Pencemaran udara merupakan satu situasi yang cukup tidak sihat bagi manusia kerana kesannya boleh menyebabkan kelompok manusia jatuh sakit dengan begitu kritikal.

Di Malaysia, pencemaran udara yang popular biasanya adalah disebabkan jerebu apabila ada pembakaran besar-besaran dari negara jiran.

Habuk berterbangan

Melalui pembakaran itu, habuk berterbangan dan melarat sehingga ke Malaysia dan cara untuk melihat kebersihannya boleh dinilai menerusi Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Bahaya habuk ini jika termasuk ke dalam rongga manusia terutamanya bahagian hidung dan mulut, mangsa akan mengalami rasa sakit tekak yang melampau.

Ads

Guna topeng R95

Cara terbaik untuk mengelak habuk, anda boleh gunakan topeng muka R95. Melaluinya, udara yang berhabuk tidak akan terus masuk ke dalam hidung atau mulut anda.

Fahami Perbezaan & Fungsi Mask Yang Ingin Dipakai Sewaktu Pencemaran!

Guna topeng gas

Namun dalam keadaan pencemaran udara akibat bahan toksik seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, anda perlu guna topeng muka gas seperti gambar di bawah. Ini kerana bahan kimia bukanlah pepejal yang boleh ditapis. Jika tiada topeng ini, sila keluar dari kawasan yang tercemar.

Ads

Fahami Perbezaan & Fungsi Mask Yang Ingin Dipakai Sewaktu Pencemaran!

Guna topeng pembedahan

Fahami Perbezaan & Fungsi Mask Yang Ingin Dipakai Sewaktu Pencemaran!

Ads

Topeng ini juga boleh dipakai sewaktu musim jerebu namun langsung tidak digalakkan jika yang berlaku adalah pencemaran udara akibat bahan kimia. Fungsi topeng pembedahan ini adalah untuk mengelakkan bakteria dari tubuh pesakit terpecik masuk ke dalam hidung atau mulut doktor yang bertugas sewaktu menjalankan operasi pembedahan.

Kongsikan artikel ini sebagai perkongsian awam yang perlu diketahui!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI