Hakikat setiap lelaki harus terima ialah rambut uban merupakan salah satu tanda penuaan yang paling ketara pada lelaki.
Walaupun pada mulanya rambut uban mungkin kelihatan mengganggu, ini adalah sebahagian daripada proses semula jadi yang dialami oleh kebanyakan lelaki apabila mereka semakin berusia.
Bagi ramai lelaki, uban mula muncul dalam usia 30-an atau 40-an, walaupun ada juga yang mengalaminya lebih awal atau lebih lewat bergantung kepada faktor genetik. Namun, mengapa rambut kita beruban, dan apakah kaitannya dengan kesihatan lelaki secara keseluruhan?
Proses Biologi di Sebalik Rambut Beruban
Rambut berubah warna menjadi kelabu apabila pengeluaran melanin—pigmen yang bertanggungjawab untuk warna rambut, kulit, dan mata—mula berkurangan.
Seiring bertambahnya usia, sel melanocytes (yang menghasilkan melanin) menjadi kurang berkesan, menyebabkan rambut kehilangan warna semula jadinya.
Akibatnya, rambut berubah menjadi kelabu, perak, atau putih apabila pengeluaran melanin semakin berkurangan.
Kajian menunjukkan bahawa faktor genetik memainkan peranan penting dalam menentukan bila dan bagaimana rambut kita mula beruban.
Menurut Dr. Desmond Tobin, seorang profesor biologi sel, “Usia di mana rambut anda mula beruban banyak dipengaruhi oleh genetik, jadi jika ibu bapa atau datuk nenek anda beruban lebih awal, anda mungkin juga mengalaminya.”
Namun, selain genetik, uban juga boleh menjadi tanda apa yang sedang berlaku dalam tubuh anda.
Ads
Hubungan Rambut Beruban dan Kesihatan Lelaki
Selama bertahun-tahun, para saintis telah mengkaji kemungkinan kaitan antara uban dan masalah kesihatan.
Walaupun uban itu sendiri tidak menyebabkan kebimbangan kesihatan secara langsung, ia boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan yang tersembunyi. Dr. Kavita Beri, seorang doktor bertauliah, menyatakan bahawa “kajian telah mengaitkan uban pramatang dengan tekanan oksidatif dan kekurangan vitamin, terutamanya vitamin B12.”
Tekanan oksidatif berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan antara radikal bebas dan antioksidan dalam badan, yang boleh mempercepatkan proses penuaan, termasuk rambut beruban.
Selain itu, beberapa faktor gaya hidup seperti merokok, tekanan kronik, dan pemakanan yang buruk juga dipercayai mempercepatkan kemunculan uban.
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American Academy of Dermatology mendapati bahawa perokok adalah dua hingga empat kali lebih cenderung mengalami uban pramatang berbanding mereka yang tidak merokok.
Namun, adalah penting untuk diingat bahawa uban itu sendiri tidak semestinya bermakna anda tidak sihat. Selalunya, ia lebih mencerminkan proses penuaan dan genetik berbanding isu kesihatan yang lebih serius.
Ads
Menerima Uban, Kunci Keyakinan Diri
Daripada melihat uban sebagai masalah, lelaki sepatutnya menerima perubahan semula jadi ini sebagai tanda kematangan dan keyakinan.
Mengalami uban boleh menjadi satu titik perubahan dalam hidup, menandakan fasa baharu. Kini, terdapat pergerakan yang semakin kuat dalam industri penjagaan lelaki yang menggalakkan lelaki untuk menerima uban mereka daripada mencuba menutupinya dengan pewarna rambut.
Salah satu sebab mengapa anda perlu menerima uban adalah kerana ia menambah watak dan keperibadian kepada penampilan seseorang.
Uban sering dilihat sebagai tanda pengalaman dan autoriti, yang boleh memberi manfaat dalam situasi profesional dan sosial.
Menurut pakar penjagaan lelaki, Jonathan Van Ness, “Rambut kelabu adalah mahkota pengalaman; ia adalah simbol seorang lelaki yang yakin dengan dirinya sendiri.”
Ads
Selain itu, uban tidak mengurangkan daya tarikan seorang lelaki—malah, sebaliknya. Rambut kelabu boleh menambahkan daya tarikan seseorang dengan mengimbangkan antara sofistikasi dan ketegasan.
Sebab Uban Boleh Buat Anda Kelihatan Lebih Menarik
Memancarkan Keyakinan Diri: Lelaki yang menerima uban mereka menunjukkan keyakinan dan kestabilan, sifat-sifat yang sangat menarik bagi orang lain. Tidak risau tentang menutup uban menunjukkan bahawa anda yakin dengan diri anda.
