Berita

Festival Konten Digital Malaysia 2024 – Acara Wajib Hadir Buat Peminat Digital!

Share

Bersiaplah untuk pengalaman digital yang paling epik tahun ini! Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bakal menganjurkan Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024.

Festival konten ini mengangkat pelbagai kandungan digital ini akan berlangsung dari 13 hingga 15 September 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Buat anda kaki kandungan atau konten digital inilah cara yang wajib hadir. Tak kiralah anda seorang gamer hardcore atau pun pencipta kandungan, mahu pun pelajar yang ada minat dan ingin menceburi bidang ini!

LEVEL UP PLAY dan CREATORS XPO KL: Gabungan Terbaik!

Bagi edisi tahun ini, MYDCF mempersembahkan bukan satu, tetapi dua acara utama yang pasti akan menggegar dunia digital. Ia adalah LEVEL UP PLAY dan CREATORS XPO KL.

LEVEL UP PLAY meurpakan acara Business to Consumer (B2C) yang direka khusus untuk meraikan kandungan digital terbaik yang dihasilkan oleh Malaysia, Asia Tenggara, dan seluruh dunia.

Dari pameran permainan digital hingga demo dan pelancaran permainan terbaru, serta kejohanan permainan yang mengujakan, semuanya tersedia untuk anda nikmati!

Manakala CREATORS XPO KL pula diramal menjadi tumpuan kepada bakat-bakat kreatif, memberikan mereka platform untuk mempamerkan karya mereka serta berkongsi inspirasi dan teknik dengan sesama profesional.

Jadi, sama ada anda seorang gamer tegar, pencipta kandungan, atau sekadar mencari inspirasi, ada sesuatu untuk semua orang di sini!

seeNI Di MYDCF 2024

Selain itu, seeNI yang merupakan aplikasi digital Malaysia interaktif yang memaparkan pelbagai kandungan turut melakukan kemunculan eksklusif.

Untuk pengetahuan anda, seeNI merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Ku Ideaktiv Sdn Bhd yang menempatkan himpunan kandungan berbentuk artikel, audio, podcast dan video dalam satu aplikasi sahaja.

Turut serta, KLiiK yang merupakan ‘portal komuniti paling padu’ bakal melakukan kemunculan bersama seeNI pada 13 hingga 15 September 2024 di tingkat 2, dewan 7 di KL Convention Center.

Nantikan hidangan konten eklusif dari Nu Ideaktiv seperti dari MASKULIN, Remaja, Pa&Ma dan banyak lagi.

Selain itu, di reruai seeNI akan turut diadakan sesi uji bakat atau casting untuk mereka yang ada bakat berlakon dan menyanyi.

Aktiviti Menarik

Bersedia untuk merasai pengalaman unik di MYDCF 2024! Acara ini menjanjikan pelbagai aktiviti yang mengujakan seperti:

  • Pertandingan E-sport: Adrenalin anda pasti memuncak dengan pertandingan E-sport yang akan menguji kemampuan gaming anda di tahap tertinggi. Dari permainan PC hingga Mobile, semuanya ada di sini!
  • Kejohanan Permainan Kad: Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kejohanan permainan kad terbesar dengan penyertaan jenama terkemuka!

  • Zon Permainan Interaktif: Mainkan permainan terbaru, cuba perkakasan dan perisian terkini, dan alami sendiri teknologi yang canggih!
  • Persembahan Animasi Malaysia: Animasi tempatan akan mengambil pentas utama dengan pelbagai persembahan dan aktiviti yang pasti membuatkan anda terpesona.
  • Pencipta Kandungan Digital dan Influencer: Jumpa dengan pencipta kandungan dan influencer paling popular di Malaysia dan dapatkan tips eksklusif daripada mereka!

Teknologi dan Hiburan Di Satu Tempat

Di MYDCF 2024, pengunjung yang hadir juga nakal disajikan dengan dewan pameran yang mengagumkan. Ia mempamerkan teknologi terkini dalam perkakasan, perisian, dan aksesori permainan.

Selain itu, di festival konten ini pengunjung turut berpeluang berinteraksi dengan pempamer terkemuka seperti Bushiroad Asia, Acer Predator, Ultraman, Todak Studios, Detective Conan, Boboiboy, dan banyak lagi.

Anda bukan sahaja boleh mencuba produk terbaru tetapi juga menyaksikan bagaimana teknologi ini akan mengubah cara kita bermain dan mencipta kandungan.

BACA: 10 Jam Pintar Mampu Milik Terbaik di Pasaran 2024

Hiburan pentas tanpa henti juga bakal dipersembahkan – dari mini-konsert yang penuh semangat hingga persembahan Vtuber yang memukau, serta perayaan cosplay yang meriah, semuanya ada di MYDCF 2024.

Dengan begitu banyak aktiviti hebat yang ditawarkan, MYDCF 2024 adalah acara yang tidak boleh dilepaskan.

Dapatkan tiket anda lebih awal di Ticket2U dengan potongan harga istimewa sehingga 25%! Lawati laman web rasmi Level Up Play di https://mydcf.my/play/ untuk merancang pengalaman yang semestinya tidak akan dilupakan.

Jadi, apa tunggu lagi? Tandakan tarikh di kalendar anda dan bersiaplah untuk menyertai perayaan digital terbesar di Malaysia ini.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim