“Dah nak masuk tahun 2020 ni.. dah ada ke belum kereta terbangnya dekat dunia ni?” soal seorang pemuda.
“Dah ada.. Belanda dah keluarkan dulu. PAL-V Liberty nama kereta terbang tu. Harga mula dari 300,000 euro,” balas rakannya.
Itulah perbualan ringkas seorang pemuda dan rakannya yang cakna tentang perkembangan semasa dan juga kemajuan teknologi.
Syarikat Belanda terajui industri kereta terbang
Pameran Motor Antarbangsa Geneva 2019 (GIMS 2019) menyaksikan sebuah syarikat dari Belanda, PAL-V buat julung kalinya mendedahkan kereta terbang ciptaan mereka.
Proses pembangunan itu bermula sejak 2008 dan ujian pemanduan serta menerbangkan gyroplane itu berjaya dibuat pada tahun 2012.
Menariknya lagi, kereta terbang yang juga dikenali sebagai gyroplane itu bukan sahaja diberi nama PAL-V Liberty malah ia merupakan ciptaan sepenuhnya dari negara Belanda.
Perlu ambil masa lama
Syarikat pengeluar kereta terbang itu berkata, mereka bukan saja perlu memikirkan mengenai pembinaannya malah perlu mengadakan perbincangan berterusan dengan kerajaan (Belanda) dan Kesatuan Eropah (EU).
Ia memakan masa yang agak lama lebih-lebih lagi dalam mewujudkan garis panduan dan undang-undang khusus untuk menerbangkan kenderaan tersebut dengan lebih selamat.
Ads
Tambahan pula, tujuan PAL-V Liberty diperkenalkan adalah bagi menawarkan kelainan dan pengguna yang inginkan jentera yang boleh mendarat di depan rumah, PAL-V Liberty dijangka mampu memenuhi kriteria yang diimpikan.
Tampilkan dua model
Menurut syarikat itu, model yang ditayangkan pada GIMS 2019 adalah edisi terhad dinamakan sebagai PAL-V Liberty Pioneer.
Bagi versi ini, hanya 90 unit saja dibangunkan berdasarkan model asal, PAL-V Liberty, yang pernah diperkenalkan sejak GIMS tahun lalu.
Model terbaharu ini juga dilengkapi kokpit dwi kawalan dan sistem instrumen penerbangan elektronik.
Kemasan karbon dan dua tona warna yang terdapat pada model tersebut antara ciri-ciri yang membezakannya daripada model standard Liberty.
Ads
Seberat 664 kilogram
Melihat kepada spesifikasi, kereta terbang itu adalah seberat 664 kilogram dan ia hanya mampu membawa dua orang termasuk pemandu/juruterbang.
Kenderaan itu mengambil masa kira-kira tiga hingga lima minit untuk pertukaran mod pemanduan ke mod terbang atau sebaliknya.
Pada mod pemanduan, ukuran kenderaan itu adalah sepanjang empat meter, dua meter lebar dan 1.7 meter tinggi.
Sebaik bertukar kepada mod terbang, ia menjadi 6.1 meter panjang, dan ketinggian bertambah kepada 3.2 meter selain mempunyai kipas rotor berdiameter 10.75 meter.
Kelajuan maksimum
Ads
Apabila dipandu, ia mampu menghasilkan 100 kuasa kuda (hp) dengan jarak perjalanan 1,315 kilometer dengan mencatatkan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/j) serta melakukan pecutan 0 hingga 100 km/j kurang dari sembilan saat.
Bagi mod terbang pula, ia mampu mencatat jarak perjalanan 400 hingga 500km dengan mencapai kelajuan maksimum 180km/j.
Kenderaan itu memerlukan jarak 180 meter untuk berlepas dan 30 untuk mendarat. Ia juga mampu terbang ke paras ketinggian maksimum 3,500 meter serta mencatat kelajuan cruise 160km/j.
75 unit sudah dijual
Sebanyak 75 unit kenderaan itu sudah berjaya dijual dan penyerahan pertama akan dilaksanakan pada Disember tahun ini.
Ujar jurucakap syarikat berkenaan, tempahan dibuka sejak 2018 dan pelanggan perlu memiliki lesen memandu dan lesen juruterbang untuk membeli kenderaan ini.
Selain perlu menghadiri program khusus oleh PAL-V tentang garis panduan dan undang-undang yang perlu dipatuhi kebanyakan pelanggan adalah dari Eropah, diikuti Asia Barat dan China.
Info
*Harga: PAL-V Liberty (300,000 euro), PAL-V Liberty Pioneer (500,000 euro)
*Kapasiti: 2 orang
*Masa pertukaran: 3-5 minit
*Jarak pemanduan: 1,315km
*Jarak penerbangan: 400-500km
Sumber : Berita Harian & Media Sosial
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas imejnya dikongsi beberapa minggu lalu, ramai yang menantikan apakah spesifikasi dan harga yang ditawarkan oleh Proton untuk model terbaru SUV, Proton X50. Pada pagi hari ini, Proton Holdings Bhd telah menlancarkan secara rasmi menerusi laman media sosial mereka.
Dalam kenyataan medianya, Proton berkata acara ini merupakan kemuncak kepada publisiti selama enam minggu. Ia bermula dengan pengenalan produksi unit pertamanya di Tanjung Malim serta preview untuk media terpilih.
