Secara rasmi, syarikat Naza Italia yang mengimport dan mejadi pengedar secara rasmi Ferrari telah melancarkan SF90 Stradale dan mengubah halaman menjadi bab baru dalam sejarah Ferrari.
Ferrari telah berjaya menangani cabaran menggabungkan sumber kuasa konvensional dan elektrik dengan kenderaan hibrid plug-in pertama, sekali lagi menggunakan teknologi canggih dari landasan dan menjadikannya sesuai untuk jalan raya. Semasa jenama meneroka potensinya di era hibrid, dengan gembiranya ia dapat berpeluang membawa model seperti SF90 Stradale ke pasaran Malaysia.
Model baru memberikan prestasi yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk sebuah kereta produksi, dengan angka seperti 1.000 cv, dan nisbah berat-ke-kuasa 1.57 kg / cv, dan 390 kg kekuatan turun pada 250 km / jam meningkatkan SF90 Stradale ke puncak segmennya. Ini juga bermaksud V8 adalah model teratas untuk pertama kalinya dalam sejarah marque. Model siri produksi hibrid pertama Ferrari menerima 2020 Red Dot: Best of the Best Award dan juga satu-satunya kereta yang telah diberikan salah satu daripada 75 Anugerah Emas di iF Design Awards 2020 yang berprestij.
SF90 Stradale juga merupakan demonstrasi sempurna bagaimana Ferrari segera mengubah pengetahuan dan kemahiran yang diperolehnya dalam persaingan dengan kereta pengeluarannya.
Ads
SF90 Stradale mempunyai enjin turbo 90 ° V8 yang mampu memberikan 780 cv, output kuasa tertinggi dari mana-mana 8 silinder dalam sejarah Ferrari. Selebihnya 220 cv dihantar oleh tiga motor elektrik, satu di belakang, yang dikenali sebagai MGUK (Motor Generator Unit, Kinetic) kerana turunannya dari aplikasi Formula 1, terletak di antara enjin dan klac dwi-kelajuan baru 8-kelajuan transmisi pada gandar belakang, dan dua pada gandar depan. Sistem canggih ini, bagaimanapun, tidak menjadikan pengalaman memandu lebih rumit. Sebaliknya, sebenarnya: pemandu hanya perlu memilih salah satu daripada empat mod unit kuasa, dan kemudian hanya menumpukan perhatian pada pemanduan.
SF90 Stradale juga merupakan kereta sport Ferrari pertama yang dilengkapi dengan 4WD, langkah yang diperlukan untuk membolehkan kuasa luar biasa yang dilancarkan oleh powertrain hibrid dapat dieksploitasi sepenuhnya, memastikan kereta telah menjadi penanda aras baru untuk permulaan berdiri: 0-100km / h dalam 2.5 saat dan 0-200km / j hanya dalam masa 6.7 saat.
Ads
Ferrari lancarkan kereta jenis highly anticipated SF90 Stradale… kami dapat lihat dengan mata kami sendiri kereta canggih kenderaan plug-in Hybrid Electric ini#maskulin #majalahmaskulin
Jurutera Ferrari dapat memperluas spektrum kawalan dinamik dengan memperkenalkan gandar depan elektrik penuh, yang dikenali sebagai RAC-e (pengatur seting sudut elektronik). Selain memberikan penggerak secara eksklusif dalam pemacu elektrik, kedua motor depan secara bebas mengawal tork yang dihantar ke dua roda, memperluas konsep Torque Vectoring. Diintegrasikan sepenuhnya ke dalam kawalan dinamik kenderaan kereta, RAC-e mengatur pengedaran tork, menjadikan pemanduan pada had jauh lebih mudah dan mudah. Kereta kereta jenama mewah ini dijual bermula dari harga RM 1,908,000.00.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lumrah memiliki kereta. Selain perlu dibawa dengan baik, penjagaannya sama ada dari segi enjin dan luaran perlu diservis dengan baik.
