BMW Group Malaysia dan Regas Group menyambut ketibaan BMW iX dan fasiliti BMW i Charging yang baharu di Regas Premium Auto Kuching.
Ia secara tidak langsung terus menaik taraf Pengalaman Pemilikan Elektrik Premium yang dijanjikan buat para peminat BMW dan kenderaan elektrik di Sarawak. Pengenalan fasiliti BMW i Charging baharu ini turut dirasmikan oleh YB Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “Tahun 2022 akan menjadi titik sejarah yang bermakna bagi kami di BMW Group Malaysia menerusi gagasan elektrifikasi kami untuk melestarikan landskap automotif tempatan.
“Oleh itu, mustahak untuk kita terus bekerja secara rapat dengan para pemegang tara, khususnya wakil pengedar kami, agar infrastruktur pengecasan yang bertepatan dapat disediakan untuk menggiatkan peralihan tersebut di seluruh negara.
Ads
“Ketibaan BMW iX yang sulung, serta penubuhan fasiliti BMW i DC Fast Charging di Regas Premium Auto Kuching membuktikan hasrat ini, dan kami berasa teruja untuk menyaksikan para pelanggan kami di Sarawak mengamati kepuasan pemanduan elektrik yang sebenar.”
YB Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian turut mengambil peluang untuk berkongsi, “Pembangunan infrastruktur untuk menggiatkan penerimagunaan mobiliti elektro dalam kalangan penduduk Sarawak merupakan langkah yang kami alukan daripada semua pemegang tara dalam industri ini.
Ads
“Keyakinan yang ditunjukkan oleh BMW Group Malaysia dan Regas Group terhadap pengelektrifikasian industri automotif di sini turut menepati aspirasi kami ke atas mobiliti lestari, dan kami berhasrat untuk melihat lebih ramai pengeluar kenderaan memetik inspirasi daripada langkah tersebut untuk turut menggembleng usaha secara kolaboratif dalam pembentukan ekosistem mobiliti elektro di Sarawak.”
Manakala Pengurus Pemasaran Regas Premium Auto, Jolene Tay pula berkata, “Sebagai satu-satunya wakil pengedar BMW yang bertauliah di Sarawak.
Ads
“Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk mendukung Alaf Mobiliti Berelektrik di sini, yakni bagi pihak BMW Group Malaysia dengan pemasangan BMW i DC Fast Charger terbaharu yang juga merupakan hanya satu daripada dua fasiliti pengecasan pantas DC yang terdapat di Sarawak ketika ini.
Jelasnya lagi, ketibaan jentera elektrik tulen BMW iX juga adalah tepat pada masanya berlatarkan sambutan dan apresiasi pelanggan terhadap kenderaan berelektrik yang semakin meluas di Malaysia Timur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada segelintir orang tidak boleh memandu dalam jarak jauh pada waktu siang kerana cuaca yang panas dan terik mentari.
Namun jika anda memilih untuk memandu pada waktu malam, ada 5 perkara yang perlu anda titik beratkan seperti :
1. Malapkan cahaya dalam kereta
Untuk keselesaan memandu, anda perlu malapkan atau padamkan terus cahaya di dalam kereta anda. Ini kerana ia membantu anda fokus melihat cahaya dari luar.
2. Pantau suasana sekeliling
Mata anda perlu awas melilau ke kiri dan kanan. Kalau di jalan-jalan kampung, biasanya tiada lampu jalan dan dikhuatiri ada yang berjalan di tepi jalan.
3. Selenggara lampu hadapan
Pastikan anda menyelenggara lampu hadapan kereta anda sebelum berjalan pada waktu malam. Ini kerana lampu kereta merupakan sesuatu yang sangat penting.
4. Kekal jarak selamat
Jangan memandu terburu-buru dan pastikan anda kekal memandu pada jarak yang selamat daripada kereta di hadapan anda. Tujuannya untuk mengelakkan kemalangan.
5. Tidur sebentar
Jika mengantuk, pastikan anda rehatkan diri anda dengan tidur buat seketika. Dengan melelapkan mata, anda akan menikmati kesegaran untuk memandu semula.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Segmen kenderaan mewah dan nama Maserati pastinya sentiasa berjalan seiringan. Saban tahupeminat automotif sentiasa ternanti-nanti apakah model terbaru yang diperkenalkan oleh pengeluar dari Itali tersebut.
Sebagai pengedar jenama tersebut di Malaysia, Naza Italia-Maserati sentiasa menawarkan seleksi kenderaan mewah yang cukup istimewa di pasaran.
