Fauzi Nawawi berjaya buktikan usia bukan penghalang buatnya untuk tamatkan pengajiannya di peringkat Diploma dalam bidang Kordinasi Pengarahan Filem.
Fauzi atau Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 51, berkata, semangat isteri iaitu Lisdawati pendorong dia berazam mencapai sesuatu dalam kehidupannya.
Malah bapa kepada lapan cahaya mata ini mahu memberi contoh terbaik buat kesemua anak-anaknya.
Fauzi Nawawi Berjaya Tamat Pengajian Diploma, Mahu Jadi Contoh Buat Anak
‘Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk beri contoh yang baik buat mereka semua.’
‘Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini, Jadi saya berharap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.’
‘Saya ada lapan orang anak dan sebagai ketua keluarga, kenalah beri contoh terbaik,” katanya.
Fauzi diraikan dalam Majlis Konvokesyen Meatech ke-6 yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin.
Fauzi Nawawi Berjaya Tamat Pengajian Diploma, Mahu Jadi Contoh Buat Anak
Dalam pada itu, Fauzi berharap keputusan menyambung pelajaran dapat menutup tanggapan segelintir tentang golongan selebriti tidak mementingkan pelajaran.
Malah dia sendiri terinspirasi daripada ramai golongan selebriti lain yang berjaya menggenggam ijazah walaupun sibuk dengan aktiviti seni.