Akhirnya!
Mungkin itulah luahan daripada kaki wayang sekalian selepas penantian mereka untuk menyaksikan pembukaan semual panggung wayang berakhir esok.
Selepas lebih 3 bulan panggung wayang ditutup sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, panggung wayang dibenarkan untuk beroperasi semula mulai esok, 1 Julai 2020.
Ini semua tidak akan mungkin berlaku jika usaha keras yang ditunjukkan oleh barisan hadapan negara dan juga kerajaan serta rakyat yang patut dalam melawan penularan wabak Covid-19. Kita bersyukur kerana telah berjaya melandaikan kadar penularan dengan mencatatkan kes yang rendah sejak beberapa minggu lalu.
TGV Cinemas yang merupakan antara pemain utama sebagai outlet panggung wayang tempatan menyambut baik pembukaan semula operasinya.
Namun segalanya perlu dilakukan dengan mematuhi segala peraturan serta SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara seperti yang disampaikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Demi memastikan pengunjungnya berasa selamat TGV Cinemas bakal memperkenalkan beberapa protokol di dalam premis mereka. Berikut merupakan langkah-langkah keselamatan diambil oleh mereka:
Untuk tempat duduk pula TGV Cinemas melakukan beberapa perubahan agar ia menepati dengan SOP dan langkah keselamatan. Jarak sejauh 1 meter diperkenalkan dengan setiap tempat duduk perlu dikosongkan secara berselang-seli. Sila rujuk gambarajah di bawah:
Buat anda yang ingin menonton filem di pawagam pastikan terus patuh dengan setiap arahan dan peraturan demi keselamatan bersama. Kita jaga kita!