Ford Ranger Baharu Tampil Lebih Mantap & Enjin Lebih Berkuasa

Share

FORD Motor Company (Ford) dan rakan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini memperkenalkan rangkaian model Ford Ranger baru untuk pasaran tempatan.

5 Perkara Menarik Ford Baharu ‘Built Ford Tough’

  • Enjin Ranger 2.0L Bi-Turbo generasi baru dengan transmisi automatik 10-kelajuan menawarkan kuasa mencecah 213PS dan 500Nm tork

  • Teknologi yang pertama dan satu-satunya dalam kelasnya, Parkir Selari Separa Automatik (Semi-Automatic Parrallel Parking), Brek Kecemasan Autonomi Inter- Urban (Autonomous Emergency Braking) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki

  • Lengkap dengan Sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin (keyless entry and push-start button), Pengangkat Pintu But (Easy Lift Tailgate) serta SYNC® 3 bersama keupayaan Apple CarPlay dan Android Auto

  • Pengalaman pemilikan luar biasa dengan jaminan selama tiga tahun atau sejauh 100,000km yang mana terdahulu

  • Harga rangkaian model Ranger baharu bermula daripada RM90,888.00

Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, rangkaian Ranger baru itu membabitkan sembilan varian terdiri daripada varian XL, XLT, XLT+, Wildtrak dan Raptor.

Bagaimanapun, katanya, varian Raptor akan dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 pada bulan depan.

“Ranger baru ini menawarkan tiga rangkaian kuasa diesel untuk lebih versatil dan memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Ia membabitkan enjin 2.0 liter (l) turbo tunggal, 2.0l bi-turbo dan enjin Duratorq 2.2l.

“Selain itu, buat pertama kali untuk segmen trak pikap, ia didatangkan teknologi bantuan pemanduan dan keselamatan seperti Semi-Automatic Parrallel Parking, Autonomous Emergency Braking dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki.

“Malah, ia juga dilengkapi sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, pengangkat pintu but serta SYNC 3 betsana keupayaan Apple Car Play dan Android Auto,” katanya pada majlis pelancaran Rangkaian Ford Ranger, di Shah Alam, hari ini.

Harga, Warna dan Servis

Varian Ranger baharu ditawarkan pada harga berikut:

  • Wildtrak–  dua varian, bermula RM134,888.00
  • XLT+ –  satuvarian, bermula RM124,888.00
  • XLT –  duavarian, bermula RM109,888.00
  • XL – tigavarian, bermula RM90,888.00

Ranger didatangkan dalam lapan warna menarik. Ini termasuklah tiga warna baharu: Saber (Wildtrak sahaja), warna biru Magnetic dan Biru Cerah (Lightning), selain warna Putih Segar (Cool White), kelabu Meteor (Meteor Grey), Aluminium Metallik, Putih Segar (Frozen White) dan Hitam Pekat (Absolute Black).

Syed Ahmad berkata, tiga pilihan varian ditawarkan untuk XL yang dijual pada harga bermula RM90,888 manakala dua varian untuk XLT pada harga RM109,888.

“Ranger XLT+ yang hanya ditawarkan satu varian dijual pada harga RM124,888, manakala Wildtrak merangkumi dua varian, dengan harga bermula pada RM134,888,” katanya.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.sdacford.com.my/

 

Published by
Ruziana Zainal