
Bila sebut nama Ferrari kita tidak dapat elak daripada mengaitkannya dengan status mewah, premium dan hasil kerya automotif yang luar biasa.
Terbaru mereka memperkenalkan model terbaru yang dijangka bakal ‘mengganas’ di jalanraya seluruh dunia.
Pengenalan Ferrari 488 Challenge Evo telah berlangsung baru-baru ini di ibu pejabat mereka di Mugello, Italy. Lebih kurang sama dengan bersi 488 GT3, model 488 Challenge Evo merupakan rekaan dipertingkatkan daripada model asalnya dengan prestasi lebih baik dan berkualiti.
Jadi apakah pembaharuan yang diperkenalkan menerusi model 488 Challenge Evo? Ferrari mengambil serius dengan mempertingkatkan bentuk aerodinamik. Rekaan pada bahagian depan telah diolah semula dengan meningkatkan tahap efisien kepada 30 peratus.
Ferrari berjaya melakukan penambahbaikan ini dengan mengubah saiz kepanjangan overhang hadapan dan mengubah kedudukan bahagian bampar tepi.
Pengenalan pakej EVO daripada Ferarri ini merupakan satu pakej yang memaksimakan sinergi di antara aerodinamik dan dinamik kereta – dari segi interaksi tayar, kestabilan downforce dan kawalan elektronik.
BACA: 21 Koleksi Ikonik Kenderaan Rare Mendiang Paul Walker Bakal Dilelong!
Ferrari bukan sahaja menambah baik dari sefi bahagian luar malah pada bahagian dalam juga. Antaranya electronik differential, anti-lock brake dan sistem kawalan seretan.
Sebagai contoh pada bahagian brek Ferrari menggunakan karbon seramik yang mana lebih tahan lasak berbanding model sebelum ini. Perubahan bahagian dalam pula menyaksikan reka bentuk stereng baru.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Perjalanan Efisien Tanpa Kereta, Beam Mobility Lancar Kerjasama Bersama Universiti Di Malaysia

Tidak dapat dinafikan bentuk pengangkutan utama dan paling popular di negara kita adalah dengan menggunakan kereta. Terdapat pelbagai faktor yang menjadikan kereta seagai medium pilihan ramai.
Salah satu alasan yang sentiasa digunakan adalah disebabkan cuaca yang panas dan juga hujan. Namun untuk perjalanan yang dekat atau bersifat satelit seperti di dalam kampus universiti penggunaan kereta mungkin boleh dikurangkan.
Di antara inisiatif menggalakkan perjalanan bebas kereta adalah dengan menggunakan medium pengankutan seperti e-skuter. Inilah yang diperkenalkan oleh Beam Mobility dalam mempromosikan perjalanan bebas kereta di kalangan generasi muda.
Terbaru, Beam Mobility telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti di Malaysia begi menyediakan e-skuter Beam untuk digunakan di dalam kampus seluruh negara.
Dengan sokongan dari URBANICE, Beam Mobility kini boleh didapati di sembilan buah universiti iaitu:
• Universiti Sains Malaysia Penang (USM)
• Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak
• Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu
• Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah
• International University of Malaya-Wales (IUMW)
• EduCity Iskandar
• Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur
• Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
• Universiti Malaysia Pahang
LEBIH BANYAK
Mereka turut menjangkakan akan lebih banyak universiti lain turut mengguna pakai e-skuter Beam pada tahun ini. Dengan angka tunggangan melepasi 1,000 di seluruh universiti di seluruh negara ia dilihat cukup positif.
Dengan kehadiran Beam di kampus-kampus ini, warga universiti, pelajar, dan juga pensyarah kini boleh menggunakan e-skuter Beam dengan mudah untuk perjalanan antara bangunan fakulti, dewan kuliah, kemudahan sukan dan riadah serta bangunan kediaman.
“Kami menyasarkan untuk mengurangkan penggunaan ruang yang digunakan oleh kereta dengan menyediakan lebih banyak e-skuter di kawasan kampus, dan meletakkannya secara strategik di tempat yang senang dan mudah diakses.
“E-skuter mengambil ruang parkir yang jauh lebih kecil berbanding kereta, dan itu membolehkan kami menangani isu ruang tempat letak kereta yang terhad di dalam kampus,” jelas Pengurus Besar Beam Mobility Malaysia, Justin Tiew.
