Faisal Halim antara menerima pingat Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S.) sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Klang semalam.
Pemain sayap Selangor FC yang juga tonggak kebangsaan ini antara 94 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah itu.
Selepas majlis itu, Faisal menzahirkan ucapan terima kasih di atas kurniaan anugerah itu dan berazam untuk bekerja lebih keras dan memberi yang terbaik buat pasukan diwakilinya.
“Merafak sembah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, diatas pengurniaan anugerah ini.
“Patik dengan rendah diri merasa penuh syukur dan terharu menerima penghargaan ini. Saat ini akan patik kenang selamanya dan pastinya akan menjadi satu motivasi baru untuk patik terus bekerja keras dan memberikan yang terbaik buat semua. Daulat Tuanku,” kata Faisal di laman sosial miliknya.
Terdahulu pada 5 Mei 2024, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Petaling Jaya sehingga menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan.
Kecederaan yang dialami oleh tonggak pasukan Selangor FC dan Harimau Malaya itu menyebabkan dia terpaksa menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital.
Faisal kemudian tampil buat kali pertama pada 13 Jun di hadapan umum dalam sidang akhbar.
Sumber : Sinar Harian
BACA LAGI : Faisal Halim Pernah Terfikir Nak Terus Bersara Bermain Bola Sepak
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.