Faktor Utama Menyumbang Kulit Wajah Berminyak & Berjerawat Pada Usia Matang

1106

“Umur dah 30-an pun tapi kulit wajah masih berminyak dan berjerawat ke?”

Mungkin anda sebdiri sudah bosan mendengar komen-komen tidak pandai menjaga hati seperti di atas. Iyalah, sebenarnya bukan anda tak lakukaesuatu untuk mengjalang atau mengelak daripada kondisi tersebut.

Namun harus akui anda mungkin kurang informasi tentang bagaimana gejala kulit berminyak dan berjerawat teruk boleh berlaku. Terdapat beberapa faktor mengapa ia boleh bermaharajalela di kulit wajah anda.

Memicit jerawat

Lahiriahnya ramai daripada kita sememangnya gemar memicit jerawat kala ia tumbuh pada wajah. Tabiat memicit jerawat dengan menggunakan jari mahu pun kuku adalah tidak digalakkan kerana kondisi jari dan kuku yang sering kali terdedah kepada bakteria. Lebih teruk lagi apabila ia mampu meninggalkan kesan dan parut pada wajah apabila ia pulih. Oleh yang demikian, saranan untuk menggunakan krim jerawat adalah lebih baik kerana dapat kan secara perlahan dan selamat.

Kerap kali membersihkan wajah

Tidak salah sekiranya menjadikan tabiat kerap mencuci wajah sebagai amalan. Namun, cuci muka dengan air adalah lebih baik berbanding dengan menggunakan pembersih muka atau ‘cleanser’ secara kerap. Hal ini kerana akan menjadikan kulit wajah semakin berminyak dan berjerawat. Bersihkan wajah dengan menggunakan ‘cleanser’ hanya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum waktu tidur.

Produk base minyak

Pemilihan produk yang berasaskan minyak juga menjadi penyumbang kepada masalah kulit wajah berminyak. Tambahan lagi, produk yang berminyak akan menyebabkan jerawat di wajah akan sukar untuk sembuh. Oleh yang demikian pilih produk yang mengandungi rumusan berasaskan air dan mineral supaya kulit akan kelihatan lebih segar dan terhindar daripada kilauan minyak.

Bakteria akibat berpeluh

Lelaki sering kali tidak terlepas daripada berpeluh kerana tahap keaktifan yang lebih tinggi dalam menjalani rutin seharian. Oleh itu, penyerapan peluh yang mungkin mengandungi bakteria ke dalam kulit mampu memberi kesan kepada kulit anda. Maka, jangan berlengah untuk membersihkan peluh sebelum ia kering seperti mencuci wajah atau terus mandi agar kulit anda tampak sentiasa segar.

Kesan syampu

Ramai di antara lelaki mengalami masalah kulit berminyak di bahagian dahi. Tahukah anda bahawa krim syampu yang terkena di bahagian kulit wajah tatkala merapikan syampu di kepala boleh menyebabkan kulit berminyak dan berjerawat. Hal ini adalah kerana, kebanyakan syampu di pasaran mengandungi bahan pelembap dan berminyak untuk melembutkan rambut. Oleh yang demikian, pastikan buih syampu tidak melepasi kanvas wajah tatkala menggunakannya.

Faktor pemakanan

Pengambilan makanan berminyak secara kerap sebenarnya menjadi penyumbang utama kepada masalah kulit berminyak. Amalkan diet dan pemakanan yang lebih neutral dan terhindar daripada minyak seperti makanan yang direbus, sayur-sayuran dan buah-buahan.