Kemunculan penyerang kebangsaan, Faisal Halim dalam sebuah video iklan makanan yang kelihatan makin ceria, sudah cukup mengubat rasa rindu buat para peminatnya setelah sekian lama tidak beraksi.
Malah menerusi sebuah video yang dimuat naik, Faisal yang lebih mesra disapa Mickey turut berkongsi beberapa perkara yang boleh menjatuhkan seorang pemain bola sepak.
Menurutnya, punca utama kejatuhan seorang pemain bola sepak adalah dari diri sendiri dan tiga perkara yang mempengaruhinya ialah duit, kecederaan dan juga kesilapan dalam memilih pasangan.
“Yang menjatuhkan pemain bola sepak diri mereka sendiri lah, yang pertama, duit, kedua; injury; ketiga; jangan salah pilih isteri.
“Yang tak kahwin lagi; girlfriend la, orang Penang kata cinggey,” katanya.
@pakmatwesterncafee Faisal pernah berkata… #fyp #foryou #foryoupage ♬ original sound – Pakmatwesterncafee
Dalam pada itu, netizen menitipkan doa agar diberikan kesembuhan buat Faisal, selain berharap dapat melihat pemain kebangsaan itu beraksi kembali.
Terdahulu, bapa seorang cahaya mata itu telah mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah, pada 5 Mei lalu.
BACA LAGI : Faisal Halim Pernah Terfikir Nak Terus Bersara Bermain Bola Sepak
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Wanita Turun 10kg Walaupun Makan Kenyang Ketika Puasa, Rahsianya Dengan Menu Diet Ini!
Isi Kandungan
ToggleSebelum nak berdiet pada bulan Ramadan ini, pastikan anda ada menu diet yang boleh anda ikuti. Paling penting, anda tak perlu nak ikat perut dan biarlah menu diet boleh memberi anda tenaga sepanjang berpuasa.
Kalau anda masih belum ada menu diet bulan puasa yang sesuai, apa kata ikuti tip diet yang dikongsikan Wani Mustafa ini. Tip diet bulan Ramadan ini lengkap dengan menu diet untuk makan pada waktu sahur, berbuka dan moreh. Paling penting anda tak perlu nak ikat perut!
BACA: Jadual Diet Buang 5kg-10kg Sepanjang Ramadan, Boleh Pakai Baju Saiz S Raya Ini!
Tips Diet di Bulan Ramadhan:
Wani berjaya turunkan berat 10KG tahun lepas dan tahun ni wani nak turunkan lagi 4KG. raya nanti boleh la pakai kebaya merah size xs.
So wani nak share tips dan cara wani diet sepanjang bulan puasa ni:
SAHUR (untuk sahur kena ambil carbo utk bekalkan tenaga seharian)
1. Boleh makan roti wholemeal, untuk roti wholemeal ni boleh makan dengan telur hancur ke ikut kreativiti masing2.
2. Ambil segenggam nasi biasa atau paling bagus untuk diet BROWNRICE.
3. Kurma rendam dalam air sebelum tidur dan makan masa sahur.
4. Biasanya wani ambil 3 roti wholemeal cicah dengan mila coklat, itu je. Kenyang sampai berbuka. Sebab dalam mila coklat slym ada rolled oat, badam, kurma so dah cukup bagi rasa kenyang dan bekalkan tenaga seharian wani. Kalori dalam mila coklat 110 kalori sahaja tapi kenyang macam makan nasi 200 kalori. Tapi kalau jenis kena makan nasi boleh ambil nasi takda masalah?
BACA: Sebaiknya Dimakan Bersama Kurma, Ini Khasiat Tak Terduga Buah Tembikai Jika Ambil Masa Berbuka!
BERBUKA PUASA
1. Minum segelas air masak dan makan kurma (sunnah gais kena ikut pahala lebih)
2. Wani akan minum secawan mila coklat supaya wani rasa kenyang jadi nafsu nak makan itu ini dah berkurang.
3. Makan nasi segenggam, lebihkan sayur (ni memang letak banyak) ikan atau ayam. Better masak sendiri lauk2 ni dari beli dekat bazaar sebab bila masak sendiri lebih healthy dan rendah kalori.
