Di sebalik isu-isu panas yang berlaku di negara kita pada hari ini, penampilan Faisal Halim secara umum merupakan antara yang paling dinantikan terutamanya pencinta bola sepak negara.
Wira negara ini yang berdepan tragedi serangan asid melakukan kemunculan pertama menerusi satu sidang media khas di pusat latihan Selangor FC.
Kecederaan yang masih belum pulih sepenuhnya dapat disaksikan sendiri oleh pihak media serta orang ramai menerusi pelbagai siaran langsung pada awal petang tadi. Kesan serangan aisd itu jelas kelihatan pada sebahagian wajah, kepala dan terutamanya di tangan kirinya.
Ketika melangkah masuk sidang media, Faisal dilihat dikawal ketat oleh pasukan keselamatan dan dilaporkan juga bahawa pihak media hanya dibenarkan meninggalkan lokasi selepas pemain itu bergerak pulang.
Foto: Astro Awani
Kemunculan Faisal Halim pada sidang media ini sebenarnya sedikit sebanyak menghilangkan kegusaran peminat yang mungkin masih tertanya-tanya apakah kondisinya sekarang. Walaupun belum pulih sepenuhnya Faisal Halim dilihat cukup tabah sekali.
TIDAK PASTI
Namun ramai juga peminat melahirkan kesedihan melihatkan kondisi Faisal Halim dalam keadaan seperti ini. Sepanjang sidang media dia kelihatan cukup sugul. Malah, Faisal turut menitiskan air mata mengenagkan kejadian tersebut serta kerisauan keselamatan diri dan keluarga.
“Keadaan sekarang saya tidak tahu sama ada dapat kembali dalam bola sepak atau tidak pada sekarang ini.
“Tetapi saya mengharapkan doa semua pihak untuk kembali bermain,” jelasnya.
Ads
Menurutnya lagi, dia pernah terfikir untuk berhenti bermain bola sepak dan pulang ke kampung selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Foto: Sinar Harian
Kantnya lagi, sokongan ramai pihak membuatkannya bersedia untuk bangkit dan kembali beraksi untuk pasukan kelab dan kebangsaan.
“Pada awalnya, saya katakan kepada Datuk Seri Shahril Mokhtar, (Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC) saya sanggup hilang gaji saya berpuluh ribu dan berhenti bermain bola asalkan saya, keluarga selamat.
“Tetapi Datuk katakan kepada saya janjikan kepada saya, ‘Miki saya tahu awak mampu teruskan, saya jamin keselamatan awak dan keluarga awak’.
Ads
“Sebab itu saya mula semangat kembali bermain bola sepak semula.
SHAH ALAM, 13 Jun — Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC Faisal Halim membuat kemunculan kali pertama pada sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC hari ini, selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu. –fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
“Saya cakap kepada keluarga saya, saya tak kisah hilang gaji berpuluh ribu, saya hanya mahu pulang ke kampung dan hidup tenang serta tidak perlu hidup dalam ketakutan.
“Saya sanggup bekerja dengan gaji RM50 sehari asalkan keluarga saya selamat, saya tidak perlu hidup dalam ketakutan,” tambahnya lagi.
PROSES PEMULIHAN
Tumpuannya kini adalah untuk mengharungi proses pemulihan selain meminta semua pihak mendoakan kesembuhannya.
“Sejujurnya saya amat rindukan bola sepak baik berlatih atau bermain. Bukan mudah untuk saya sekadar terlantar di rumah untuk menonton pasukan Selangor dan Malaysia bermain melalui televisyen.
“Kaki memang menggigil, hati memang meronta-ronta untuk bermain. Namun buat masa sekarang saya fokus kepada proses pemulihan sebelum saya boleh kembali bermain.”
Marilah kita semua doakan agar Faisal Halim diberikan kesembuhan yang baik dan lebih pantas. Semoga Faisal kembali bersemangat untuk terus menabur bakta kepada nusa dan bangsa.
Get well soon Miki!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: Sinar Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dato Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau mesra dipanggil Dato Alha, satu nama yang cukup terkenal dan tidak asing di kalangan VIP, selebriti ataupun bakal pengantin. Siapa yang tidak teruja apabila mendapat sentuhan solekannya.
Tak siapa menyangka perjalanan hidup Dato Alha di sebalik kejayaan hebatnya bergelar usahawan dan jurumekap profesional, tersimpan liku-liku kehidupan yang penuh inspirasi.
Dari seorang anak tukang kebun yang ingin lari dari kepayahan hidup, Dato Alha membuktikan bahawa tiada perkara yang mustahil untuk berjaya jika adanya kegigihan, usaha, semangat juang yang jitu selain restu daripada orang tua.
Permulaan bergelar ‘pak andam’ bukanlah langkah mudah. Ini kerana, Dato Alha pernah dikecam memilih karier jurumekap yang sinonim dengan wanita. Namun segala kecaman ditelan demi mengubah kehidupan keluarganya.
Dari cuba-cuba menjadi jurumekap model untuk pelajar fotografi, akhirnya Dato Alha diberi peluang untuk menjadi jurumekap untuk sebuah produksi drama. Artis pertama yang mendapat sentuhannya ialah Jihan Muse. Dan dari sinilah bermulanya kerjaya beliau sebagai jurumekap profesional kepada artis-artis dan selebriti tempatan.
