Anak Malaysia Olah Sistem Penyejukan Model ‘Supercar’ Dengan Konsep Fawzal Number

Share

Apabila belajar tentang matematik, sains dan juga fizik, nama-nama besar seperti Isaac Newton, Albert Einstein, Stephen Hawking serta ramai lagi bukanlah sesuatu yang asing.

Kalau dalam Islam sendiri pun, Al khawarizmi cukup terkenal dengan kehebatan matematiknya termasuk memperkenalkan konsep algebra.

Bagaimana pula dengan anak Malaysia?

Siapa cakap tiada anak Malaysia mampu meletakkan nama setaraf nama-nama besar ini? Meski pun kini sudah memasuki era moden, pembaharuan tetap akan berlaku.

Baru-baru ini tular satu cerita salah seorang Alumni Universiti Kuala Lumpur – Malaysia France Institute (UniKL MFI) yang berjaya mencipta sebuah karya saintifik berinovasi ‘Cooling Performance Index’ atau ‘Fawzal Number’.

Apa itu Fawzal number?

Fawzal number ini diambil bersempena nama bapanya iaitu Ahmad Fawzal. Fawzal number (nombor Fawzal) merujuk kepada nisbah pemindahan haba atau kapasiti penyejukan dengan kuasa yang digunakan oleh sesebuah rekabentuk.

Nombor Fawzal ini juga didefinisikan sebagai Fawzal Number bersamaan convective HT dibahagikan dengan penggunaan kuasa dan ia merupakan revolusi baharu dalam kejuruteraan permotoran.

Pernah diaplikasikan pada model supercar

Kongsi sebuah portal, Fawzal number ini pernah diaplikasikan pada sebuah model terpantas yang dihasilkan sebuah syarikat pembuatan supercar terulung di Itali.

Memetik perkongsian Aid, katanya syarikat terulung tersebut telah menggunakan konsep rotor cooling technique untuk sistem penyejukan kedua bagi electric machinemodel keluaran mereka.

Konsep rotor cooling technique cetusan Aid ini antara yang terawal di dunia pernah dicipta bagi electric machine

berkuasa tinggi selain beliau turut diberi peluang oleh syarikat tersebut untuk menguji keberkesanannya.

Karya industri ciptaan beliau telah diguna pakai oleh syarikat penaja yang terbukti dapat meningkatkan prestasi produk mereka sebanyak 200% (original continuous performance = 50kW & improved continuous performance = 100kW).

Sumber : Vocket & Jamel Othman

Published by
Akyem Samad