4. TAK MINUM AIR MANIS LANGSUNG. Sebab ini la punca berat badan susah turun.
5. TAK AMBIL AIS LANGSUNG. Kalau nak minum sejuk2 letak la dalam peti ais.
6. TAK MAKAN KUIH MUIH yang manis itu. Benda2 manis semua wani elakkan kecuali kurma je wani ambil.
BACA: Dahsyatnya Amalan Minum Air Kelapa Muda Saat Berbuka, Pastikan Anda Rebut 10 Manfaat Ini!
MOREH (biasanya lepas teraweh akan rasa lapar jadi perlu ada moreh kan?)
1. Boleh makan roti wholemeal letak peanut butter
2. Makan buah-buahan. buah feveret wani adalah tembikai dan limau
3. Minum teh detox (takda gula gaiss, apa apa jenama pun takpe)
4. Atau boleh ratah lauk2 berbuka tadi tapi ratah lauk means ikan ayam je bukan ratah sekali kuah2nya okey.
Biasanya wani memang tak makan dah lepas berbuka sebab memang kenyang. Tapi wani nak bagi tips jugak untuk rujukan lain kodd kodd lepas terawih lapar kan?
Kalau larat korang exercise 20/30 minits setiap hari. Atau boleh gantikan exercise dengan kemas rumah asalkan berpeluh ye.
Okey itu je. Kalau ada apa2 soalan boleh tanya nanti wani jawab ye.
SHARE JIKA BERMANFAAT ?
-wani mustafa-
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ed Sheeran & Kisah Bagaimana Dia Menjadi Penaja Utama Ipswich Town FC
Isi Kandungan
ToggleApabila anda memikirkan bintang pop global, imej seorang peminat bola sepak dari bandar kecil mungkin bukan perkara pertama yang terlintas di fikiran. Namun, bagi Ed Sheeran, cintanya yang mendalam terhadap Ipswich Town FC telah mengubah kelab bola sepak dari bandar kecil menjadi topik perbualan di seluruh dunia.
Penglibatan penyanyi dan penulis muzik ini dengan Ipswich Town lebih daripada sekadar sokongan selebriti. Baginya ia adalah simbol kebanggaan tempatan dan bukti kuasa bola sepak sebagai kuasa penyatuan dalam komuniti.
Sejak kecil Ed Sheeran merupakan seorang penyokong bola sepak Ipswich Town FC, kelab yang berpangkalan di Suffolk, England, berhampiran dengan tempat dia dibesarkan.
Jadi hubungan ini bukan sekadar minat peminat tetapi merupakan satu jati diri dan kebanggaan dari tempat lahirnya.
Pada tahun 2001, dalam satu langkah yang mengejutkan ramai, Ed Sheeran mengambil keputusan menjadi penaja utama kelab tersebut. Tajaan ini menyaksikan nama dan logo albumnya dipamerkan dengan jelas pada hadapan jersi Ipswich Town FC.
MENJADI RAKAN PELABURAN
Kerjasama ini adalah contoh menarik bagaimana selebriti boleh menggunakan platform mereka untuk memberi perhatian kepada institusi tempatan yang kurang dikenali tetapi sangat dihargai.
Selain itu, dia turut memiliki sebanyak 1.4% pegangan saham kelab tersebut. Menerusi perjanjian ini, dia diberikan keistimewaan kotak eksekutif jangka panjang di stadium Portman Road.
Namun dia tidak menyertai lembaga kelab itu kerana ini adalah satu bentuk pelaburan pasif dan minoriti sahaja.
Sokongan serta penglibatan Ed Sheeran untuk Ipswich Town telah membawa gelombang perhatian baru kepada kelab tersebut, menarik peminat dari jauh melebihi pangkalan tradisional mereka.
Apatah lagi pada musim ini, Ipswich Town FC kembali beraksi di pentas terunggul, Liga Perdana Inggeris.
Penglibatannya bukan sekadar strategi pemasaran, tetapi penghormatan ikhlas kepada asal-usulnya, mencerminkan keinginan untuk memberi semula kepada komuniti yang membentuk dirinya.
BACA: Remy Ishak Dan Ashraf Muslim Kini Bergelar Datuk, Sumbangan Dalam Dunia Seni
Gabungan kebanggaan tempatan dan pengaruh global ini telah mencipta sinergi unik, mendorong Ipswich Town ke dalam perhatian dengan cara yang tidak dijangka.