Proton X50 merupakan model SUV yang kedua diusahakan bersama oleh Proton dan rakan kongsunya Zhejiang Geely Holding Group. Seperti model sebelumnya iaitu Proton X70, model terbaharu ini dijangka mampu meletakkan nama Proton bersaing dalam segmen pasaran kelas ini.
Pengeluar kereta nasional ini juga mempunyai turut meletakkan model ini sebagai antara fokus utama jenamanya untu tahun 2020 dan 2021. Ini terutamanya buat pengguna yang ingin melakukan ‘updgrade’ kepada kenderaan pertama mereka sedia ada.
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, minat serta tumpuan orang ramai terhadap model Proton x50 sangatlah tinggi. Apatah lagi dalam situasi semasa yang melanda negara.
SAMBUTAN LUAR JANGKAAN
Dan pada tengahari hari ini, MASKULIN cuba untuk masuk ke laman sesawang rasmi Proton namun tidak berjaya. Besar kemungkinan laman sesawang ini telah diserbu oleh orang ramai yang berminat ingin mengetahui lebih lanjut tentang Proton X50.
Beberapa pengguna laman media sosial juga melahirkan rasa terkilan dan tidak sabar untuk melihat dengan lebih lanjut tentang model ini menerusi laman sesawang mereka. Ternyata aura yang dibawa oleh model terbaru Proton ini bukanlah calang-calang.
Menurut pengumuman yang dilakukan sebanyak empat varian =ditawarkan oleh Proton iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship. Kesemuanya dikuasakan dengan menggunakan enjin 1.5 liter turbo dengan tiga silinder.
Senarai harga Proton X5
Ia juga lengkap dengan headlamp LED, skrin sesentuh 10.25-inci serta rim 17/18-inci berdasarkan varian berbeza. Manakala fungsiyang tular paling menarik perhatian pengguna pastinya ‘parking assist’.
Teknologi hebat yang diperkenalkan pada model ini bakal membantu pengguna untuk melakukan parkir kereta secara automatik baik dari tepi mahupun secara biasa.
Tempahan awal telah dibuka sejak 16 September lalu dan sehingga kini sebanyak lebih 20 ribu tempahan telah diterima. Antara tawaran istmewa ditawarkan ialah 30 ribu tempahan paling awal sebelum atau pada 31 Disember 2020 akan menerima caj buruh percuma untuk servis.
Ikuti YouTube rasmi Majalah MASKULIN untuk kandungan video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sewaktu kecil, pasti ramai yang kagum dan teruja apabila ternampak motosikal berkuasa tinggi melintasi atau berselisih dengan kita, baik di jalan raya atau di lebuhraya.
Si bikers kental, gelaran buat penunggang motorsikal berkuasa tinggi namun di Malaysia anda perlu anda lesen B penuh bagi mematuhi undang-undang.
Ini berita baik untuk anda semua!
Lesen B penuh, bermula 1 Oktober
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 selama lebih 10 tahun akan layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh, bermula 1 Oktober depan.
Lesen B2
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pemohon bagaimanapun perlu memenuhi syarat ditetapkan, antaranya menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu (IM) dengan kos yuran sebanyak RM160.
Beliau berkata, pemohon perlu menjalani program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa besar, untuk tempoh dua jam sahaja.
“Melalui program amali itu, pemohon mesti mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh ‘Qualified Training Officer’ (QTO) di IM.
Wah, dah boleh tengok dan pilih model motosikal berkuasa tinggi ke ni?hehe
AP Honda Co Ltd, pengedar rasmi jenama motosikal Honda di Thailand melakukan debut dunia Honda CB150R Exmotion.
Menerusi tag line “Life in Exciting Motion”, Honda CB150R Exmotion 2017 memiliki penampilan motor retro klasik dengan sentuhan ciri moden.
Motor hasil inspirasi model konsep Racer 150SS itu dilengkapi dengan enjin 150cc DOHC 4-injap. Mematuhi piawaian Euro6, enjin berkenaan menggunakan teknologi PGM-FI penyejukan cecair.
Penghantaran kuasa ke roda belakang dipadankan menerusi transmisi 6-kelajuan.
Sentuhan moden boleh dilihat pada lampu depan berbentuk bulat yang menggunakan ciri LED. Lampu brek belakang juga turut menggunakan ciri LED.
Spesifikasi jentera berkuasa tinggi boleh dilihat pada peralatan pilihan suspensi terbalik di depan, angkup brek empat pot dan ABS dengan G-Sensor.
Pelanggan di Thailand boleh memilih empat warna iaitu kelabu, merah, hijau dan hitam dengan harga pengenalan bermula 109,800 baht (RM14,150) seunit.
Selain itu, tiga model edisi terhad turut ditawarkan iaitu 500 unit CB150R Street Café pada harga bermula 135,200 baht (RM17,400).
Diikuti 1,000 unit CB150R Scramble Café berharga 118,400 baht (RM15,250) dan 500 CB150R edisi Moriwaki yang akan dijual pada bulan depan.
Menariknya, dalam masa lima hari sahaja pihak Honda di Thailand menerima tempahan sebanyak 1,000 unit walaupun pelanggan tidak pernah melihat secara dekat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami bandingkan masakan isteri dengan ibu, buat isteri kecil hati. Setiap orang mempunyai air tangan tersendiri. Sedap atau tidak hanya orang merasai sahaja. Begitu juga dengan masakan isteri untuk diberikan kepada keluarga tidak akan sama dengan ibu sendiri atau mentua.