
Pernah dengar tentang disfungsi erektil (ED)? Untuk pengetahuan pembacaan, ED sebenarnya merujuk kepada masalah lemah tenaga batin.
Dalam erti lain, seseorang itu berdepan dengan masalah mati pucuk, mimpi ngeri yang paling ditakuti kaum lelaki apabila zakar gagal untuk menegang.
Selain mati pucuk, risiko yang lebih menakutkan adalah seseorang itu mungkin akan berdepan dengan masalah penyakit jantung.
ED sering dianggap sementara atau merupakan isu psikologi namun sebenarnya, pengamal perubatan memberi amaran bahawa ED boleh mengancam nyawa.
Punca ED terjadi
1. ED terjadi kepada seseorang lelaki apabila darah yang mengalir ke zakar berkurangan sekali gus menyebabkan kerosakan saraf.
2. ‘Arteriosclerosis’ (pengerasan dan pengecutan arteri) yang memperlahan atau mengurangkan penyaluran darah ke seluruh tubuh selain boleh menjurus kepada impoten (mati pucuk).
3. Muncul secara purata di antara dua hingga tiga tahun sebelum simptom penyakit berkenaan benar-benar dapat dikenal pasti.
Cara untuk mendapatkan rawatannya
1. ED boleh dirawat melalui sesi terapi bersama pakar dan mengambil ubat-ubatan yang dinasihatkan oleh pihak kesihatan.
2. Mengambil pil yang lazimnya digunakan untuk merawat ED bagi membantu melegakan otot serta meningkatkan pelepasan darah ke alat kelamin sewaktu stimulasi seksual.
Mengikut kajian kes di Malaysia, tiga dalam lima lelaki (3:5) urban berusia 40 tahun ke atas dianggarkan mengalami masalah ED.
Insiden tersebut meningkat mengikut usia di mana ED turut berlaku kepada satu dalam lima (1:5) lelaki berusia antara 50 dan 59 tahun, lelaki berusia 60 hingga 69 tahun (2:5) serta lelaki berusia 70 tahun ke atas (3:5).
Adakah anda tergolong sama? Cepat-cepat dapatkan rawatan!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Pandang Remeh Terhadap Penyakit Asma. Atasi Penyakit Ini dengan 5 Cara Mudah

Ramai antara rakyat Malaysia menghidap penyakit Asma tanpa kita sedari. Kebanyakan mereka ambil mudah dengan menyakit ini walaupun Asma sebenarnya boleh membawa maut jika tidak diambil secara serius. Asma atau semput atau lelah adalah penyakit yang akan menyerang apabila anda terdedah dengan kawasan berhabuk. Anda juga tidak dibenarkan mendekati kucing kerana bulu kucing boleh menyebabkan saluran pernafasan anda tersumbat. Ini terjadi kerana saluran udara dalam paru-paru, yang berpunca dari inflamasi tersekat dan akan menyebabkan nafas anda berbunyi, serta batuk-batuk.
Anda yang penhidap Asma ini pasti sudah terbiasa dengan ubat farmasi atau alat sedutan pengawal (inhaler), namun sebenarnya ada beberapa cara tradisional dan mudah yang boleh anda ikut bagi merawat penyakit Asma.
1) Madu
Madu merupakan ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat. Ia bertindak untuk membunuh bakteria yang menyebabkan batuk dan juga mencegah keradangan yang membawa anda kepada Asma. Ia boleh menghapus jangkitan Asma dalam tempoh beberapa jam. Jadi, anda bolehlah makan beberapa sudu, 1 hari atau anda boleh larutkan madu dalam air kosong untuk mengurangkan keradangan.
2) Kopi
Walaupun pengambilan kopi tidak begitu bagus kerana ia mengandungi kafein yang sangat kuat, namun ia boleh mengawal Asma anda dengan mencairkan kahak obstruktif. Kafien yang dianggap tidak bagus itu juga dapat mengurangkan keradangan dan membuka saluran pernafasan. Anda hanya perlu minum satu cawan saja, jika sesak nafas anda masih boleh dikawal. Jangan pula sampai nak pengsan, masih minum kopi, itu kami nasihatkan anda untuk terus ke hospital.
3) Lemon
Pasti semuanya sudah tahu yang Lemon ini selalu digunakan untuk proses diet. Ia selalu dijadikan minuman detox agar dapat membantu perlawasan. Tak ada bezanya dengan membantu anda untuk mencegah Asma, pengambilan Lemon boleh dilakukan setiap pagi atau buat air detox dan bawanya ke pejabat. Jus Lemon bertindak mengawal penghasilan mucus dan mengelakkan saluran nafas dari tersumbat. Anda juga boleh campuran perahan lemon dan madu dalam pengambilan harian anda.
4) Buah- Buahan
Cliché kan bila suruh anda makan buah? Namun hakikatnya, buah sangat membantu anda merawat apa jua penyakit. Pisang dan Epal mengandungi serat yang sangat tinggi untuk mengelakkan diri anda dari menghidap Asma. Kajian di Eropah mendapati bahawa seorang ibu hamil yang mengambil 4 biji buah Epal sehari, berisiko rendah untuk melahirkan anak pengidap Asma.
5) Bersenam
Berat badan yang berlebihan juga boleh menjadikan anda pelanggan setia Asma. Ini kerana badan anda tidak bergerak sama dengan usia. Untuk mengelakkan Asma, anda boleh bersenam secara regular setiap hari. Ini akan membantu anda untuk bernafas secara sihat. Memanglah pada mulanya anda akan semput, namun jika anda kawal pemakanan anda, rajin bersenam, lama kelamaan, Asma akan pergi jauh meninggalkan anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jika Mahu Kekal Fit & Berat Mudah Turun, Kena Rajin Lakukan Senaman Kardio Seperti Ini!