Peralihan Semula Jadi: Menerima warna rambut semula jadi, termasuk uban, menjadikan penampilan anda lebih tulen dan organik. Orang dapat melihat apabila seseorang selesa dengan diri mereka sendiri, dan itu sangat memikat.
Penyelenggaraan Rendah: Setelah anda menerima uban, tiada keperluan untuk risau tentang rawatan atau penyelenggaraan yang kerap. Pendekatan ini juga boleh menjadikan rutin penjagaan diri anda lebih mudah, sambil mengekalkan penampilan yang segak.
Ia Kekal Sepanjang Zaman: Uban tidak pernah ketinggalan zaman. Tidak seperti fesyen atau gaya rambut yang silih berganti, uban adalah penampilan yang kekal dan sesuai pada pelbagai peringkat usia, industri, dan gaya hidup.
Tanda Kekuatan dan Kebijaksanaan: Dalam banyak budaya, uban sering dikaitkan dengan kebijaksanaan, kepimpinan, dan kekuatan. Ia melambangkan seseorang yang telah melalui banyak pengalaman dan mempunyai pandangan yang bernilai.
Selebriti yang Bergaya dengan Rambut Uban
Beberapa lelaki terkenal di seluruh dunia telah menerima uban mereka dan menjadikannya sebahagian daripada penampilan unik mereka.
Lihat sahaja George Clooney, yang rambut “salt and pepper” telah menjadi ikonik. Beliau sering dianggap sebagai salah seorang lelaki paling menarik di Hollywood, membuktikan bahawa uban tidak mengurangkan daya tarikan seseorang.
Begitu juga dengan Pierce Brosnan, yang terkenal sebagai James Bond, kini membiarkan rambut kelabunya terserlah, terus mengekalkan imej yang kacak dan sofistikated.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita sebagai lelaki pastinya dalam sebulan atau dua bulan sekali akan ke kedai gunting rambut. Kalau tidak digunting memang serabai jadinya.
Walauoun berambut panjang sekali pun memang kena pergi ke kedai gunting rambut atau salun untuk lakukan cucian atau mengemaskan potongan sedia ada.
Bercakap tentang memotong rambut pastinya anda mahu jenis gaya yang mengikuti trend terkini. Iyalah, anda pastinya tidak mahu menggayakan rambut dengan trend lapuk atau ketinggalan zaman.
Tapi ada satu perkara yang haru anda ingat. Jenis potongan rambut sebenarnya perlu sesuai dengan bentuk kepada dan wajah kita sendiri. Apa yang sesuai di kepala orang lain tidak semestinya akan nampak bergaya di kepala kita.
Di sini MASKULIN kongsikan beberapa jenis potongan dan rujukan sesuai untuk anda mengikut bentuk muka dan kepala.
OBLONG: BENTUK MUKA LEBIH PANJANG DARIPADA LEBAR
Potongan rambut yang pendek sesuai dengan bentuk muka jenis oblong. Tetapi anda perlu berhati-hati jika mempunyai jambang kerana jambang yang terlalu tebal akan membuatkan muka anda nampak lebih lebar dan besar.
OVAL: BENTUK MUKA YANG RUNCING DAN TIDAK MENAMPAKKAN TULANG RAHANG
Bagi yang mempunyai bentuk muka oval, anda sangat bertuah kerana kebanyakan daripada jenis penggayaan rambut sesuai dengan bentuk muka anda.
Tetapi, berhati-hati dengan pemilihan rambut hadapan atau apa jenis penggayaan rambut yang boleh menutupi dahi anda. Ini kerana pemilihan rambut tersebut boleh menampakkan muka anda lebih bulat.
DIAMOND: MEMPUNYAI ‘JAWLINE’ DAN TULANG PIPI YANG BERBENTUK
Ia berbeza dengan bentuk muka oval tadi. Untuk bentuk muka diamond, mereka lebih sesuai jika mempunyai rambut depan yang menutupi sedikit ruang dahi mereka.
Untuk menampakkan anda lebih maskulin, lelaki dengan bentuk muka diamond lebih sesuai jika mempunyai jambang.
BULAT: SAIZ BENTUK MUKA SAMA PANJANG DAN LEBAR
Bagi lelaki yang mempunyai bentuk muka round/bulat, jenis penggayaan rambut yang mempunyai sedikit definisi dan berbentuk sangat sesuai.
Potongan rambut yang sesuai dnegan bentuk muka bulat anda adalah jenis potongan yang boleh menipiskan bahagian tepi rambut.
PETAK: LEBIH BERBENTUK DAN MASKULIN
Bentuk muka petak ini biasanya mempunyai tulang muka yang lebih jelas dan nampak lebih maskulin. Bentuk muka petak ini biasanya sama sahaja dengan gaya rambut yang sesuai untuk bentuk muka yang bulat.
