Kehidupan rumah tangga Faizal Hussein dan Suhaila Sulaiman yang bahagia sering menjadi inspirasi. Walaupun sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini masih kelihatan romantis bersama.
Sebelum ini, melalui satu video menerusi portal Keluarga daripada pelakon veteran, Faizal Hussein yang berkongsi tentang layanan sepatutnya pada seorang isteri.
Tip Perkahwinan Faizal Hussein
Katanya, “Jangan malu untuk tunjuk kasih sayang pada isteri dekat depan public atau di mana-mana.
“Banyak orang lelaki biasanya kontrol, nak nampak macam macho dan tak hairan pada isterinya.
Ads
“Tapi pada saya, kalau saya rasa nak cium isteri depan orang, saya buat je. Tak kisah pun.
“Kemudian hormat menghormati satu sama lain, maam saya tak akan meninggi suara dekat pasangan depan orang. Memang tak akan tinggi suara.”
Ada Anak Sepasang, Bahagia Cara Sendiri
Pasangan yang pernah bergandingan di dalam drama Sayang Puteri ini telah berkongsi hidup selama hampir 19 tahun.
Ads
Dikurniakan sepasang cahaya mata, pasangan ini tidak pernah terpalit dalam sebarang kontroversi atau khabar angin.
Ads
Genap lebih 50 tahun berada di dalam industri lakonan, Faizal atau lebih dikenali sebagai Roy ini juga tidak pernah terlibat dalam sebarang gosip liar.
MASKULIN : Semoga rahsia kebahagiaan yang dikongsikan oleh Faizal ini dapat menjadi panduan kepada pasangan-pasangan lain dalam membina kehidupan rumah tangga yang bahagia dan berkekalan.
Bayangkan, menghabiskan lebih dua dekad di sebalik tirai besi, bukan meratap nasib, tetapi meraih segulung ijazah Doktor Falsafah (PhD)!
Kisah luar biasa ini datangnya daripada seorang bekas penghuni penjara yang diberi pengampunan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda pada hari Rabu. Ia bukan sekadar berita, tetapi sebuah inspirasi yang membakar semangat!
Kisah ini bermula dengan Murad (bukan nama sebenar), yang memasuki usia dewasa di dalam Penjara Kajang sejak tahun 2001.
Beliau menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah, ketika baru berusia 14 tahun. Namun, di sebalik tembok tinggi dan kawalan ketat, semangatnya untuk menimba ilmu tidak pernah padam.
Foto: Facebook Jabatan Penjara Malaysia
Apa yang lebih luar biasa? Beliau berjaya menggenggam PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan! Ini bukan calang-calang pencapaian.
Bayangkan dedikasi dan ketekunan yang diperlukan untuk menyeimbangkan kehidupan di penjara dengan tuntutan akademik yang tinggi. Ia membuktikan bahawa peluang untuk berubah dan berjaya ada untuk semua, walau di mana pun kita berada.
PERTAMA BERGELAR DOKTOR FALSAFAH
Jabatan Penjara Malaysia sendiri tampil dengan kenyataan rasmi melalui perkongsian di laman Facebook mereka pada hari Rabu.
“Murad merupakan prospek pertama Jabatan Penjara yang bergelar Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, setelah menyambung pelajaran ketika menjalani hukuman di penjara.”
Waran pembebasan Murad dibacakan sendiri oleh Pengarah Penjara Kajang, Preshahdin Monshee, pada hari Rabu yang sama. Satu babak yang pasti penuh emosi dan harapan.
Foto: Facebook Jabatan Penjara Malaysia
Dalam sesi pembebasan tersebut, Preshahdin turut berpesan kepada Murad untuk terus mengamalkan disiplin yang telah membawanya sejauh ini.
Beliau juga menekankan pentingnya ilmu yang dimiliki untuk memajukan diri dan menyatakan kesediaan pihak jabatan untuk membantu sekiranya Murad memerlukan sokongan.
Murad pula, tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan terharunya. Beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Sultan Selangor atas pengampunan yang diberikan.
PELUANG DAN RUANG
Beliau juga berterima kasih kepada Jabatan Penjara yang telah memberinya peluang dan ruang untuk melanjutkan pengajian sehingga mencapai tahap Doktor Falsafah.
Dengan penuh rasa hormat, Murad berjanji akan sentiasa mengenang jasa baik pihak jabatan dan percaya dengan peranan mereka dalam memulihkan individu sepertinya, agar dapat kembali ke masyarakat dengan bekalan yang lebih mantap.
Foto: Facebook Jabatan Penjara Malaysia
Kata-kata Murad ini menyentuh hati: “dia akan mengenang segala jasa baik pihak jabatan dan percaya dengan peranan jabatan dalam memulihkan prospek sepertinya, agar dikembalikan dengan lebih sempurna.”