Tidak dinafikan salah satu cara untuk kekalkan tahap kecergasan badan dan menurun berat badan kepada lebih ideal ialah dengan melakukan senaman. Salah satu jenis senaman atau workout yang paling efisien ialah senaman kardio atau cardio workout.
Ia merupakan senaman yang bukan sahaja mampu menguji tahap stamina tapi mampu membantu membakar kalori dengan baik di samping melatih jantung menjadi lebih mantap.
Senaman kardio bukan terdiri dari satu atau dua jenis senaman semata. Malah senaman yang mampu membuatkan jantung dilatih dengan membantu stamina boleh dianggap senaman tersebut.
Berikut MASKULIN senaraikan beberapa senaman kardio yang boleh anda amalkan untuk perkasakan stamina serta mengekalkan berat badan yang baik.
LARIAN

Salah satu senaman kardio yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tak sama dengan jogging. Ber-jogging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang cuba untuk menguruskan badan. Kesannya akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama
JOGGING ATAU BRISK WALK

Buat senaman kardio ini tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur. Anda boleh joging sama ada di gym, taman ataupun di pantai.
BERBASIKAL

Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurang-kurangnya tiga bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.
BERENANG

Salah satu senaman kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas. Tak percaya? Search di google tentang kebaikan berenang.
AKTIVITI SUKAN
Pilih sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya badminton, bola jaring, futsal, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan.
NAIK TURUN BANGKU
Ini juga cara paling simple untuk melakukan senaman kardio tetapi juga paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya cuba maintain dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Lepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak.
LAKUKAN TIP INI!
Lakukan dulu dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi. Takut anda tak terikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam senaman kardio. Bila dah bosan, memang anda akan lebih malas nak bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.
Ini bukan cara nak bina badan. Tapi memadai untuk jadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk kurus. Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3-12 bulan. Adalah sia-sia jika anda hilang 3-10 kilogram dalam 1 bulan tapi bulan seterusnya anda jadi gemuk balik dan malas bersenam.
Selamat mencuba dan dapatkan kecergasan diri yang baik. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN dan follow TikTok MASKULIN!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Makanan Buat Minda Lelaki Lebih Cerdas Dan Tidak Mudah Lupa!