Dengan e-skuter kongsi Beam yang diletakkan di lokasi utama di dalam dan sekitar kampus-kampus ini, pelajar boleh menunggangnya ke mana-mana dengan selamat dalam hanya beberapa minit sahaja tanpa perlu menghidupkan kereta atau mencari tempat letak kereta.
KADAR BERPATUTAN
Selain itu, pada kadar bayaran semasa yang berpatutan iaitu RM0.60 seminit, ia merupakan mod pengangkutan yang lebih menjimatkan kos untuk pelajar dalam jangka pendek dan panjang.
Sebagai contoh di EduCity Iskandar menyaksikan penggunaan e-skuter Beam cukup aktif dan meluas. Dengan kawasan kampus seluas 305 ekar ia menjadikan mod perjalanan lebih tangkas dan mudah.
“Kehadiran Beam sejajar dengan usaha SDG sebagai sebuah bandar pendidikan yang menyokong inisiatif teknologi hijau. Kami berharap dengan tawaran baharu ini, komuniti kami dapat menikmati ekosistem dan gaya hidup kampus ideal yang ditawarkan oleh EduCity,” jelas Pengarah Operasi EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd., Prof. Dr Sakina Sofia Baharom.
Pengenalan e-skuter kongsi Beam di universiti adalah satu contoh usaha penyedia perkhidmatan dalam menyediakan perkhidmatan mobiliti mikro bagi mengurangkan beberapa tekanan pemilikan kereta terhadap pelajar dan dewasa muda.
E-skuter Beam dapat mengisi jurang ketersambungan ini dengan mudah, menukarkan 30 minit berjalan kaki kepada 5–10 minit tunggangan e-skuter, menyebabkan masa berulang-alik dapat dikurangkan dengan ketara semasa menggunakan pengangkutan awam.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tuntutan Insurans Kemalangan Langgar Haiwan Liar

Adakah anda boleh melakukan tuntutan insurans kemalangan apabila langgar haiwan liar? Semalam satu berita cukup menyayat hati telah menggemparkan kita semua di sebalik kegembiraan Aidilfitri apabila seekor anak gajah telah mati akibat terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan SUV.
Kemalangan jalan raya melibatkan haiwan liar merupakan salah satu isu yang bukan berlaku baru-baru ini sahaja.
Malah ia menjadi satu isu serius terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan hutan atau habitat haiwan. Kenderaan yang melibatkan haiwan liar boleh mengakibatkan kerosakan serius kepada kenderaan dan juga boleh membahayakan nyawa haiwan tersebut serta pemandu dan penumpang.
Lalu membuatkan persoalan adakah kita boleh melakukan tuntutan insurans jika berlaku kemalangan melibatkan haiwan liar?
Mengenali Risiko Kemalangan Dengan Haiwan Liar
Negara kita yang tercinta, Malaysia merupakan adalah negara yang kaya dengan biodiversiti dan sering kali, haiwan liar seperti tapir rusa, dan lain-lain, akan melintas jalan raya yang menghubungkan antara satu kawasan hutan dengan kawasan hutan yang lain.
Perkara ini sering berlaku di kawasan pedalaman dan kawasan yang berdekatan dengan taman negara atau hutan simpan. Kemalangan ini boleh berlaku apabila haiwan tersebut tiba-tiba melintas jalan tanpa diduga oleh pemandu, sehingga menyebabkan pemandu terpaksa melakukan pengereman mendadak atau mengelak, yang boleh menyebabkan kemalangan.

Proses Tuntutan Insurans
Jika anda terlibat dalam kemalangan yang melibatkan haiwan liar, anda boleh membuat tuntutan insurans asalkan anda mempunyai polisi insurans komprehensif.
Tuntutan ini akan dibuat di bawah kategori ‘own damage’ dimana anda perlu membayar deduktibel (jika ada) dan tuntutan ini akan mempengaruhi kadar NCD (No-Claim Discount) anda. Ini bererti, jika anda membuat tuntutan, kadar NCD anda akan dikurangkan dan ini akan meningkatkan jumlah premium insurans yang perlu dibayar pada tahun berikutnya.
Untuk memulakan proses tuntutan, anda perlu mengambil beberapa langkah penting. Pertama, pastikan untuk melaporkan kemalangan tersebut kepada polis serta menghubungi syarikat insurans anda sesegera mungkin.