Terbaru, Naza Italia mengumumkan bahawa mereka telah membawa masuk secara rasiminya edisi khas, Maserati Levante S GransSport SUV yang turut menampilkan bahagian dalamannya hasil sentuhan pereka terkenal Itali, Emenegildo Zegna.
Lebih menarik bahagian dalaman Maserati ini menggunakan tekstil kulit khas yang diberi nama PELLETESSUTA. Ia merupakan material khas yang dihasilkan eksklusif untuk kenderaan Maserati.
KONGSI SEMANGAT SAMA
Kolaborasi di antara jenama ikonik dari Itali ini bukanlah satu perkara baru memandangkan keduanya berkongsi semangat sama terhadap hasil kerja tangan dan rekaan inovasi moden. Dicipta dari dunia tradisi Itali yang lama dan teknologi inovasi terkini, PELLETESSUTA kenderaan ini tampil mewah dengan sentuhan fabrik yang bukan sahaja ringan tetapi lembut seta tahan lasak.
“Seperti Maserati, PELLETESSUTA dari Ermenegildo Zegna menyatukan rekaan teknologi moden, rekaan avant-garde bersama kerja tangan tradisi turun temurun di Itali. Dengan sentuhan inilah Maserati Levante G GranSport dihidupkan dengan kemasan yang cukup istimewa.
“Ini sekali gus juga dapat memberikan pengalaman yang luar biasa buat pemandu dan juga penumpa kenderaan hebat ini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings.
Buat pertama kalinya dalam sejarah kerjasama Maserati dan Zegna, tahap ubah suai atau customisations telah diperluaskan yang meliputi GranSport, memberikan lebih banyak pilihan untuk pelanggannya.
Edisi khas Lebante S GranSport ini menampilkan warna tri-coat bronzo bersama Black PELLETESSUTA dengan hiasan dalamannya menggunakan kayu Radica eksklusif. Lebih menarik ia turut tampil dengan cetakan ‘Ermenegildo Zegna PELLETESSUTA’.
Spesifikasi
Enjin Twin-turbo V6 dengan 430 kuasa kuda, rekaan Maserati Powertrain dan dibina di kilang Ferrari terletak di Maranello khas untuk Maserati.
Sistem brek 6-piston Brembo Dual
Lengkap dengan teknologi Advanced Driving Assistance Systems bagi pemanduan lebih efisien. Fungsinya turut meliputi Integrated Vehicle Control, Forward Collision Warning, Traffic Sign Recognition, Surround View Camera, Highway Assist System, Lane Keeping Assist dan Active Blind Spot Assist.
Aksesori dalam dan luaran meliputi sistem audio Bowers&Wilkins premium, GranSport body kit, Sport seats dan lampu hadapan full-LED Matrix adaptive.
Untuk pasaran Malaysia, hanya 5 unit sahaja ditawarkan. Jadi buat mereka yang betul-betul bertuah sahaja mampu memiliki kereta ini!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video auto paling gempak seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas Honda EX5 Edisi Terhad, Boon Siew Honda (BSH) kini memperkenalkan Honda Wave Alpha menerusi kemas kini lebih menarik. Motosikal yang dikatakan terlaris di pasaran tempatan itu kini tampil dengan wajah baru menerusi pilihan warna terkini dan grafik baharu. Pilihan warna baharu Merah Sinar itu ditawarkan bagi menarik minat golongan muda.
Timbalan Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BSH Sdn Bhd, Datuk Seri Wira Tan Hui Jing berkata pihaknya teruja dengan pengenalan warna baharu tersebut.
“Grafik perlumbaan baharu itu kini ditawarkan kepada pengguna kerana sebelum ini grafik berkenaan hanya digunakan oleh pelumba-pelumba muda dalam perlumbaan Cabaran Honda Wave Alpha 2017.
“Tetapi apa yang lebih penting, wajah sporty ini akan menjadi pilihan tambahan kepada model sedia ada di pasaran,” katanya.
Reka bentuk Honda Wave Alpha dapat menambahkan keseronokan dan pengalaman tunggangan. Ia dilengkapi dengan ekzos yang kelihatan lebih sporty, pemegang belakang yang selesa dan brek cakera (varian rim tuangan) untuk penampilan lebih menarik. Ciri-ciri penawaran yang lain termasuk panel meter yang lebih jelas , kebuk-u yang luas dan pelindung kaki bergaya.
HARGA: Honda Wave Alpha Baharu (Merah Sinar) dijual pada harga RM 5,086.94 (termasuk GST) seunit.
WARANTI: Boon Siew Honda menawarkan dua tahun jaminan pembuatan atau 20,000km (yang mana terdahulu).
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.