Kisah Murad adalah bukti nyata bahawa harapan dan peluang sentiasa ada, walau dalam situasi yang paling mencabar sekalipun.
Ia adalah inspirasi bagi kita semua untuk terus berusaha dan tidak pernah menyerah pada impian, tidak kira apa pun halangannya.
Kisah ini bukan hanya tentang seorang banduan yang mendapat PhD, tetapi tentang semangat manusia yang mampu bangkit dan meraih kejayaan di luar dugaan. Ia adalah kisah yang akan terus membara dan memberi inspirasi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: Jabatan Penjara Malaysia, BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pelakon terkenal Hollywood, Mark Ruffalo menyeru pemimpin dunia terutamanya Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk segera menuntut gencatan senjata di Gaza.
Memetik klip video dikongsikan Middle East Eye, dia yang terkenal dengan watak Hulk di dalam siri filem Avengers itu berkata demikian ketika anugerah tahunan Directors Guild of America (DGA) ke-76 di Beverly Hilton, AS.
Kata Mark, ramai sudah maklum yang pengeboman di Gaza jelas tidak berkesan demi mencapai keamanan.
“Apa salahnya beri peluang kepada gencatan senjata?” tambahnya.
“Terdapat jutaan pelarian di sempadan Rafah sekarang yang sedang melihat satu lagi lonjakan pengeboman, dan terdapat 400,000 orang mati kelaparan sekarang tanpa sebarang bantuan kemanusiaan dapat masuk ke sana.
Baginya, pengeboman berterusan lambat laun akan mencetuskan perang serantau yang akan mengheret AS untuk terlibat.
“Oleh itu, kami meminta kepada para pemimpin dunia, terutamanya Presiden Biden, untuk menuntut gencatan senjata, gencatan senjata yang berkekalan, dan memberi peluang keamanan dan bukannya hanya pengeboman berterusan, peningkatan keganasan dan apa yang tidak lama lagi akan menjadi perang serantau yang mana Amerika akan diheret masuk”.
Foto: Tangkap layar video oleh Middle East Eye.
Memakai Pin Tanda Solidariti
Memetik laporan Hindustan Times, Mark merupakan antara selebriti yang hadir ke anugerah tersebut memakai pin bersolidariti menuntut gencatan senjata berkekalan di Gaza.
“Ini adalah bunga lili damai, dan ini adalah lambang untuk artis, untuk gencatan senjata, yang menyeru gencatan senjata secara kekal di Gaza,” jelasnya sambil menunjuk pada pin di bahagian lapel tuksedonya.
Siapa sahaja tidak mengenali penyampai radio popular tanah air, Faizal Ismail yang lebih dikenali sebagai FBI. Pernah berkhidmat sebagai penyampai radio Hot FM selama hampir sedekad, beliau kini beralih ke radio ZAYAN.
Faizal Ismail mendedahkan bahawa al-Quran merupakan sebab utama beliau mahu berubah untuk memiliki kehidupan yang lebih baik.
Faizal berkata, perasaan ingin berubah itu muncul apabila ALLAH SWT ‘menjentik’ hatinya untuk menghayati ayat-ayat yang terkandung di dalam kitab suci tersebut.
Al-Quran Mengubah Hidup
Menurut penyampai radio ini, Allah SWT telah memberinya peluang untuk memuhasabahkan diri dan mengubah perjalanan hidupnya dari dunia yang dahulu kepada dunia yang lebih dekat dengan Allah SWT menerusi kehadiran kitab tersebut.
“Saya bersyukur kerana diberi peluang dan ruang untuk menghayati al-Quran dan tersedar bahawa banyak pesanan dan perintah yang ALLAH SWT titipkan tetapi kita gagal untuk memahami dan mematuhinya.
“Kita tidak sepatutnya menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan biasa tetapi perlu meletakkan kitab tersebut pada hati dan menjadikan ia sebagai petunjuk utama dalam kehidupan,” katanya
Ilmu tidak pernah habis untuk dicari. Bahkan, ia akan terus-menerus dicari dan digunakan seperti dilakukan penyampai radio dan pengacara, Faizal Ismail atau FBI.
Sekadar info, bapa kepada empat cahaya mata itu pernah menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang industri kreatif di Universiti Cardiff, United Kingdom (UK) pada Ogos 2019.
Akhirnya beliau mengambil keputusan pulang ke tanah air dan sekembalinya beliau di sini, FBI mengambil keputusan menyertai tabligh, bagi melakukan perubahan dalam diri selepas didekati jemaah terbabit sewaktu di UK. Malah, beliau juga ditauliahkan sebagai penceramah D4 (tauliah mengajar bidang khas) oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Faizal kini berkelayakan untuk berkongsi ilmu.
Artikel ini diambil dari Remaja
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.