Anda juga akan perlu mengambil gambar tempat kejadian, kerosakan pada kenderaan, dan haiwan yang terlibat, jika boleh. Dokumentasi ini sangat penting sebagai bukti untuk proses tuntutan insurans.
Langkah-Langkah Pencegahan
Penting bagi pemandu untuk mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko kemalangan dengan haiwan liar. Beberapa tips pencegahan termasuk:
- Perhatikan Papan Tanda: Selalu perhatikan papan tanda khusus yang menunjukkan kemungkinan adanya haiwan liar yang melintas. Papan tanda ini biasanya dipasang di kawasan yang sering terjadi penyeberangan haiwan.
- Kurangkan Kelajuan: Kurangkan kelajuan anda terutama di kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot untuk haiwan liar melintas. Mengurangkan kelajuan dapat memberi anda lebih banyak masa untuk bertindak balas jika ada haiwan yang tiba-tiba melintas.
- Gunakan Lampu Tinggi Dengan Bijak: Gunakan lampu tinggi ketika memandu di kawasan gelap untuk meningkatkan visibiliti, tetapi pastikan untuk beralih ke lampu rendah apabila bertemu dengan kenderaan lain untuk mengelakkan silau.
- Lebih Berwaspada Pada Waktu Subuh dan Senja: Haiwan liar lebih cenderung untuk bergerak pada waktu subuh dan senja. Oleh itu, tambahkan kepekaan dan kehati-hatian semasa memandu pada waktu-waktu ini.
- Ikuti Arahan dan Latihan Keselamatan: Ambil bahagian dalam kursus atau latihan keselamatan pemanduan yang mungkin mengajar tentang cara-cara untuk mengelakkan kemalangan dengan haiwan liar.
Dengan meningkatkan kesedaran dan mengambil tindakan pencegahan yang sewajarnya, pemandu dapat meminimalkan risiko kemalangan yang melibatkan haiwan liar serta memastikan mereka mendapat perlindungan insurans yang cukup jika kemalangan tersebut tidak dapat dielakkan.
Ingatlah, keselamatan anda dan haiwan liar sama pentingnya dan tindakan pencegahan boleh menyelamatkan nyawa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: BJAK
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sarawak Bakal Bina Litar Lumba Bertaraf Dunia, Kedua Terbesar Di Malaysia

Sarawak kini dalam perancangan untuk membina sebuah litar lumba bertaraf dunia, yang bakal menjadi kedua terbesar di Malaysia selepas Litar Antarabangsa Sepang.
Projek ini bukan sahaja bertujuan untuk mengangkat sukan permotoran di negeri ini, tetapi juga dijangka memberi impak besar kepada ekonomi dan sektor pelancongan tempatan.
Pembinaan litar di Gedong, Serian ini dijangka mampu menampung kapasiti sehingga 100,000 penonton.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyatakan bahawa litar ini, yang bakal menjadi kedua terbesar di Malaysia selepas Litar Antarabangsa Sepang, akan dibangunkan di kawasan Gedong Ithmus seluas 600 ekar.
Gedong dipilih sebagai lokasi untuk litar tersebut kerana kawasan tersebut sesuai dengan pembangunan skala besar ini selain bakal dijadikan sebagai hab sukan permotoran antarabangsa.
“Trek sebegini tidak boleh dibina di kawasan bandar seperti di Litar Antarabangsa Sepang maka kawasan yang paling dekat dengan bandar adalah di Gedong.
“Hal ini kelak membolehkan Gedong menjadi kawasan antarabangsa bagi sukan permotoran,” kata Abang Johari.
Menurut laporan, laluan jalan raya baharu sepanjang 19 km akan menghubungkan Serian ke Gedong, manakala satu lagi jalan sepanjang 74 km ke Samarahan turut dirancang.
Gedong Ithmus akan dibangunkan sebagai kawasan moden yang meliputi perumahan mampu milik, kompleks sukan, pusat pentadbiran, sekolah, dan hotel.
Pembinaan litar baharu ini dijangka memacu pembangunan ekonomi dan menarik pelancong yang meminati sukan permotoran ke negeri tersebut.
Presiden Persatuan Permotoran Sarawak, Senator Datuk Ahmad Ibrahim juga mengesahkan rancangan untuk membina satu lagi litar di Sibuti, di bahagian utara Sarawak, yang masih dalam peringkat awal perancangan.
Gedong Ithmus mendapat inspirasi daripada pembangunan Kuching Ithmus yang menempatkan Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI