Lagi beberapa bulan kita dah nak masuk bulan Syawal, apa kata dari sekarang kita plan untuk diet. Bayangkan setiap bulan anda kurang 5kg, mesti nanti masa nak raya anda adalah manusia paling dikagumi oleh rakan dan saudara mara! Jom diet!
1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.
2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.
Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.
3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.
Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.
4. Minum air kosong secukupnya.
Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.
5. Ambil sarapan setiap hari.
Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.
6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.
Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.
7. Makan malam dengan tenang.
Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.
8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.
Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.
9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.
Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.
10. Lakukan sehari satu push-up.
Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan and
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memasak memang cukup sinonim sebagai tugas hakiki seorang perempuan. Malah ada yang merasakan seorang perempuan memang wajib untuk pandai memasak sebelum mendirikan rumahtangga. Malah, perempuan pandai memasak juga menjadi satu kriteria penting untuk dijadikan calon isteri. Lelaki pula akan menyerahkan seratus peratus tugasan memasak ini pada perempuan atau isteri. Memang jarang lelaki akan masuk ke dapur.
Namun tahukan ada lelaki yang pandai memasak sebenarnya terlihat lebih seksi berbanding mereka yang tidak. Lelaki seksi bukan hanya dilihat pada postur tubuh yang sasa. Jika lelaki itu menunjukkan kesabarannya saat menghiris makanan dalam bentuk dadu, ia boleh menandakan bahawa dia merupakan jenis lelaki yang mampu untuk membahagiakan pasangannya terutamnya apabila berada di ranjang,” kata seorang pakar hubungan.
Ads
Beruntung atau bertuah jika isteri mendapat suami yang mempunyai hobi memasak dan pandai memasak. Oleh itu lelaki seperti ini memang harus di jaga dengan baik. Lelaki seperti ini juga disifatkan sebagai seorang lelaki edisi terhad dan menjadi rebutan ramai wanita. Malah, lelaki seperti ini juga memiliki ego yang rendah dan mudah untuk bertolak ansur. Walaupun begitu, isteri juga sepatutnya tidak mengambil kesempatan dengan suami yang pandai memasak dan mula mengabaikan tugas memasak dan menyerahkan tugas memasak seratus peratus pada suami
Ads
FRANCO NORIEGA
Ads
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kehidupan kita bergantung pada keupayaan kita untuk membuat keputusan. Sama ada membuat dalam kerjaya, hubungan mahupun kesihatan. Semua yang anda nikmati dan lalui hari ini adalah atas keputusan anda pada masa lalu.
Kita bertidak secara ekstrem untuk membuat sesuatu keputusan, kita berfikir secara mendalam, meluangkan banyak masa untuk memikirkan tentang keputusan kita, mendapatkan khidmat nasihat kawan-kawan dan kenalan-semata-mata untuk membuat sesuatu keputusan. Tetapi akhirnya kita tidak dapat mengambil tindakan yang sewajar untuk keputusan kita kerana kesuntukan masa.
Ini 5 tip bagaimana untuk membuat keputusan dengan cepat?
1.PERATURAN 2-MINIT.
Peraturan 2 minit ini adalah satu cara yang efektif untuk mengelakkan anda menggunakan masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan. Apabila anda perlu membuat keputusan, hanya tetapkan masa 2 minit untuk “brain-storming”. Had masa seperti ini memaksa anda untuk cepat menilai kebaikan dan keburukan anda dan membuat keputusan dengan cepat.
Ia juga mengelakkan anda daripada berkhayal.
Jika anda seorang yang perlahan membuat keputusan, anda bolehlah tingkatkan had masa kepada 5 minit sahaja, jangan lebih 5 minit!
2.KURANGKAN PILIHAN
Ada masanya kita mempunyai banyak pilihan semasa membuat sesuatu keputusan. Pilihan yang banyak boleh membuntukan proses membuat keputusan dan melambatkan anda.
Untuk mengurangkan “pilihan” anda, nilaikan setiap “pilihan” yang ada. Adakah pilihan ini baik atau buruk? Jangan fikirkan kesan panjang pilihan tersebut. Hanya fikirkan secara asas “BAIK” atau “BURUK” ,”SESUAI” atau “TIDAK” Jika anda merasakan sesuatu “pilihan” itu buruk dan tidak sesuai maka lupakannya dan pergi pada pilihan seterusnya.
3.CABUTAN BERTUAH
Jika semua pilihan anda seolah-olah mempunyai nilai lebih kurang sama, tulis pilihan anda yang terbaik anda pada keping kertas yang berasingan dan tempat mereka dalam satu beg/ kotak. Buat cabutan bertuah, Keputusan anda adalah kertas yang anda tarik keluar.
Tip ini juga berguna jika anda mempunyai banyak tugas untuk dilakukan, Tulis tugasan anda dalam kertas yang berasingan, buat cabutan bertuah dan selesaikan kerja itu secepat yang mungkin. Pada kotak atau beg yang berasingan tuliskan ganjaran yang anda inginkan dalam kertas yang berasingan dan buat cabutan. Setiap kali anda menyiapkan tugasan anda, lakukan cabutan untuk memberi ganjaran kepada diri anda.
4.FIKIR HANYA SEKARANG.
Kita sering boleh mementingkan gambaran yang besar, cuba untuk melihat bagaimana keputusan kita akan memberi kesan kepada masa depan. Fikiran seperti ini menyebabkan stres mental, kerana kita cuba untuk melihat setiap langkah secara terperinci dan terlalu jauh ke masa depan bersama-sama dengan hasilnya.
Ia adalah lebih baik untuk fokuskan tentang situasi pada masa ini, buat keputusan berdasarkan apa yang akan berlaku pada masa yang terdekat. Elak berfikiran jauh, ini juga dapat membantu anda untuk mengelakkan pembaziran waktu.
5.BERI RUANG UNTUK KEGAGALAN
Salah satu sebab kita lambat membuat keputusan adalah kerana takut untuk gagal. Kita takut akan kesan negatif keputusan tersebut dan ingin mengurangkan risiko dalam kehidupan.
Sebaliknya, kita harus sedar, yang keputusan yang lambat adalah lebih teruk daripada keputusan yang buruk. Keputusan yang buruk boleh dipulihkan dan dapat memberi pengajaran kepada kita, tetapi tidak membuat keputusan pada waktu yang sepatutnya akan menyebabkan kehidupan kita tidak ke mana-mana dan tergantung. Beri ruang kepada kegagalan, jangan takut untuk mencuba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.