Mereka lebih sesuai memilih rambut yang lebih nipis di kiri dan kanan serta sedikit tebal di bahagian atas.
TRIANGLE: TULANG RAHANG LEBIH LEBAR DARIPADA TULANG PIPI
Bentuk muka triangle mempunyai tulang rahang yang agak lebar dan berbentuk berbanding tulang pipi mereka. Lelaki dengan bentuk muka triangle ini lebih sesuai mempunyai kepanjangan rambut yang medium, di mana tidak terlampau pendek dan tidak terlampau panjang.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menari seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gaya rambut terbaru yang digayakan oleh influencer atau selebriti lelaki pasti menjadi ikutan atau trend tapi awas bagi kita yang beragama Islam!
Gaya Rambut Bergaris Atau Bercorak Hukumnya MAKRUH, Hindari Lebih Baik!
Foto Via Pexels
Namun begitu, sebagai seorang Islam tidak semua benda boleh kita ikut dan contohi. Anda pernah mendengar istilah qaza’? Ia berkaitan dengan gaya pemotongan rambut yang hanya memotong pada sebahagian kepala sahaja.
Adakah gaya pemotongan qaza’ ini dibolehkan dan apakah hukumnya di sisi syariat? Mari ikuti penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan seperti di bawah ini.
Larangan Memiliki Potongan Rambut Bergaris/Bercorak
Gambar: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Rambut merupakan mahkota setiap insan. Naluri setiap manusia berkeinginan untuk memiliki fesyen rambut tertentu seiring dengan peredaran zaman. Namun sebagai umat Islam kita perlu cakna tentang beberapa larangan dalam memiliki potongan rambut tertentu agar tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Maksud qaza’
Secara umumnya, menurut Al-Misbah al-Munir (502), definisi qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut tanpa sebahagian yang lain.
Manakala Imam al-Nawawi dalam Minhaj Syarh Muslim (14/01) pula mendefiniskan qaza’ sebagai mencukur sebahagian rambut seorang anak dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Berdasarkan kedua-dua definisi tersebut, dapat kita fahami bahawa qaza‘ adalah perbuatan seseorang yang memotong atau mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian rambut yang lain bagi tujuan mengikuti fesyen potongan rambut tertentu.
Gaya Rambut Bergaris Atau Bercorak Hukumnya MAKRUH, Hindari Lebih Baik!
Antara contoh potongan rambut termasuklah fesyen yang berbentuk seperti skin fade, taper fade, flat top, pompadour, 4am fade, upper cut, under cut, crew cut, mid fade dan lain-lain.
Bagaimanapun, terdapat hadis yang melarang perbuatan qaza‘ seperti yang diriwayatkan oleh Ubaidullah bin Hafs RA yang bermaksud:
“Aku mendengar Rasulullah SAW melarang qaza’. Ubaidullah berkata, aku berkata, “Apakah qaza’ itu?”. Ubaidullah mengisyaratkan kepada kami dan berkata, “Apabila seorang anak dicukur dan ditinggalkan rambutnya di sini dan di sini serta di sini”. Ubaidullah mengisyaratkan kepada kami kepada ubun-ubun dan kedua sisi kepalanya. Ubaidullah ditanya, “Anak perempuan dan anak lelaki?”. Dia berkata, “Saya tidak tahu”. Dia mengatakan , “Seorang anak”. Ubaidullah berkata aku pun kembali bertanya, maka dia berkata rambut pelipis dan bahagian tengkuk bagi anak lelaki tidak mengapa. Qaza’ adalah meninggalkan rambut di bahagian ubun-ubun sementara tidak ada rambut di kepalanya. Demikian pula membelah rambut kepalanya begini dan begini.” (Riwayat Al-Bukhari)
Gaya Rambut Bergaris Atau Bercorak Hukumnya MAKRUH, Hindari Lebih Baik!
Selain itu, terdapat larangan melakukan qaza‘ dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah melarang melakukan qaza’. Aku bertanya kepada Nafi’, apakah itu qaza’? Nafi’ menjawab mencukur sebahagian rambut anak kecil dan membiarkan sebahagian yang lain.” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, jelas menunjukkan tentang larangan perbuatan qaza‘ dalam Islam iaitu memotong atau mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Imam al-Nawawi melalui Raudhah al-Talibin (3/234) menyatakan dalam penulisannya, bahawa makruh (perbuatan) qaza‘ iaitu mencukur sebahagian kepala sama ada di tempat yang berbeza atau di tempat yang sama berdasarkan hadis (Bukhari dan Muslim) yang disebut larangannya.
