Esma Danial sambung belajar di UPSI, tunai amanat arwah bapa. Sudah lebih 10 tahun meninggalkan alam pembelajaran, pelakon berpengalaman Esma Daniel kini teruja untuk kembali bergelar pelajar apabila bakal melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Pendidikan Sulta Idris (UPSI) bermula April ini.
Esma Danial Sambung Belajar Di UPSI, Tunai Amanat Arwah Bapa
Esma, atau nama penuhnya Esma Daniel Md Isa, yang kini berusia 56 tahun, berkongsi bahawa keputusan ini adalah sebagai memenuhi hasrat arwah bapanya, Md Isa Abidin, yang sentiasa menekankan kepentingan menuntut ilmu walau dalam apa jua keadaan dan usia.
Menurut Esma, dia turut terinspirasi kerana bakal menimba ilmu bersama rakan-rakan seindustri seperti Tomok dan Amerul Affendi.
Berikut perkongsian Esma di laman Instagramnya.
Alhamdulillah, satu langkah baru dalam perjalanan ilmu.
Saya bersyukur dan gembira menerima tawaran untuk menyambung pengajian Sarjana Pengajian Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris @upsi_malaysia.
Ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi juga amanat arwah abah, Allahyarham Md Isa Abidin, yang sentiasa berpesan agar saya terus menimba ilmu tanpa mengira usia dan sentiasa istiqomah dalam setiap usaha.
Ads
Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Semoga perjalanan ini diberkati dan memberi manfaat, Insya Allah.
“Arwah ayah saya sering berpesan supaya saya terus belajar walaupun sudah ada pekerjaan tetap. Baginya, ilmu itu tidak terbatas dengan usia, dan usaha yang berterusan adalah kunci kejayaan. Jadi, saya rasa sekarang adalah masa paling sesuai untuk sambung belajar, sambil meneruskan kerjaya lakonan saya. Rasa macam muda balik bila fikir nak daftar masuk April nanti,” katanya.
Mengulas lanjut, Esma memaklumkan beliau akan menyertai program Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (ApelQ), yang menurutnya sangat bertepatan dengan latar belakangnya.
Ads
Program ini membuka ruang kepada individu yang hanya memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seperti dirinya, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui penilaian pengalaman kerja terdahulu.
“Walaupun saya akan terlibat dengan tugasan dan bimbingan pensyarah, saya tetap akan terus bekerja seperti biasa. Cuma, kali ini ada tambahan elemen pembelajaran dalam rutin harian saya.
“Menariknya, program ini tak mewajibkan kehadiran ke kelas secara fizikal, walaupun saya akan mengikuti kursus ini secara sepenuh masa,” jelasnya.
Esma turut menyatakan keyakinannya bahawa penglibatan dalam program ini mampu memberi nilai tambah dalam karier seninya yang telah lama diceburi.
“Saya percaya setiap individu perlu ada pencapaian dalam bidang akademik juga. Selepas sekian lama berada dalam industri lakonan dan melakukan pelbagai perkara, saya rasa sudah tiba masanya untuk memperkukuh diri dengan ilmu yang lebih formal,” tambahnya.
Ads
Dengan semangat baharu ini, Esma membuktikan bahawa pencapaian akademik bukan hanya untuk golongan muda, tetapi juga relevan buat sesiapa yang masih mahu belajar dan berkembang, tidak kira usia.
Mesti kadang-kadang kita tak tahu apa yang sebenarnya kaum wanita lihat pada kaum lelaki bila pertama kali berjumpa? Bukan sahaja pertama kali, tapi boleh jadi, saat terjumpa tepi jalan pun, orang lelaki mesti nak tahu apa yang berada di kotak fikiran wanita? Jadi inilah rahsianya!
Muka
Tiada sebarang argument tentang ini. Jika kamu menjaga muka kamu dengan elok dan teliti, ini bermaksud kamu menjaga diri kamu dengan sempurna.
Adakah kamu memerlukan wajah yang handsome? Sudah tentu tidak! Tentu sekali tidak terutama kita yang bukan dilahirkan untuk menghiasi layar perak Hollywood! Jika itu yang kaum wanita cari, habislah kaum lelaki dalam dunia ni. Bersepah lelaki bujang jika itu yang wanita mahukan. Tetapi tidak, usah risau!
Apa yang kamu perlukan adalah kualiti dalam cara grooming kamu seolah-olah kamu tunjukkan pada dia cara penjagaan tubuh kamu yang baik.
