Berita

Fakta Penting & Kronologi Kejadian Kes Menyayat Hati Kadet Zulfarhan

Share

Semalam rata-rata warganet digemparkan dengan berita terkini perkembangan kes kemadian menyayat hati Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Kejadian yang menimpa Zulfarhan benar-benar mengejutkan rakyat Malaysia dengan kematian yang cukup sadis dan kejam dilakukan oleh enam bekas penuntut UPNM yang disabitkan membunuh.

Semalam, Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam tertuduh selepas panel tiga hakim yang diketau Datuk Hadhariah Syed Ismail sebulat suara menghidupkan emula pertuduhan asal, Seksyen 302 Kanun Kesesksaan.

Eanam orang tertuduh yang kini berusia 28 tahun tersebut ialah;

  • Muhammad Akmal Zuhairi Azmal
  • Abdoul Hakeem Mohd Ali
  • Muhammad Najib Mohd Razi
  • Muhammad Azamuddin Mad Sofi
  • Muhammad Afif Najmudin Azahat
  • Mohamad Shobirin Sabri

“Kami sebulat suara memutuskan bahawa hanya ada satu hukuman yang sesuai untuk dijatuhkan kepada enam tertuduh. Mereka mesti dibawa ke tali gantung di mana mereka akan dihukum gantung sampai mati,” kata panel tiga hakim itu.

Rata-rata rakyat Malaysia khususnya yang mengikuti rapat kes yang berlaku pada tahun 2017 ini melahirkan rasa syukur kerana keadilan apat ditegakkan terhadap mangsa yang dibunuh dengan cara cukup kejam.

Berikut merupakan beberapa fakta penting serta kronologi kes ini yang berlaku pada 2017.

1 Jun 2017

Zulfarhan, 21, disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang selepas mengalami kecederaan serius.

Dia didapati dengan dengan 80% tubuhnya penuh dengan lebam dan kesan terbakar, setelah dia diikat, dipukul dan ditekap dengan seterika wap.

2 hingga 17 Jun 2017

Sehari kemudian, di tengah-tengah kekecohan awam, Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengarahkan siasatan segera oleh angkatan tentera dan UPNM mengenai kematian Zulfarhan.

Keluarga mangsa menuntut keadilan, polis memperoleh lanjutan reman terhadap 32 pelajar UPNM. Turut ditahan empat pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi membantu siasatan. Pelajar-pelajar UNITEN kemudian dibebaskan dengan ikat jamin polis pada 9 Jun.

Pada 14 Jun, sejumlah 13 pelajar UPNM didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan. Lima pelajar UPNM didakwa dengan tuduhan membunuh dan seorang dengan bersubahat dalam kematian kadet laut tersebut.

Pada hari yang sama, 13 pelajar dibenarkan diikat jamin pada kadar RM7,000 setiap seorang.

Kemudian pada 17 Jun, Menteri Pendidikan Tinggi ketika itu, Datuk Seri Idris Jusoh menyatakan bahawa 13 pelajar UPNM akan dibenarkan meneruskan pengajian mereka di universiti sehingga kes mereka diputuskan.

15 September 2017

Kes lima pelajar UPNM yang didakwa dengan pembunuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana mereka menghadapi hukuman mati mandatori jika disabitkan.

Seorang lagi pelajar, yang didakwa bersubahat dengan mereka, juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi yang sama.

8 Disember 2017

Selepas enam pelajar UPNM, yang didakwa dengan pembunuhan dan bersubahat, mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut pada 10 November, Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan untuk semua 19 pelajar UPNM selama 14 hari bermula 29 Januari, 2018.

5 Jun 2018

Nurul Syuhada Md Jamean, teman wanita Zulfarhan, memberi keterangan di Mahkamah Tinggi bahawa Zulfarhan telah menghubunginya dalam keadaan sakit, mendakwa rakan-rakannya menuduhnya mencuri salah satu komputer riba mereka dan memukulnya.

“Dia kata dia sakit. Dia nak beritahu saya sesuatu, dia kata jangan beritahu sesiapa… dia beritahu saya dia dipukul. Dia dituduh mencuri komputer riba.

“Saya tanya dia kalau dia ada ambil komputer riba itu, dia kata dia tak ambil, tapi rakan-rakannya tetap menuduh dia yang mencurinya,” kata Nurul Syuhada dalam keterangannya sebagai saksi.

31 Julai 2019

Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM untuk membela diri atas tuduhan membunuh Zulfarhan dan sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa.

Mahkamah melepaskan seorang pelajar, Muhammad Akmal Akif Alias, dari semua tuduhan.

2 November 2021

Selepas lebih dua tahun, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah memutuskan bahawa enam pelajar UPNM yang didakwa dengan pembunuhan dan bersubahat telah melakukan jenayah yang kejam dan bertindak seperti penjenayah tegar. Namun beliau tidak dapat menyabitkan mereka atas kesalahan membunuh kerana ia bukan pembunuhan yang dirancang.

Menurutnya, kesalahan yang dilakukan oleh bekas pegawai kadet UPNM tersebut hanya boleh dianggap sebagai pembunuhan tanpa niat, di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, dan bukan pembunuhan di bawah Seksyen 302.

Enam pelajar tersebut dijatuhi hukuman penjara 18 tahun, manakala baki 12 pelajar lagi menerima hukuman penjara tiga tahun, dengan tempoh bermula dari tarikh penahanan mereka atau 2 November, 2021, masing-masing.

BACA: Tak Perlu Pelakon Aksi, Bintang K-Drama Ini Hebat Dalam Seni Pertahan Diri

3 November 2021

Sehari kemudian, Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Kedua ibu bapa Allahyarham Zulfarhan sujud syukur selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada enam bekas penuntut UPNM di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman Putrajaya – FOTO Bernama

Semalam Mahkamah Rayuan memutuskan untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap kesemua enam orang tertuduh. Mereka akan dibawa ke tempat penggantungan dan dihukum mati.

“Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak,” kata Hakim Hadhariah yang bersidang bersama-sama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Keenam-enam tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Sementara itu, 12 tertuduh yang lain didakwa di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran untuk kita semua!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Kredit: Harian Metro, SAYS

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim