Bisnes

Fattah Amin Muncul Dalam Video Terbaru Pak Mat Western, Raih 2.5 Juta Dalam Tempoh 13 Jam Dimuat Naik

Share

Bila sebut sahaja tentang Pak Mat Western, pasti ramai rakyat Malaysia tahu tentang jualan produknya yang terdiri daripada perapan daging serta makanan sejuk beku.

Namun apa yang membuatkan jenama ini diketahui oleh orang ramai adalah kerana idea iklan promosi yang mencuit hati selain memaparkan individu-individu ternama di Malaysia.

Antara selebriti dan personaliti yang pernah dilihat berkolaborasi bersama jenama tersebut adalah seperti Tyzo, Khairy Jamaluddin (KJ), Lisa Surihani, Sharnaaz Ahmad, Diana Danielle dan ramai lagi.

Fattah Amin Kolaborasi Bersama Pak Mat Western Dalam Iklan Promosi

Tidak terhenti di situ sahaja, pelakon Fattah Amin pula dilihat muncul sebagai ‘talent’ di saat namanya sedang hangat diperkatakan berhubung status rumah tangganya bersama aktres Fazura.

Fattah Amin

Dalam video itu, Fattah Amin memainkan watak pemilik syarikat Pak Mat Western yang berlakon sebagai pekerja untuk beramah dengan pelanggan.

Dalam video berdurasi lima minit itu, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, memainkan watak sebagai pemilik syarikat tersebut yang kononnya berlakon sebagai pekerja untuk beramah dengan pelanggan.

 

@pakmatwesterncafee Agak mengejutkan tindakan Fattah Amin #fattahamin
#fyp ♬ original sound – pakmatwesternhq

Antara pekerjaan yang dilakukannya adalah dengan menjadi pekerja kebersihan serta penghantar pek daging sejuk buka kepada pelanggan sambil menunggang motosikal.

Meskipun bergelar pemilik syarikat, Fattah dalam video tersebut memberitahu kepada pekerjanya bernama Una bahawa pangkat dan populariti tidak akan kekal lama.

“Kita ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Lagipun pangkat dan kemasyhuran ini semua tidak akan kekal lama.

“Satu hari nanti kita kena kembali kepada-Nya,” katanya ketika ditanya oleh pembantunya iaitu Una dalam video berkenaan.

Siapa sangka dalam tempoh 15 jam selepas video ini dimuat naik, ia sudah meraih 2.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis

Orang Ramai Teruja Lihat Fattah Amin Dalam Video Pak Mat Western

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat teruja melihat kemunculan pelakon lelaki tersebut di dalam video pemasaran jenama Pak Mat Western.

BACA LAGI : Pengasas Tesla, Elon Musk Kini Pemilik Twitter Dengan Pembelian Bernilai RM208 Bilion 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Nana