Jangan pula bila kereta rosak kita menyalahkan jenama kereta tersebut. Walhal kebiasannya ketahanan sesebuah kereta itu bergantung kepada cara kita menjaganya dan bukan disebabkan kualiti semata-mata.
Tambahan pula, bila dihantar ke bengkel macam-macam benda yang disuruh tukar walaupun tak perlu sebenarnya.
Bagi memastikan anda tidak mudah ditipu oleh pomen, jangan lupa ambil tahu tentang 20 perkara penting tentang kereta ini.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.
4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”. Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tip: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km. Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. CLUTCH PLATE
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.
7. FUEL FILTER
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
8. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat. Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar. Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
10. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. RADIATOR COOLANT
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali. Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. MAINTENANCE SCHEDULE
Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!
15. MINYAK HITAM
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
16. MINYAK GEAR
Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.
17. FLUSH
Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.
Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.
18. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.
Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug. Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.
19. TOP OVERHAUL
Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali. Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.
20. ENJIN MEMBAKARAN
Pada asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Jadi adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Motosikal berenjin boxer bersaiz besar sememangnya menjadi idaman ramai peminat jentera dua roda yang cukup mantap bila di jalanan.
Peningkatan populariti segmen ini dapat kita lihat dengan kesungguhan BMW Motorrad Malaysia yang sering kali menampilkan seleksi motosikal premium dengan spesifikasi menarik.
Terbaru bersempena meraikan ulang tahun ke-100, BMW R 18 100 Years telah diperkenalkan. Lebih menarik, BMW Motorrad Malaysia menyatakan hanya 1,923 unit sahaja ditawarkan di seluruh dunia.
Ia sekali gus menjadikan ia sebagai salah sebuah motosikal yang boleh dianggap cukup ‘rare’. Jelas Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “Mempersembahkan jentera ‘SoulFuel‘ dalam ragam yang benar-benar ikonik, BMW R 18 100 Years bakal menempa nama sebagai kruiser klasik keluaran BMW Motorrad yang paling menawan, dikuasakan oleh enjin sesaran bersaiz terbesar yang dimuatkan dalam sebuah motosikal.
“Dirumus untuk para peminat sejati jentera berperwatakan klasik, BMW R 18 merupakan sebuah ikon yang bersifat abadi, hadir dengan elemen-elemen penting yang mendefinisikan model terdahulu, termasuk seni rekaan ‘puris’ dengan teknologi yang serba ringkas dan enjin boxer bersaiz besar yang mengagumkan untuk menjamin keterujaan maksimum.
“Menjulang slogan ‘Make Life a Ride’ kini selama 100 tahun, edisi seabad BMW R 18 menonjolkan keabadian pengalaman tunggangan yang mengghairahkan. Kami berasa teruja untuk mempersembahkan varian edisi terhad jentera kruiser klasik ini buat para pelanggan setia BMW Motorrad di Malaysia,” tambahnya lagi.
ENJIN KAPASITI BESAR
Konsep permukaan krom klasik bergred tinggi dengan gilapannya yang menawan mendefinisikan BMW R 18 100 Years, ia menggandingkan rona hitam dan krom berglos tinggi dengan jalur halus berkembar dalam warna putih, selain dihiasi dengan jata “100 Years”.
Sentuhan krom klasik juga boleh dilihat pada pelitup roda belakang yang turut memperagakan jalur halus berkembar berwarna putih.
Tempat duduk Option 719 yang diselubungi dengan upholsteri berwarna hitam dan ”oxblood” berserta embos corak berlian yang bertaraf premium juga tampak sempurna bersama.
BMW R 18 100 Years turut dilengkapi dengan pelbagai komponen krom yang dibawakan melalui opsyen rekaan krom yang dapat dilihat pada penyedang (fitting) bar hendal, penganjak gear dan tuil brek kaki, pengapit bar hendal, pemberat bar hendal, cermin, silinder utama brek, angkup brek, pelitup selongsong enjin, pelitup kepala silinder dan trim pancarongga komponen salur masuk.