Coklat
Tahukah anda bahawa coklat sangat bergizi pada perkembangan otak?. Para ilmuwan telah membuktikan bahawa kandungan antioksidan yang ditemui dalam dua atau tiga senduk sudu coklat lebih kuat daripada antioksidan yang terdapat dalam makanan lain.
Ikan
Ikan secara keseluruhannya sangat bermanfaat untuk kesihatan terutama untuk otak. Ikan penuh dengan khasiat Omega 3 sekaligus dapat mengurangkan penyakit Alzheimer, Omega 3 juga menyediakan lebih banyak oksigen ke otak serta memungkinkan seseorang untuk menyimpan informasi baru sementara masih mengingati informasi lama. Ikan terbaik untuk kesihatan otak adalah ikan salmon dan tuna.
Sayuran Berdaun Hijau
Sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain adalah sangat baik untuk otak kanak-kanak dan juga orang dewasa. Makanan ini pula penuh dengan vitamin B6, B12 dan folat yang merupakan senyawa penting diperlukan oleh otak. Sayuran juga mengandungi zat besi yang tinggi. Jadi, anda perlulah biasakan anak-anak anda memakan sayuran hijau.
Kekacang
Ambillah snek dari kekacang dan biji-bijian seperti kekacang hazel, almond, walnut, biji bunga matahari atau kekacang yang lain. Kekacang dan biji-bijian penuh dengan asid lemak Omega 3 dan Omega 6, folat, vitamin E dan vitamin B6. Semua nutrisi ini membantu anda berfikir dengan lebih positif. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya untuk kanak-kanak.
Buah Berry
Blueberry sangat baik dalam meningkatkan kemampuan belajar seseorang. Kebanyakan berry termasuk blackberry, blueberry, raspberry dan lain-lain penuh dengan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan kesihatan otak. Ia dapat membantu membalikkan efek penuaan pada otak dengan makan buah ini sekali sehari. Kebanyakan berry mengandungi fisetin dan flavenoid yang sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan.
Rempah-Rempah
Rempah terdapat dalam pelbagai jenis masakan yang terdiri daripada rempah kari, ketumbar, kunyit, jintan putih, kayu manis dan macam-macam lagi. Tahukah anda bahawa rempah-rempah ini sangat bermanfaat untuk otak?. Ia bertujuan menjadikan otak kekal segar sepanjang masa. Sebagai bahan utama, serbuk kari juga penuh dengan antioksidan yang melawan penuaan otak dan memelihara fungsi kognitif apabila usia bertambah.
Telur
Semakin meningkatnya usia anda, otak manusia semakin lemah tetapi kita boleh menanganinya dengan rutin memakan telur. telur mengandungi banyak vitamin B12 serta lesitin. Anda juga perlu ingat bahawa telur tidak sihat jika dimakan terlalu banyak kerana kuning telur tinggi kolesterol. Cukup hanya 1-2 biji sahaja sehari.
Teh Hijau
Ada diantara anda yang suka minum kopi pada waktu pagi kan?. Cuba gantikan dengan secangkir teh hijau. Minuman ini bermanfaat bagi otak kerana ia mengandungi catechin. Pernahkah anda mengalami di mana anda berasa letih dan lesu setiap hari?. Mungkin anda kekurangan catechin dalam otak. Catechin berguna untuk menjaga pemikiran agar sentiasa tajam dan segar.
Bijirin Gandum Penuh
Beras merah, oatmeal, roti whole grain dan gandum adalah antara kumpulan dalam makanan jenis ini. Ia bekerja untuk meningkatkan aliran darah ke otak. Makanan berbentuk bijirin ini mengandungi banyak vitamin B6 di dalamnya. Menurut para pengkaji ilmiah, memori seseorang mula menurun ketika usia menjangkau akhir 60-an dan di awal 70-an. Jadi, bijirin adalah sangat bagus untuk usia sebegini.
Tiram
Jika anda suka makanan laut, tentu anda suka dengan makanan dari jenis cengkerang ini. Menurut kajian yang dijalankan, makanan ini sangat bermanfaat untuk otak. Tiram kaya dengan zat besi dan membantu untuk menajamkan pemikiran anda. Di dalam 100 gram tiram ia mengandungi 11 gram protein, 4 gram lemak dan D (calciferol). mineral yang terkandung adalah besi, sodium, magnesium, kalsium, zink dan lain-lain lagi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI