Jenama Under Armour mungkin tidak perlu lagi MASKULIN perkenalkan. Bagi pelari aktif dan juga penggiat aktiviti kecergasan, Under Armout meruakan antara jenama yang cukup dipercayai.
Antara produk mereka yang sering mendapat perhatian ialah kasut larian yang tampil dengan pelbagai inovasi dan teknologi yang mambantu larian menjadi lebih baik. Antara teknologi popular diperkenalkan mereka, HOVR foam kusyen kasut larian yang memberikan responsif baik.
Sejak sekain lama, Under Armour telah membangunkan teknologi ‘smart sneakers’ di mana kasutr lariannya mempunyai kemampuan sambungan pengesan GPS menerusi aplikasi dibangunkan mereka, UA MapMyRun. Dan tahun lalu sistem ini menjadi lebih pintar dengan pengenalan ciri Form Coaching yang memberikan maklum balas secara live serta nasihat spesifik untuk pelari meningkatkan kualiti larian.
Bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi ini pasti tertanya-tanya adakah ia mampu membantu pelari? MASKULIN sendiri telah mencuba menggunakan UA MapMyRun dengan bantuan Form Coaching untuk melakukan larian 10 kilometer.
TINGKATKAN LARIAN
Sepanjang beberapa hari melakukan larian dengan bantuan digital coach, kualiti larian meningkat sedikit demi sedikit. Perkara ini turut dijelaskan oleh Under Armour yang mendapati lebih 87,000 pengguna Form Coaching menerusi aplikasi MapMyRun telah meningkatkan larian menjadi 7% lebih pantas dan 3% lebih jauh.
Ads
Kajian tersebut dilakukan dan diperhatikan dengan pelari melakukan larian minimum 1.6 kiloneter dari 1 Januari hingga 1 September tahun lalu.
“Data terbaru ini menunjukkan pendekatan kajian, inovasi dan pembangunan produk berkesan dan kami sebenarnya sedang menuju ke matlamat yang betul dengan teknologi baru ini,” jelas Jeff Knight, Pengurus Senior Produk Digital Sains di Under Armour.
Ads
Kajian sambungan data dari kasut telah bermula pada awal 2010-an namun ia telah menjadi betul-betul serius pada tahun 2017 selepas divisyen digital produk sains Under Armour mula melakukan analisa dari 50 pelari terbaik Boston Marathon yang menggunakan MapMyRun.
Sakah satu perkara yang mereka dapati ialah perbezaan ritma larian setiap pelari. Hasil isnpirasi dari kajian ini, Under Armour mula melihat ribuan data pengguna MapMyRun yang lain berdasarkan ketinggian, berat dan kelajuan.
Mereka dapati ritma yang baik mampu membuka kunci untuk larian lebih baik dengan penggunaan tenaga yang lebih efisien. Sehingga kini lebih sejuta pasang kasut Under Armour di seluruh dunia menggunakan sambungan MapMyRun untuk larian lebih baik.
Ads
Under Armour Machina 2, Infinite 3 & Sonic 4
Disamping itu, Under Armour turut memperkenalkan tiga model terbaru kasut larian iaitu HOVR Machina 2, HOVR Infinite 3 dan HOVR Sonic 4. Ketiga-tiga model terbaru ini menawarkan bukan sahaja keselesaan tetapi mampu membantu larian menjadi lebih baik dengan spesifikasi HOVR dan rekaan dinamik.
CABARAN ‘THROUGH THE CHALLENGE’
Baru-baru ini MASKULIN turut berpeluang menyertai cabaran larian dari kerjasama Under Armour, Run Fast Academy dan BiiB. Dengan pengalaman lebih 4 tahun dan cabaran virtual terbesar di Malaysia selama tiga tahun berutrut-turut, Through The Challenge memaparkan pelbagai cabaran larian dan juga latihan yang cukup mantap.
Ia direka khas untuk menabar kemampuan sebenar peserta dengan cabaran fizikal dan mental menerusi proses ‘Trial – Train – Test’. Cabaran ini juga mendapat pengesahan daripada pelbagai jurulatih terlatih dari Run Fast Academy (RFA). Daripada tiga cabaran tersebut, seramai 20 perserta yang melengkapkan cabaran dengan terbaik akan diberikan running gear Under Armour termasuklah kasut larian HOVR.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda mengalami ulser mulut yang berleluasa? Sampai nak mengunyah pun sakit mulut. Ramai yang membuat keputusan untuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan, namun ubat yang sesuai masih tidak ditemui. Apa yang menariknya, ramai antara anda yang sanggup membiarkan mulut anda sakit sampai akhirnya ia akan pulih sendiri dalam masa beberapa minggu.