***
Kesimpulannya, para ulama telah bersepakat bahawa qaza‘ adalah perbuatan yang MAKRUH sekiranya dilakukan pada tempat yang berbeza atau di tempat yang sama. Walau bagaimanapun, qaza‘ DIHARUSKAN untuk tujuan PERUBATAN (berbekam atau seumpamanya) dan hukum ini terpakai ke atas lelaki dan perempuan.
Umat Islam juga perlu mengetahui bahawa menghindari melakukan qaza‘ adalah lebih baik daripada melakukannya.
Semoga dengan penjelasan ini dapat memberi pencerahan buat kaum Adam semua. Semoga bermanfaat!
Rata-rata bagi anda yang tinggal di Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah kini sedang melalui sekali lagi fasa bekerja dari rumah. Bagi MASKULIN, terus tabah hadapai dugaan gelombang ketiga penularan COVID-19 dan sama-sama kita menghentikannya seperti mana dilakukan sebelum ini.
Bekerja dari rumah kini seakan sudah menjadi salah satu norma baharu. Bagi yang mempunyai pilihan ini anda sebenarnya cukup bertuah kerana masih mampu melakukan tugasan kerja walaupun sedikit berbeza di rumah. Ramai yang terpaksa berhenti kerja kerana keadaan ekonomi semasa.
Salah satu rutin yang biasa anda lakukan bila bekerja dari rumah ialah melakukan perjumpaan atau mesyuarat secara panggilan video menggunakan aplikasi Zoom atau Microsoft Teams. Sebagai seorang lelaki yang sentiasa nampak segak ketika di pejabat anda semestinya mahu tampial sama walaupun menerusi panggilan video.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip bagaimana untuk anda tampil segak dan kacak di hadapan kamera dan panggilan video.
USAH TAKUT UNTUK TAMPIL KASUAL
Walaupun anda bekerja sebagai seorang eksekutif satu perkara harus ingat, anda sekarang sedang bekerja dari rumah. Jadi usah risau untuk tampil lebih kasual dari kebiasaan seperti di pejabat. Cuba pakai kemeja bercorak yang selalu anda gayakan pada hari minggu.
ELAK CORAK YANG PELIK
Melakukan perjumpaan secara virtual tidak bermakna anda bebas mengenakan apa jua pakaian. Kekalkan tahap profesional walaupun berada di rumah. Oleh itu elak memakai kemeja atau t-shirt yang mempunyai corak atau tulisan yang pelik, provokatif dan menjelikkan pemandangan.
Foto: Pexels/Nataliya Vaitkevich
SESUATU YANG SELESA
Mencari gaya yang elegan tidak semestinya anda haru mengorbankan keselesaan. Bekerja di rumah pada awalnya mungkin agak janggal buat anda. Bagi membantu konserntrasi yang baik pakailah pakaian yang selesa. Sebagai contoh elakkan pakaian yang mudah membuat anda berpeluh. Carilah pakaian daripada material paling selesa.
RANCANG PENAMPILAN GAYA
Setiap kali sebelum menyertai mensyuarat atau perbincangan panggilan video, rancanglah dahulu penampilan yang anda inginkan. Sebagai contoh jika anda ada appointment pada esok, malam sebelum itu pilihlah padanan pakaian yang sesuai. Malah anda juga boleh cuba dan lihat sendiri penampilan anda di skrin komputer untuk lebih jelas.
PENGCAHAYAAN BAIK
Penting untuk ada berada di dalam bilik yang mempunyai pengcahayaan yang baik. Dan tiada pengcahayaan lebih baik melainkan cahaya matahari semulajadi. Pilihlah lokasi yang mempunyai sinaran cahaya mencukupi. Cahaya semulajadi adalah pantulan terbaik untuk kulit anda. Selain itu ia juga boleh terus menyerlahkan penampilan anda dengan lebih jelas dan menarik.
RING LIGHT
Buat anda yang mungkin tinggal di lokasi yang cahaya matahari agak kurang, boleh gunakan ring light. Apa salahnya laburkan sedikit wang untuk membeli set ring light yang boleh digunakan sebagai pengcahayaan untuk panggilan video. Ia juga tidaklah terlalu mahal dan mudah didapati di pasaran.
USAH GUNA BACKGROUND DEFAULT
Menggunakan aplikasi panggilan video biasanya turut tersedia background default pelbagai lokasi dan pemandangan. Nasihat MASKULIN, elakkan guna background seperti ini. Ini kerana ia hanya membuatkan anda nampak pelik di hadapan latar belakang yang tiruan. Malah ia juga boleh menyebabkan imej anda menjadi terganggu.
Semoga tip gaya dari MASKULIN kali ini boleh membantu anda nampak lebih segak dan bergaya walaupun di dalam dunia virtual. Terus ikuti ti[ menarik daripada kami.
Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN bagi mengikuti video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.