Lapisan permukaan galvanik yang berkualiti tinggi lagi tahan lasak juga dapat dilihat pada komponen peredam bunyi Akrapovič di belakang, hadir dengan trim paip ekzos berleliang dalam corak bebaling (propeller) yang berdasarkan logo BMW.
Kelengkapan utama yang lain bagi BMW R 18 100 Years meliputi meter laju baharu dengan paparan multifungsi, di samping lampu hadapan LED penuh, lampu belakang dan brek LED bersertakan indikator, Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), tiga mod tunggangan (Rock, Roll, Rain) di samping kemudahan Tunggangan Tanpa Kunci.
Kelengkapan opsyenal yang kini didatangkan secara standard meliputi Lampu Hadapan Adaptif, penggenggam berciri hangat, Kawalan Permulaan Curam (HSC), Kawalan Luncur, gear mengundur, penutup tangki minyak yang boleh dikunci, di samping rangkaian kuasa dan panel pemijak (floorboard) berwarna hitam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nampak macam rutin biasa tapi ramai sebenarnya yang terlupa untuk menjaga dan menukar minyak enjin atau minyak hitam mengikut jadual atau keperluan.
Penjagaan minyak enjin sangat penting kerana ia melibatkan komponen utama di dalam kereta yang mana jika tidak diselenggara dengan baik, boleh mengundang padah.
Ia melakukan tiga fungsi utama iaitu membersih, melincir dan menyejukkan komponen dalaman enjin malahan ia juga berperanan menghalang daripada kerosakan berlaku.
Namun, perlindungan tersebut tidak bersifat kekal kerana tiba masanya anda kena tukar minyak tersebut.
Ia bertujuan untuk memastikan ia kekal bersih dan berada pada paras kandungan yang ditetapkan serta mematuhi kelikatan yang disarankan oleh pengeluar.
MASKULIN buat senarai semak bila masa anda perlu ditukar dengan keadaan segera.
1. Enjin meragam sama ada bising atau bergegar
Bila minyak kotor, ia gagal untuk melaksanakan tugas pelinciran serta penyejukan dengan efektif. Komponen logam di dalam akan bergesel serta mengeluarkan bunyi bising hingga menyebabkan kegagalan enjin. Isu overheat juga boleh berlaku.
2. Mengeluarkan bau terbakar
Bila di dalam kereta anda terbau benda terbakar, itu adalah amaran daripada enjin yang sedang mengalami masalah panas melampau dan minyak sedang terbakar dalam sistem ekzos. Ia juga turut diselangi dengan pengeluaran asap warna kelabu atau kebiruan dari ekzos dari.
Jika ada berlaku simptom berkenaan, sila periksa tanda-tanda kebocoran dan segera gantikannya secepat mungkin.
3. Minyak warna hitam berkilat
Minyak ini selepas lama digunakan pasti akan bertukar warna yang sangat gelap seperti hitam yang bersinar. Ia terjadi disebabkan kotoran serta bendasing daripada pembakaran dalaman enjin.
Bila sedang memeriksa minyak tersebut, perhatikan sekali tahap kejernihan minyak enjin. Jika nampak cair dan gelap, itu tanda minyak enjin anda perlu ditukar.
Bila lampu ini menyala, itu bermakna enjin kereta anda sedang berfungsi dengan kuantiti minyak yang sedikit. Kadang-kadang ia muncul juga bersama lampu enjin/check engine. Ketahuilah bahawa itu adalah isyarat kepada masalah enjin secara keseluruhan yang berisiko tinggi menyebabkan kerosakan teruk.
5. Kereta kuat telan minyak
Kalau selalu seminggu sekali sahaja isi minyak, sekarang seminggu kena 2 kali isi minyak. Ini menandakan enjin anda sudah teruk dan perlu ditukar dengan cepat. Minyak enjin yang cair dan tidak cukup likat boleh buatkan enjin bekerja lebih keras dan sedut bahan api dengan cepat.