MEMBAWA SEMANGAT LOKAL
Bagi Ipswich Town, sebuah kelab yang kini tidak berada di peringkat teratas bola sepak Inggeris, memiliki bintang seperti Sheeran membawa faedah yang nyata dan tidak ketara.
Keterlihatan dan kredibiliti yang datang dengan sokongan terkenal seperti itu boleh menarik peminat baharu, meningkatkan jualan barangan, dan mencipta suasana keterujaan dan optimisme tentang masa depan kelab. Lebih penting lagi, ia memupuk rasa bangga dan penglibatan komuniti yang diperbaharui.
Sokongan Ed Sheeran untuk Ipswich Town mengingatkan kita bahawa jiwa bola sepak berdegup paling kuat di kelab-kelab kecil ini, di mana sukan ini bukan sekadar permainan tetapi juga acara komuniti, ritual mingguan, dan sumber kebanggaan tempatan.
Ed Sheeran mewakili semangat ini, menggunakan kemasyhurannya untuk meningkatkan profil kelab sambil kekal setia kepada akarnya.
Penglibatannya juga menyerlahkan peranan kelab bola sepak yang semakin berkembang sebagai pusat budaya di mana sukan, muzik, dan komuniti bertemu.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Alif Satar Puji ‘Geng Basikal Lajak’ Sama-Sama Imarahkan Solat Subuh Berjemaah
Nama Alif Satar dan gerakan ‘Subuh macam Jumaat’ tidak perlu lagi MASKULIN perkenalkan. Gerakan yang diangkat sama-sama oleh selebriti berbakat besar ini menjadi salah satu fenomena yang melanda negara kita.
Sering berkongsi tentang aktiviti Subuh seperti ini di laman media social, Alif Satar baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila menyantuni golongan remaja yang sering dipandang serong oleh sesetengah masyarakat aitu geng basikal lajak.
Menerusi atu hantarannya di laman media social Instagram, Alif Satar berkongsi tentang bagaimana geng basikal lajak yang didekatinya di antara kumpulan yang dating sama-sama solat Subuh berjemah di masjid.
Jelasnya, dia bearsa sangat bangga melihat semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh sekumpulan remaja dengan basikal lajak yang sama-sama mengimarahkan masjid.
BERASA BANGGA
“Geng basikal lajak ni antara yang datang Subuh pagi tadi. Depa kata ‘Kami kayuh sejam mai sini’. Alhamdulillah. Abang bangga dengan adik.
“Diorang ni lah masa depan komuniti masyarakat kita. All they need is some encouragement and support to channel their potential into something positive! IKau ngat senang nak bangun sebelum subuh, kayuh sejam naik basikal yang takda gear?” jelas Alif Satar.
Jelas pelantun lagu “Lelaki Seperti Aku” ini lagi, semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak ini selayaknya mendapat pujian dan harus dijadikan contoh.
“Tahniah adik-adik. Teruskan! Semoga Allah SWT terima segalan amalan korang dan permudahkan urusan untuk masa depan!,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa bangga selain turut berharap agar persepsi negatif terhadap anak-anak muda ini dapat diubah pada masa akan datang.
“Hebat mak ayah mereka didik anak-anak. Selain usaha pihak masjid dan kariah, generasi macam ini kena jaga betul-betul.
Malah ada juga yang terus memberi sokongan dan memuji Alif Satar di atas impak positif yang ditunjukkannya kepada golongan muda.
“Semoga Aliff terus buat kebaikkan dan beri inspirasi kepada yang lain.
“Tak mustahil budak-budak basikal lajak ni nanti pula yang jalankan subuh macam jumaat. Masa itu, Aliff duduk santai je dekat kerusi malas tersenyum sorang-sorang di usia emas mengimbau kenangan manis.
“Generasi masa hadapan. Semoga Allah permudahkan urusan adik ini sentiasa.”
BACA: Tak Perlu Pelakon Aksi, Bintang K-Drama Ini Hebat Dalam Seni Pertahan Diri
Itulah di antara komen-komen warganet yang rata-rata hadir dengan nada positif. Semoga Gerakan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ akan terus segar dan mekar berkembang di seluruh negara dan dunia.
Tahniah!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI