EX5 Fi EDISI TERHAD KINI DI PASARAN PADA HARGA BERMULA RM5,309.54

Share

Sempena sambutan ulang tahun ke 30 Honda EX-5 di Malaysia dan pengeluaran ke 100 juta Siri Super Cup, Boon Siew Honda (BSH) mengeluarkan EX5 Fi Edisi Terhad. Pasaran tempatan akan menerima dua pilihan varian iaitu roda tuang dan roda jejari.

Meraikan pencapaian pengeluaran ke 100 juta unit, Honda EX5 kekal sebagai simbol kebebasan dalam mobiliti dan menjadi motosikal paling lama bertahan di pasaran Malaysia pada masa ini.

Model EX5 Fi Edisi Terhad itu didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu merah dan hitam. Pembaharuan boleh dilihat menerusi lencana 30th Anniversary pada bahagian pelana dan cub depan serta bahagian sisi belakang EX-5 berkenaan. Pelana didatangkan dengan padanan warna hitam dan putih. Selain itu, pada bahagian cub depan juga dipadankan dengan tiga jalur. Turut tersedia pemegang belakang krom manakala rim jejari dipadankan dengan kemasan semburan cat berwarna emas. 

Kapcai tersebut didatangkan dengan enjin 109.1cc lejang tunggal penyejuk udara. Gabungan sistem pancitan bahan api PGM-Fi menghasilkan kuasa 8.35hp pada 7,500rpm dan tork 8.4Nm pada 6,000rpm.

Honda EX5 Fi Edisi Terhad dijual pada harga bermula dari RM5,309.54 (roda jejari) dan RM5,563.94 (roda tuang). Harga tersebut termasuk GST.

Diperkenalkan pada tahun 1987, EX5 mempunyai warisan yang teguh dan kisah tersendiri dalam kalangan rakyat di negara ini. Menjadi salah satu daripada kapcai yang paling penting dalam perintis pengangkutan dua roda pada masa lalu, siri Honda EX5 kekal relevan dan bergaya menerusi pengenalan model terbaharu.

 

GALERI

 

Published by
webadmin