Selangor FC mengumumkan pelantikan Katsuhito Kinoshi sebagai ketua jurulatih baharu mereka.
Mempunyai pengalaman luas bersama beberapa kelab Jepun dan skuad kebangsaan Serbia, Kinoshi diberi tanggungjawab untuk membimbing Merah Kuning dalam saingan liga domestik dan juga saingan peringkat Asia. Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai beliau:
1. Pengalaman Luas di Jepun dan China
Kinoshi memulakan kerjaya kejurulatihannya di Jepun pada tahun 2003 sebagai jurulatih kecergasan di Omiya Ardija. Beliau kemudian berkhidmat sebagai penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan di Yokohama FC (2005–2008) dan Nagoya Grampus (2008–2015). Pada tahun 2015, beliau menyertai Guangzhou R&F di Liga Super China sebagai penolong jurulatih, berkhidmat sehingga 2021.
2. Peranan dalam Pasukan Kebangsaan Serbia
Dari 2021 hingga 2024, Kinoshi berkhidmat sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan Serbia. Beliau membantu pasukan itu layak ke Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar dan memenangi Kumpulan 4 Liga B dalam Liga Negara-Negara UEFA 2022–23, yang membawa kepada kenaikan ke Liga A.
3. Pelantikan sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC
Pada 24 November 2024, Kinoshi dilantik sebagai ketua jurulatih Selangor FC, menggantikan Nidzam Jamil yang meletak jawatan pada 30 Oktober 2024. Pelantikan ini menandakan kali pertama beliau memegang jawatan ketua jurulatih di luar Jepun dan China.
Ads
4. Pengalaman Bekerjasama dengan Dragan Stojković
Kinoshi mempunyai hubungan profesional yang panjang dengan Dragan Stojković, bekas pemain dan jurulatih terkenal. Mereka bekerjasama di Nagoya Grampus dan Guangzhou R&F, serta dalam pasukan kebangsaan Serbia. Kerjasama ini membentuk asas pengalaman antarabangsa Kinoshi dalam bidang kejurulatihan.
5. Cabaran Baharu di Malaysia
Sebagai ketua jurulatih Selangor FC, Kinoshi menghadapi cabaran baharu dalam Liga Super Malaysia. Dengan pengalaman luasnya di peringkat kelab dan antarabangsa, beliau diharapkan dapat membawa pendekatan taktikal dan kecergasan yang inovatif kepada pasukan Gergasi Merah.
Ads
Pelantikan Katsuhito Kinoshi sebagai ketua jurulatih Selangor FC menandakan era baharu bagi kelab tersebut, dengan harapan beliau dapat membawa kejayaan dan kemajuan kepada pasukan dalam saingan domestik dan antarabangsa.
Selain itu, menurut perkongsian seorang penguna di laman X, Ahmad Ridzuan jurulatih berusia 60 tahun ini memiliki beberapa fakta menarik sepanjang bergelar jurulatih.
Beberapa perkara menarik Katsuhito Kinoshi;
1) Ada Coaching License S Class JFA sejak 2009.
2) 3 bahasa: Japanese, English, Portugal
3) Memiliki pendidikan setaraf PhD
4) 2004: Head Coach Shobi University
5) Pernah menjadi Personal Trainer Kazuyoshi Miura di Yokohama FC. pic.twitter.com/dQxkt1fSP7
6) Pernah menjadi part-time lecturer di Aichi Gakusen Univ. – Sports Strategy
7) Salah seorang researcher Waseda Univ. Graduate School of Sports Science
8) Mengajar coaching studies di Nippon Sports Science Univ.
9) Bersama Dragan Stojkovic sejak 2008
10) Certified Business Coach pic.twitter.com/SIanINNPHk
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila menyebut mengenai penyakit kencing manis, pasti yang ditakuti oleh pesakitnya ialah apabila terpaksa melalui proses pemotongan kaki.
Itulah yang dialami oleh seorang pemuda berusia 21 tahun yang dikenali sebagai Mahathir, apabila dia kini kudung kaki kirinya sejak seminggu sebelum Ramadan tahun ini.
Memetik perkongsian video di Tiktok @kedidi_kakipalsu, Mahathir memberitahu yang dia terpaksa menjalani proses pemotongan kaki akibat menghidap penyakit kencing manis.
Ditanya bagaimana dia boleh menderita penyakit itu pada usia yang muda, dia mengakui tabiatnya yang gemar meminum air manis menjadi punca kepada penyakit itu.
Minuman berkarbonat jenama tempatan adalah minuman kegemarannya dan membeli minuman itu adalah rutinnya setiap kali pulang dari sekolah dahulu, tambahnya.
Masih Mahu Bekerja
Mahathir kini tidak lagi bekerja namun masih berhasrat untuk kembali bekerja atau mencari rezeki dengan apa sahaja cara yang mampu dilakukannya.
Terdahulu, Mahathir bekerja di restoran makanan segera, McDonald’s cawangan Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.
Meskipun kini terpaksa hidup bergantung pada satu kaki sahaja, Mahathir dilihat begitu cekal dan positif serta mampu mengukir senyuman.
Penyakit kencing manis atau diabetis merupakan penyakit kronik yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses gula di dalam darah.
Pesakit kencing manis merupakan pesakit yang paling biasa melalui proses amputasi, iaitu pemotongan anggota badan, lazimnya bahagian kaki.
Jika seorang pesakit kencing manis mengalami luka di bahagian kaki, tubuhnya sudah tidak berupaya untuk menyembuhkan luka dengan cepat dan melawan jangkitan.