Sesetengah lelaki yang “manly” seringkali tidak mengendahkan tentang kulit mereka. Mereka tunggu sehingga masalah kulit mereka serius barulah nak buat treatment. Sesungguhnya, itu semua adalah tanggungjawab kamu sebagai lelaki untuk menjaga wajah kamu. Gunakan lotion yang betul dan pencuci muka yang bersesuaian.
Senyuman
Senyuman yang menarik adalah aset besar untuk menjadi tarikan wanita. Senyuman itu seolah-olah tanda “welcome” yang kamu berikan kepada mereka yang melihat. Seakan-akan melambai-lambai dari jauh. Kuat betul kuasa senyuman ni.
Kombinasi antara senyuman manis, juga hubungan mata yang mempesonakan dan postur yang menyakinkan, menunjukkan kamu sudah bersedia untuk menarik minat dia!
Namun penjagaan rapi harus selalu dibuat untuk memastikan kondisi gigi kamu sentiasa bersih dan elok. Putih sentiasa. Kurangkan minum minuman seperti kopi dan teh. Kurangkan juga amalan merokok kamu kerana ia pasti memberi kesan buruk kepada gigi kamu. Sentiasa berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan pemeriksaan yang betul.
Siluet
Pengertian siluet di sini merujuk kepada outline tubuh kamu dan juga gaya pakaian kamu. Selalunya, kaum wanita lebih suka melihat kepada siluet maskuin iaitu dada yang terbina,a lean torso dan bahu yang kuat.
Ini memerlukan kamu untuk memakai potongan sut yang betul, tepat dan sesuai. Tapi harus diingat, harus sentiasa peka untuk mengelakkan potongan yang fit terutama pada seluar. KATAKAN TIDAK PADA SKINNY JEANS! Jenis skinny jeans tidak menarik dan bukan gaya yang sesuai untuk maskulin. Sarungkan rekaan seluar dengan potongan lurus dan sedikit besar.
Wardrobe
Tidak kisahlah apa yang kamu sarungkan, kaum wanita akan sentiasa memerhati gaya berpakaian kamu. So, kamu tidak seharusnya memandang mudah dengan apa yang kamu pakai tiap-tiap hari.
Kamu juga harus sentiasa meletakkan effort untuk memilih yang bisa menyamaikan mesej yang positif iaitu mengenai status, gaya hidup dan personaliti kamu. Wanita pastinya mahu mencari lelaki yang menarik dan boleh menjaga dirinya. So, berpakaianlah sedikit matang supaya anda sentiasa tampak bersedia!
Style details
Bukan hanya baju kamu malah segala details yang ada pada tubuh kamu, dia pasti akan melihatnya satu persatu. Ini bukanlah isu memilih atau pun wanita material, tetapi ini adalah perkara normal wanita lakukan untuk mencipta minat mereka terhadap kamu.
Ramai lelaki pasti tidak ada masalah untuk mencari kemeja, jaket dan seluar. Tetapi gagal untuk melengkap gaya mereka dengan perkara berikut:
Gaya rambut
Cermin mata
Jam tangan
Kasut
Wangian
Siapa kata wangian tidak menjadikan seseorang itu tertarik dengan kamu? Kamu tidak boleh menyangkal tentang kekuatan haruman itu. Mungkin ada sesetengah lelaki hanya menggunakan deodorant yang kuat untuk dijadikan sebagai wangian tubuh kamu. Hentikan! Ini masanya untuk kamu mencuba yang lain dengan menyembur wangian yang sebenar ke tubuh kamu!
Kajian telah membuktikan bahawa wanita telah mengundi haruman adalah faktor utama untuk mereka terpikat kepada lelaki.
Jadi apa tunggu lagi? Kamu harus memiliki satu wangian yang sesuai dengan gaya personaliti kamu. Wangian yang sedikit maskulin pastinya akan menjadikan kamu lebih gentleman!
Attitude/Personality
Sikap serta personaliti merangkumi keseluruhan persoalan mereka tentang siapa kamu. Ini adalah kunci dalam mencari kelemahan juga kekuatan dalam diri kamu.
Jika kamu seorang yang lawak, ia secara tidak langsung memberi gambaran yang baik tentang personaliti kamu. Namun, jika kamu terlebih gaya, boleh jadi si dia merasakan kamu bersifar biadap. So don’t cross the line!
