Kesihatan

Farid Kamil Tidak Benarkan Isteri Buat Pembedahan Potong Usus

Share

Di zaman serba moden ini, banyak prosedur perubatan yang boleh membantu seseorang untuk yang mengalami masalah berat badan.

Antaranya ialah prosedur potong usus, atau dikenali sebagai pembedahan bariatrik.

Bagi selebriti seperti Diana Danielle, dia juga menerima tawaran menjalani prosedur itu namun tidak mendapat keizinan suaminya Farid Kamil.

Memetik laporan Gempak, Farid berpendirian bahawa ada cara lain yang lebih selamat untuk menurunkan berat badan.

“Saya tak benarkan Diana buat benda itu sebab bagi saya potong usus adalah perkara yang melampau.

Gemuk Kerana Diri, Kurus Juga Kerana Diri

“Saya percaya yang menggemukkan badan adalah kita jadi yang menguruskan kembali pun adalah kita. Tidak ada benda lain melainkan kesedaran diri sendiri,” katanya.

Tambahnya, dia juga pernah melihat kondisi perut sahabatnya yang pernah melakukan prosedur tersebut.

“Saya rasa impak bariatrik itu lebih banyak berbanding kelebihan yang ada dan saya juga pernah lihat perut kawan saya yang lakukan bariatrik. Nampak agak pelik bila tengok.

“Setengah orang melakukan atas sebab faktor kesihatan manakala setengah lagi ada yang buat dengan tujuan untuk kurus, bergantung,” ujarnya.

Untuk rekod, Diana mengakui mengalami pertambahan berat badan susulan pertambahan selera makan.

Pertambahan berat badan Diana turut merubah bentuk badannya menjadi lebih berisi sehingga ada yang menyangkanya sedang mengandung.

Sumber: Gempak

BACA: Trend Baju Melayu Perincian Pelik, Hun Haqeem Anggap Perkara Itu Tidak Beradab

 

Published by
Ruszaini Ruslan