-sini dengan kapal terbang?
Menyelusuri dunia beridentitikan Melayu, butang keris ini antara yang diperkenalkan lebih awal jika berkaitan konsep butang baju Melayu dengan rekaan baharu.
Si pemakainya bukan sahaja nampak segak malah aura lelaki yang perkasa sangat dirasai dan boleh dilihat dari jauh kerana keris itu memiliki rohnya tersendiri.
Ini paling rare ditemui dalam laman sosial iaitu butang baju Mrlayu Infinity Stones. Siap ada warna ikut warna original batu sakti berkenaan dan kepada pemakainya berhati-hatilah kerana silap petik jari, mungkin hilang duit raya.
Selain koleksi butang baju Melayu yang dinyatakan ini, ada lagi tak rekaan lain yang Maskulin terlepas pandang? Jika ada, kongsikan bersama Maskulin!
Sumber Gambar: Google