Anda mungkin pernah mendengar akronim BMI.
Ia bukanlah singkatan bagi Badan Makin Ideal – walaupun memang itulah yang ramai orang harapharapkan.
Sebaliknya, ia merujuk pada Indeks Jisim Tubuh (BMI).
BMI boleh diperolehi dengan menggunakan formula berikut:
BMI = Berat badan dalam kilogram / (Ketinggian dalam unit meter)2
BMI yang sihat adalah di antara 18.5 dengan 23. Namun begitu, ia bukan bermakna seseorang itu harus menurunkan berat badan sehingga menghasilkan BMI 23.
Bagaimanapun, jika BMI anda melebihi 30, anda digalak mengurangkan berat badan kerana ia sekali gus dapat membantu menurunkan risiko mendapat penyakit.
Dengan hanya mengurangkan berat badan antara lima dengan 10 peratus, ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kadar gula. Apabila badan terasa lebih ringan, seseorang akan berasa lebih cergas, pernafasannya menjadi kian lancar dan mood bertambah ceria.
Saya rasa kesan-kesan itu seharusnya sudah cukup memberi kepuasan kepada mereka yang gigih ingin menguruskan badan. Selebihnya, bolehlah dianggap sebagai bonus.
Kalau banyak makan, kenalah banyak ‘buang’. Jika tidak dibuang, ia bakal disimpan dan ibarat kata pepatah, sikitsikit, lama-lama membukit, maka bertambahlah babat.
Ingatlah formula: Tenaga daripada makanan = Tenaga yang dibakar hasil aktiviti dan Kadar Metabolisme Dasar (BMR).
Untuk mengekalkan berat badan, jumlah kalori atau tenaga daripada makanan mestilah seimbang dengan pembakaran kalori atau tenaga daripada aktiviti. Jika seseorang ingin mengurangkan berat badan.
• Meningkatkan pembakaran kalori dengan melebihkan kegiatan seperti bersenam atau;
• Mengurangkan pengambilan kalori dengan mengurangkan makanan yang berkalori tinggi.
• Usia: Kadar BMR merosot dengan peningkatan usia.
• Diet yang terlalu terhad dari segi kalori.
• Kadar otot dalam badan: Kaum Adam yang lebih berotot mempunyai kadar yang lebih tinggi.
• Bersenam: Terutama sekali latihan kekuatan/ketangkasan seperti angkat besi.
• Suhu keliling yang rendah – mereka yang tinggal di negara sejuk mempunyai kadar yang tinggi.