Antara punca anda sering mendapat ulser adalah cara pemakanan anda. Jika anda jarang minum air masak, ia akan menjadikan badan anda kurang hidrat dan ini antara punca ulser pada mulut anda. Antara punca lain juga merupakan faktor cuaca yang terlampau panas ataupun hujan tidak tentu masa.
Tahukah anda bahawa selain daripada membiarkan mulut anda tu sakit sepanjang masa sehinggakan anda tidak dapat menikmati makanan yang disediakan, anda juga boleh cuba beberapa cara mudah dan cepat sembuh apabila mulut anda sakit.
Madu
Madu memiliki sifat antibakteria yang bagus untuk menghilangkan ulser mulut. Dalam masa yang sama, ia melembapkan dan menggalakkan proses penambahan tisu baru. Anda boleh minum atau sapukan madu asli pada ulser anda.
Baking Soda
Selain daripada dapat mencantikkan barang terpakai, menghapuskan kotoran degil, baking soda juga mampu untuk menghilangkan ulser pada mulut anda. Jadi, kalau tak ada barang lain dalam rumah, boleh menggunakan baking soda. Apa yang anda perlu lakukan adalah sapu bahagian ulser anda itu.
Garam
Rasanya ramai antara anda yang mengamalkan kaedah ini jika mulut mempunyai ulser. Garam membantu untuk neutralkan kembali suhu dalaman anda disamping dapat mempercepatkan proses pulih bibir pecah anda. Anda boleh kumuh dengan air larutan garam, atau letakkan secubit garam pada bahagian ulser anda.
Tuamkan dengan uncang teh
Rendamkan uncang teh yang telah direndam ke bahagian mulut / bibir yang terdapat ulser selama 5 minit. Teh adalah sejenis bahan beralkali. Maka, ia dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.
Sapukan Gel Oral
Gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid adalah antara ubat yang sering disyorkan dan ia boleh didapati di farmasi. Gunakan mengikut arahan pada label dan ikut preskripsi daripada ahli farmasi.
Sumber: Siraplimau
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak korang alami keadaan di mana susah sangat nak lelap kan mata walaupun dah bermacam cara dilakukan. Kalau sekali skali boleh diterima juga tapi kalau dah tiap malam berlanjutan ia boleh menganggu kehidupan dan kesihatan kamu.
Pastikan 3 jam sebelum tidur elakkan 8 jenis makanan ini yang mampu menggangu tidur kamu. Bila mendapat tidur yang nyenyak dimalam hari ia menjadikan anda ceria dan bersemangat keesokan harinya.
1. Coklat Gelap
Mengamalkan mengambil coklat gelap di waktu malam mungkin dapat menghilangkan keinginan anda untuk makan makanan yang manis namun anda tidak tahu gula yang ada di dalam badan anda akan kekal di sana kerana tiada tindak balas senaman berlaku ketika anda ingin tidur. Lagipun bagi coklat gelap jenis Hershey’s Bliss ini mengandungi 25 hingga 38 peratus kafein yang turut boleh ditemui di dalam secawan kopi. Jumlah tersebut sudah cukup membuat mata anda terjaga.
Kesemua coklat mempunyai kafein, termasuk coklat putih, oleh itu untuk menyenangkan anda untuk ingat semakin gelap coklat tersebut semakin tinggi kadar kafein yang terdapat di dalam coklat tersebut. Namun begitu jika keinginan anda untuk memakan coklat juga, pilih coklat yang kurang kadar kafein- nya.
2. Steak
Selain menjadi punca obesiti rakyat Malaysia, steak juga merupakan makanan yang sukar untuk dihadam apatah lagi jika diambil ketika waktu malam. Selain mengandungi kandungan tinggi lemak dan protein, steak juga menjadi punca badan anda lemah pada keesokan harinya.
3. Makanan pedas
Makan makanan pedas mungkin tidak memberikan anda mimpi buruk namun jika makan makanan pedas beberapa jam sebelum tidur membuatkan anda mengalami pedih ulu hati dan juga kekurangan tidur waktu malam. Selain daripada itu juga makanan pedas meningkatkan lagi kadar suhu pada malam yang mengakibatkan anda sukar untuk tidur.
4. Kopi
Bagi mereka yang sensitif dengan kopi mengambil kopi sebelum tidur adalah satu pilihan yang tidak tepat. Umum mengetahui kopi mengandungi kafein yang boleh menghilangkan rasa ngantuk seseorang. Masa yang sesuai untuk pengambilan kopi adalah di waktu pagi. Pada waktu malam elakan pengambilan kopi.