Oleh itu, amputasi merupakan jalan terakhir bagi mengelakkan jangkitan merebak ke bahagian lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memang syok kalau tidur menghadap kipas angin lagi-lagi bila kita buka speed dia sampai high level. Pasti ramai yang gemar tidur sebegini terutamanya ketika musim panas. Namun tanpa kita sedar, perbuatan itu sebenarnya membahayakan diri sendiri.
Nak tahu apa dia, jom semak!
Gangguan Pada Pernafasan
Kipas angin berfungsi untuk menggerakkan udara tanpa dijamin udara yang dihasilkan adalah udara yang bersih atau sebagainya. Masalah lebih teruk terjadi jika, kipas tersebut berhabuk dan tidak dicuci bilah-bilahnya. Ini secara tidak langsung memberi potensi udara yang tidak bersih disedut ke dalam salur pernafasan sepanjang malam. Apabila bakteria, habuk, kuman atau sebagainya disebarkan, menjadi punca kepada penyakit asma yang pastinya membahayakan kesihatan.
Penyakit Bell Palsy
Ia merupakan penyakit kelumpuhan namun tidak bermaksud lumpuh seluruh badan. Tetapi adalah lumpuh di bahagian wajah di mana akan terasa sukar untuk senyum dan ketawa. Memandangkan setiap malam kipas tertumpu pada bahagian wajah dan ini menyebabkan keadaan saraf wajah menegang kerana menerima suhu yang sejuk sepanjang malam berbanding tubuh-tubuh yang lain.
Kurang Oksigen
Angin yang terhasil daripada putaran bilah kipas yang dihadapkan ke wajah akan menghalang proses pernafasan yang normal. Didapati jumlah gas oksigen berkurangan bahkan gas karbon dioksida pula akan meningkat kesan daripada putaran pengudaraan tidak baik di sekitar wajah.
Kulit Kering
Biasanya bila masalah kulit kering terjadi adalah disebabkan oleh sinaran cahaya matahari. Pun begitu, keadaan ruang yang terlalu sejuk turut akan memberi kesan yang sama pada kulit. Lantaran itu, apabila anda terlalu lama menggunakan kipas angin dan dihalakan ke wajah, akan menyebabkan efek kekurangan air terjadi pada kulit muka.
Tip Penggunaan Kipas Angin Secara Sihat
Sentiasa bersihkan bilah-bilah kipas untuk pengudaraan yang lebih bersih tanpa habuk.
JANGAN gunakan kipas angin di dalam ruangan yang tertutup atau yang tidak memiliki sistem pengudaraan udara yang baik.
JANGAN hadapkan kipas angin tepat di wajah, karana akan sangat mempengaruhi jumlah oksigen dan karbon dioksida yang ada di sekitar wajah.
Jika menggunakan kipas ketika tidur, maka setkan pada laras berpusing ke kiri dan ke kanan.
JANGAN menggunakan tahap kelajuan maksimum tetapi cukup sekadar sederhana untuk elak lemas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi perokok tegar, biar tidak makan nasi asalkan boleh menyedut asap daripada sebatang rokok. Lihatlah betapa hebatnya kesan merokok itu.
Setiap tahun harga rokok di negara ini akan naik, ia sekali gus membuatkan perokok merasa keinginan untuk berhenti. Tetapi percayalah hasrat untuk berhenti itu adalah sukar bagi mereka meskipun mengetahui merokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah mendatangkan kemudaratan pada kesihatan mereka.
Bagi yang mempunyai keazaman yang kuat untuk berhenti merokok, memang sukar untuk berhenti begitu sahaja ataupun dalam masa yang singkat.
Justeru itu minta bantuan orang tersayang terutamanya keluarga atau rakan-rakan dan doktor. Menurut kajian dengan bantuan orang yang terdekat ia akan menjadikan hasrat untuk berhenti merokok adalah lebih mudah.
Makanan Yang Mampu Membantu Anda Berhenti Merokok
MADU
Makan madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah.
Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam darah.
MAKANAN MASIN
Makanan masin dapat memadamkan keinginan peghisap rokok.
Apa yang perlu dilakukan adalah cuba makan dalam kuantiti yang sedikit masin ataupun mengambil secubit garam.
HALIA DAN BAWANG PUTIH
Halia dan bawang putih dapat membantu untuk mengatasi keinginan merokok.
Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu melepaskan racun-racun yang berpunca daripada merokok.
Ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika menarik diri daripada kebiasaan merokok.
KAYU MANIS
Menghirup atau menghidu aroma kayu manis boleh membuatkan seseorang itu seperti sedang ‘berkhayal’ rasanya lebih enak dari asap rokok.
Menurut pakar pemakanan memakan kayu manis juga akan menenangkan otak dan saraf.
EPAL
Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit.
Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan rokok.
Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh.
Malah, tekstur epal juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok.
SUSU
Ketika merokok, bibir kehilangan kenyalan dan menjadi lebih gelap.
Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan zat di bibir.
Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit.
Kesimpulan
Ramai yang gagal untuk berhenti merokok pada cubaan pertama (selalunya lebih lima kali) sebelum mereka benar-benar dapat berhenti merokok.
Jika mula merokok semula selepas cuba berhenti, jangan putus asa. Setiap kali anda berhenti merokok walaupun dalam jangka masa pendek, sebenarnya semakin hampir dengan matlamat jangka panjang.
Selalu ingatkan diri bahawa dengan berhenti merokok dapat mengelakkan penyakit serius dan hidup lebih lama dan anda pasti berjaya melaksanakannya.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.