Jika kamu yang mahukan hubungan yang benar-benar serius dengannya, jadilah lelaki yang baik. Be a nice guy! Walaupun sesetengah wanita lebih memilih lelaki yang agak nakal dan tidak serius, tetapi percayalah, di penghujung mereka mahukan lelaki yang bertanggungjawab apabila berumah tangga.
Jadi jauhi perkara-perkara negatif untuk menjadikan imej kamu lebih clean supaya dia tertarik dengan kamu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah tumit kaki merekah ini terjadi tidak mengira jantina lelaki atau perempuan. Walaupun masalah ini lebih kerap dialami oleh kaum perempuan. Biasanya tumit kaki merekah ini tidak bukanlah masalah yang serius tetapi boleh mendatangkan rasa segan dan tidak selesa kepada kita. Bagi lelaki mungkin mereka tidak begitu mengambil serius akan masalah tumit merekah ini asalkan tidak menjadi masalah lain buat mereka seperti mendatangkan rasa sakit, kaki berbau dan tiada jangkitan kuman pada kaki mereka. Bagi yang perempuan pula, mereka biasanya lebih mengambil serius masalah kaki merekah kerana ia berkait rapat dengan penampilan mereka.
Selain itu, tumit kaki merekah juga kadang-kadang boleh dijadikan ukuran sejauh mana seseorang itu menjaga kebersihan dan kecantikan diri mereka.
Dibawah ini adalah beberapa petua tips cara merawat tumit kaki merekah atau pecah:-
Minum air banyak-banyak, kekurangan air boleh menjadikan kulit cepat kering dan merekah.
Mengawal berat badan, berat badan berlebihan akan memberi tekanan kepada kaki kita dan menjadi salah satu punca tumit kaki merekah
Menggunakan kasut atau selipar yang sesuai, selesa dipakai dan tidak ketat
Menggunakan stokin ketika menggunakan kasut
Sapukan getah betik di tumit kaki dan gosok perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering sebelum anda cuci dengan air.
Kisar buah avocado hingga hancur dan sapukan & gosokan pada tumit kaki yang merekah atau pecah. Biarkan sehingga kering sebelum cuci dengan air bersih.
Menggunakan asam keping yang dimasukan ke dalam besen yang diisi dengan air suam. Kemudian anda rendamkan sahaja kaki anda dalam besen tersebut untuk jangka masa sekitar 30minit.Cara ini juga boleh membantu menghilangkan bau kaki anda.
Sapukan minyak zaitun pada bahagian tumit kaki yang merekah setiap hari.
Gunakan nasi yang anda makan itu dan lenyekan di bahagian tumit kaki yang bermasalah.
Anda juga boleh pergi ke kedai farmasi dan membeli krim untuk merawat masalah tumit kaki merekah jika anda malas untuk gunakan cara merawat tumit kaki merekah yang disenaraikan di atas.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Fizo Omar bakal timang anak ketiga, keluarga makin bertambah. Pelakon Fizo Omar berkongsi berita gembira bahawa isterinya, Fazeera Nazri Azrai, kini hamil anak ketiga mereka.
Fizo Omar Bakal Timang Anak Ketiga, Keluarga Makin Bertambah
Fizo, atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar, menyatakan bahawa kehadiran cahaya mata memberikan kebahagiaan dan menghilangkan rasa sunyi dalam kehidupannya.
Dalam satu hantaran di Instagram, Fizo meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan kepada keluarganya. Dia percaya bahawa setiap anak membawa rezeki tersendiri, bukan sahaja dalam bentuk kekayaan, tetapi juga kesihatan dan kebahagiaan.
Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata, Wan Khaleeda (3 tahun) dan Wan Umaira (2 tahun). Selain itu, Fizo juga mempunyai seorang anak perempuan, Wan Mariam (8 tahun), hasil perkahwinan terdahulu dengan usahawan Mawar Karim.
Berkongsi pengalaman sebagai seorang bapa, Fizo menegaskan bahawa keluarga adalah anugerah yang tidak ternilai. Dia berharap agar kehadiran anak ketiga ini akan terus membawa kebahagiaan dan keberkatan buat mereka sekeluarga.
Rutin penjagaan kulit wajah, lelaki pun kena ada. Kita selalu dengar tentang rutin penjagaan kulit dalam kalangan wanita. Bermula dengan pencuci muka, penyegar, pelembab, serum sehinggalah ke sunscreen.