5. Brokoli dan sayur pokok
Untuk menjadi sihat pun harus berpada-pada ini kerana jika memakan sayuran brokoli dan juga sayur pokok hanya akan melambatkan proses tidur yang lena. Ini kerana kedua-dua sayuran tersebut mempunyai tryptophan yang sebenarnya membantu badan mengeluarkan serotonin. Namun begitu memakan sayuran yang lambat hadam ini membuatkan badan anda bekerja sedangkan anda sudah mahu tidur.
6. Kentang Goreng
Sesetengah daripada kita mungkin bermimpi tentang makanan goreng, tetapi makanan tinggi lemak seperti kentang goreng boleh membuat anda daripada berbuat demikian. Terlibat dalam satu atau dua kentang goreng sebelum tidur mungkin tidak cukup untuk membuat anda terjaga, tetapi makan keseluruhan hidangan mungkin menolak sistem pencernaan anda ke dalam overdrive apatah memberikan kes buruk pedih ulu hati – kedua-duanya tidak cukup untuk mencegah malam yang baik bermimpi.
7. Cili Atau Makanan Pedas
Cili hanya akan menyebabkan radang perut kerana pedas tidak dapat ditampung pada waktu malam. Oleh disebabkan ketidakselesaan pada perut terjadi, tidur anda juga akan terganggu.
Tip tidur yang lena
Jika anda ingin tidur yang lena cuba tips yang diberitahu oleh Laurence Epstein, M.D
Jadikan rutin tidur seperti memasang alat penggera, membaca buku, mandi sebelum tidur dan juga memasang lilin pewangi agar dapat mententeramkan badan.
Elakan ambil makanan ringan dua jam sebelum tidur.
Jangan bawa telefon atau alatan elektronik ke tempat tidur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Berikutan kekangan masa yang saya hadapi, untuk mengekalkan bentuk badan seperti sebelum ini amatlah sukar. Saya terlalu sibuk dengan rutin harian saya. Namun saya senantiasa mencari masa terluang untuk saya keluarkan peluh. Sebagai contoh, saya akan rajinkan diri saya dengan aktiviti luar seperti joging. Kekerapan ke gimnasium kini juga semakin berkurangan, sebaliknya lakukan latihan Martial Arts setiap minggu demi mendapatkan bentuk tubuh yang menarik.”
PENAMPILAN DIRI BUKAN UNTUK GOLONGAN SELEBRITI SAHAJA
“Penampilan ini sebenarnya untuk semua orang, tak kiralah dia seorang selebriti ataupun sesiapa sahaja. Tiada masalah jika anda selekeh di khalayak ramai, namun jangan pula melatah bila ada yang mengata penampilan anda. Penampilan diri mencerminkan diri anda yang sebenar. Dalam pada masa yang sama, jika anda sentiasa bersih dan mempunyai penampilan yang kemas, orang sekeliling turut selesa untuk mendekati anda.”
MINAT DALAM FITNESS
“Sejak zaman sekolah lagi saya mula terlibat dalam bidang kecergasan. Kami adik-beradik sering kali menonton filem-filem barat yang banyak bermain dengan Martial Arts dan aksi lasak. Dari situ, kami terpukul untuk menyertai bidang kesihatan. Bila kami belajar dengan lebih dekat tentang urusan kecergasan ni, kami tahu yang ia bukan sahaja membantu dalam meningkatkan stamina, malah ia dapat membuatkan anda rasa segar dan bertenaga sepanjang hari.”
LATAR BELAKANG KELUARGA FAKTOR UTAMA
“Mungkin ramai yang berpendapat, genetik keluarga memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang. Saya akui ayah saya mempunyai penyakit tiga serangkai, namun ia tidak memberi jaminan seluruh ahli keluarga akan menerima penyakit yang sama. Jika salah seorang ahli keluarga anda terlibat dalam penyakit kronik, maka anda sudah boleh mengambil inisiatif untuk mengubah gaya pemakanan anda.”
CARA PEMAKANAN
“Disebabkan terlalu sibuk dengan jadual seharian, saya akan pastikan makanan yang diambil tidak mengandungi kuantiti minyak yang berlebihan. Paling penting, minum air secukupnya, kerana air itu sedikit sebanyak mempunyai detoks yang berfungsi untuk menyihatkan tubuh badan anda. Nasi saya ambil seperti biasa, namun ia perlu diambil dalam anggaran yang tepat, tidak perlu berlebihan jika hari itu saya tidak terlalu sibuk bekerja.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenis-jenis fabrik kain samping yang sesuai dipakai bersama Baju Melayu. Samping merupakan pelengkap penting dalam pemakaian baju Melayu, terutama ketika menghadiri majlis rasmi, kenduri, atau perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.