“Dari Jihan Muse saya mengenali Zara Zya dan Amy Mastura. Kemudian rezeki saya semakin bertambah apabila artis-artis lain mula percaya dengan sentuhan mekap saya,” cerita Dato Alha kepada penulis MASKULIN.
Sibuk sebagai jurumekap tidak menghalang Dato Alha untuk mengajar kelas-kelas mekap. Kejayaan kelas mekapnya telah menggerakkan hati Dato Alha untuk mengeluarkan produk sendiri sehingga lahirlah Alha Alfa Kosmetik pada tahun 2017.
Bermula dengan produk foundation, kini Dato Alha boleh berbangga kerana memiliki hampir 40 produk kosmetik lengkap yang memfokuskan pada produk penjagaan rutin wajah bukan sahaja untuk wanita, malah sesuai untuk golongan lelaki.
Pernah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, namun semua ini dianggap asam garam dan ‘mainan’ dalam dunia perniagaan demi menjadikan Dato Alha kuat dan cekal berdepan dengan rintangan.
Hari ini nama Dato Alha hebat diperkatakan sebagai anak Melayu yang berjaya dalam perniagaan kosmetik, begitu juga perniagaan baju Melayu ‘Ready to Wear’ (RTW).
Yang pasti, hasratnya tidak berhenti setakat itu sahaja. Kini, Dato Alha dalam proses mengembangkan perniagaannya untuk mengeluarkan kemeja slim fit dan suit ready made untuk lelaki.
Sumber foto: MASKULIN, NU Ideaktiv Sdn Bhd
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memakai pelitup muka bagi melindungi mulut dan hidung kini sudah menjadi sebahagian daripada norma baru kehidupan kita berdepan dengan ancaman wabak COVID-19.
Malah jika kita hendak memasuki mana-mana premis perniagaan kini kebanyakannya mewajibkan kita memakai pelitup muka. Kita cukup bertuah kerana kerajaan sentiasa mamastikan bekalan pelitup muka sentiasa mencukupi di pasaran.
Selain pelitup muka yang diimport kini semakin ramai yang menghasilkan pelitup muka sebagai punca pendapatan. Begitu juga dengan pereka-pereka tempatan. Antara yang bakal menampilkan rekaan pelitup muka ialah pereka fesyen tersohor negara, Dato’ Rizalman Ibrahim.
Menerusi perkongsian beliau di laman media Instagram, sekeping foto dimuat naik menunjukkan rekaan pelitup mulut disertai bungkusan yang mempunyai bentuk seperti plastik ubat.
Perkongsian foto pelitup muka diberi nama RIMASK tersebut merupakan teaser rekaannya yang bakal dikeluarkan pada masa akan datang.
“Segak na?
“Akan datang… #RImask”
Dengan kapsyen pendek sahaja ia mampu membibitkan rasa teruja warganet terutamanya follower-nya. Rata-rata peminat setia Rizalman tidak sabar-sabar menantikan ia dipasarkan.
Nama ahli perniagaan ini mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya buat anda yang mempunyai minat cukup mendalam dalam dunia perniagaan. Terkenal dengan panggilan ‘Tauke Gula’, anak jati kelahiran Johor Bahru bernama Tan Sri Robert Kuok ini merupakan bilionair yang sangat disegani.
Bukan sahaja di negara kita malah kejayaannya dalam dunia perniagaan menjadi inspirasi masyarakat global. Baru-baru ini beliau telah diumumkan sebagai salah seorang dari 100 individu terkaya di dunia.
Foto: Nora Tam/SCMP
Memetik laporan dari Indeks Bilionwan Bloomberg, setakat awal November ini jumlah kekayaan dimiliki ta membolehkan beliau diangkat sebagai salah seorang individu terkaya di dunia.
Walaupun lebih sinonim dengan perniagaan melibatkan industri penghasilan gula Tan Sri Robert Kuok juga banyak terlibat dalam perniagaan lain seperti sektor kewangan, perhotelan dan pengangkutan.
LEGASI PERNIAGAAN
Terdahulu beliau turut tersenarai sebagai individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak USD11.5 billion (RM48 bilion) iaitu pada tahun 2022. Untuk rekod beliau telah mengekalkan gelaran itu selama lebih 20 tahun.
Beliau mengasaskan Robert mengasaskan dan mengawal Kumpulan Kuok yang kini beroperasi di seluruh rantau sama ada sektor hospitaliti, pertanian, hartanah serta pengangkutan dan logistik.
Sumber kekayaan terbesar ialah kepentingannya dalam Wilmar International, penapis minyak sawit tersenarai terbesar di dunia, walaupun mungkin aset Kumpulan Kuok yang paling terkenal ialah Shangri-La Hotels.
Beliau juga cukup dikenalid engan sifat pemalu dengan media. Walaupun beliau sendiri memiliki hartanah media termasuk South China Morning Post.
Pada tahun 2017, Tan Sri Robert Kuok memberikan pandangan yang menarik tentang kehidupannya yang sangat berbeza pada tahun 2017 menerusi sebuah buku berjudul ‘Robert Kuok: A Memoir’.
Pada hari ini, Hari pelbagai perniagaannya dikendalikan oleh generasi Kuok seterusnya, termasuk anak dan anak saudaranya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.