Fahami Apa Itu ED, Anda Mungkin Berdepan Amaran Penyakit Jantung

Share

Pernah dengar tentang disfungsi erektil (ED)? Untuk pengetahuan pembacaan, ED sebenarnya merujuk kepada masalah lemah tenaga batin.

Dalam erti lain, seseorang itu berdepan dengan masalah mati pucuk, mimpi ngeri yang paling ditakuti kaum lelaki apabila zakar gagal untuk menegang.

Selain mati pucuk, risiko yang lebih menakutkan adalah seseorang itu mungkin akan berdepan dengan masalah penyakit jantung.

ED sering dianggap sementara atau merupakan isu psikologi namun sebenarnya, pengamal perubatan memberi amaran bahawa ED boleh mengancam nyawa.

Punca ED terjadi

1. ED terjadi kepada seseorang lelaki apabila darah yang mengalir ke zakar berkurangan sekali gus menyebabkan kerosakan saraf.

2. ‘Arteriosclerosis’ (pengerasan dan pengecutan arteri) yang memperlahan atau mengurangkan penyaluran darah ke seluruh tubuh selain boleh menjurus kepada impoten (mati pucuk).

3. Muncul secara purata di antara dua hingga tiga tahun sebelum simptom penyakit berkenaan benar-benar dapat dikenal pasti.

Cara untuk mendapatkan rawatannya

1. ED boleh dirawat melalui sesi terapi bersama pakar dan mengambil ubat-ubatan yang dinasihatkan oleh pihak kesihatan.

2. Mengambil pil yang lazimnya digunakan untuk merawat ED bagi membantu melegakan otot serta meningkatkan pelepasan darah ke alat kelamin sewaktu stimulasi seksual.

Mengikut kajian kes di Malaysia, tiga dalam lima lelaki (3:5) urban berusia 40 tahun ke atas dianggarkan mengalami masalah ED.

Insiden tersebut meningkat mengikut usia di mana ED turut berlaku kepada satu dalam lima (1:5) lelaki berusia antara 50 dan 59 tahun, lelaki berusia 60 hingga 69 tahun (2:5) serta lelaki berusia 70 tahun ke atas (3:5).

Adakah anda tergolong sama? Cepat-cepat dapatkan rawatan!

 

Published by
Akyem Samad