
Mungkin dalam tempoh 10 tahun dahulu ramai pihak tidak pernah membayangkan bahawa sesebuah jenama streetwear mampu berkolaborasi dengan jenama mewah. Kini ia bagaikan trend terbaru yang semakin mekar dalam dunia fesyen lelaki.
Salah seorang pereka fesyen high-end streetwear yang sangat prominen ialah Jerry Lorenzo menerusi labelnya Fear of God. Terbaru, Ermenegildo Zegna mengumumkan kerjasamanya bersama Jerry Lorenzo pada pelancaran Paris Fashion Week baru-baru ini.

Zegna menerusi Pengarah Arstistik, Alessandro Sartori dan Jerry Lorenzo telah bersama-sama menghasilkan koleksi lelaki eksklusif.
Rekaan hasil kolaborasi ini menyaksikan hasil yang menyerlahkan identitui kedua-dua jenama – Zegna dengan kepakaran jahitan kemas dan Fear of God sentuhan unik lebih moden.

Kerjasama kreatif kedua jenama turut menghasilkan koleksi pakaian dan aksesori kotemporari buat lelaki muda yang kehidupannya penuh dengan ekspresi fesyen dan juga kebebasan.
Koleksi eksklusif Zegna x Fear of God ini akan mula dipertontonkan kepada umum di Paris Fashion Week pada 2 Mac 2020.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Timberland Perkenalkan Koleksi FW2021 Menampilkan Pakaian & Kasut Lebih Mesra Alam

Sejak beberapa tahun sudah jenama outdoor popular global, Timberland telah mula memperkenalkan produk serta menjalankan kempen mesra alam sekitar menerusi produknya.
Komitmen yang diberikan oleh Timberland dengan penggunaan material kitar semula dan mesra alam juga menjadi bukti dedikasi mereka terhadap kelestarian dunia. Begitu juga untuk koleksi terbaru mereka yang diperkenalkan sempena Fall/Winter 2021.
Untuk koleksi kali ini. Timberland menampilkan koleksi yang digelar mereka sebagai ‘eco-ready’. Material yang digunakan bukan sahaja ringan malah menyediakan kepelbagaian fungsi.
Lebih menarik lagi, ia menggunakan bahan dari proses kitar semula dan ia diambil daripada sumber yang dipercayai dan berkredibiliti.
Walaupun jenamanya lebih sinonim dengan aktviti outdoor, namun koleksi ini cukup sesuai buat pengembaran dunia ‘hutan konkrit’ yang mementingkan pakaian selesa.
Seleksi pakaian dan kasut yang ditawarkan menerusi koleksi ini turut tampil dengan rekaan yang lebih moden dan menggunakan warna lebih terang dan berani, sinonim dengan lanskap urban.
Koleksi FW2021 dari Timberland ini juga merupakan sebagai salah satu sokongan kepada objektif jenamanya yang ingin memberikan impak positif dalam kempen ‘Nature by 2030’. Antara teknologi mesra alam yang diketengahkan ialah ReBOTL yang dihasilkan daripada 50 peratus plastik kitar semula.
Manakala penggunaan kulit pada kasut pula datang daripada material yang diberikan rating silver oleh Leather Working Group. Ia di atas penggunaan efisien air, tenaga dan hasil buangan minima dalam penghasilannya.
Ortholite pula digunakan pada insole kasut untuk memberikan keselesaan berpanjangn bagi penggunaan kesual serta harian.
Di antara pakaian yang menarik menerusi koleksi ini ialah Re-Comfort EK+ Overshirt With Refibra Fabric, Eco Ready Softech Coach Jacket dan DWR Workwear Coach Jacket. Koleksi kasut pula menyaksikan sulhoutte Supaway Fabric Oxford, Supaway Leather Chukka dan Supaway Fabric Oxford.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Nak Beli Kasut, Ada Masanya, Tak Boleh Sembarangan, Ini 4 Waktu Yang Paling Sesuai

Pernah tak anda kena beli kasut waktu tengahari di kedai, bila malam sampai rumah tiba-tiba tak muat. Ketahuilah bahawa anda sudah salah waktu untuk membeli kasut baru.
“Eh.. tadi pagi test macam muat. Kenapa balik rumah petang ni kasut yang kita beli ni tiba-tiba rasa ketat ek?”
Pernah tak anda berdepan dengan situasi begini? Kalau pernah, ketahuilah bahawa anda sudah terbeli kasut pada waktu yang salah.
Namun, jangan risau, ini tugas MASKULIN untuk bantu anda beli kasut ikut timing yang sesuai.
BACA: Ini Tip Mudah Untuk Jaga Kasut Kulit Agar Tahan Lama & Kekal Kualitinya
4 waktu sesuai beli kasut
Ramai orang tidak tahu bahawa ada waktu-waktu tertentu dan sesuai untuk anda membeli kasut.
Iyalah, kasut bukan sekadar dipakai untuk melindungi kaki malah untuk menampakkan anda lebih bergaya.
Namun sebagai seorang lelaki maskulin dan pengguna yang bijak, ini antara waktu yang perlu anda ambil tahu kesesuaiannya untuk membeli kasut :
1. Beli kasut pada waktu petang atau malam
Waktu yang paling sesuai untuk membeli kasut adalah pada waktu petang atau pada waktu malam. Urat kaki dan otot ketika itu sedang membesar dan menjadi lebih aktif. Anda tidak digalakkan membeli kasut pada waktu waktu pagi kerana ukuran kaki menjadi lebih kecil pada masa tersebut. Nampak remeh tetapi sangat penting. Bukan apa, takut try sewaktu di kedai pada waktu pagi nampak OK tetapi bila sampai rumah waktu petang, sempit pula.
2. Hujung minggu atau cuti umum
Masa cuti atau hujung minggu merupakan hari yang sesuai untuk shopping di pusat membeli belah. Anda punyai banyak masa untuk memilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki anda dengan lebih selesa. Minta bantuan pekerja kedai sekiranya anda memerlukan kasut untuk jogging , anda boleh pilih kasut jenis “running shoes”. Perlu diingatkan juga anda sepatutnya menggunakan masa terluang ketika hari bercuti untuk mencari kasut yang paling bersesuaian dengan saiz kaki anda.
3. Musim perayaan
Kasut merupakan antara item terpenting selain baju serta aksesori lain dan promosi musim perayaan tak kurang hebatnya terutamanya di pusat-pusat beli belah. Pada musim Perayaan seperti Tahun baharu Cina tidak lama lagi, sudah tentulah sneakers, loafers, dan casual shoes menjadi pilihan mereka tetapi perlu diingatkan agar anda tidak rambang mata memilih kasut dengan potongan harga 50% – 70% kerana dikhuatiri kasut ini tidak tahan lama dan kurang berkualiti. Risau kasut yang dijual adalah dari stok lama dan kualitinya tidak sama seperti mula-mula dikeluarkan dahulu.
BACA: Sneakers Putih Susah Nak Jaga, Namun Ada Cara Buat Ia Kekal Nampak Baru & Bau Kedai
4. Beli semasa cukup duit
Bunyinya memang agak cliche tetapi sesetengah shoppers memang sanggup mengumpul duit untuk membeli kasut yang diminati. Biarlah lama mana mengumpul, asalkan hati puas hati dan bukannya mencuri. Jangan sesekali rushing nak beli kasut, pastikan sesuai dengan ukuran kaki dan paling penting minat dan puas hati, jika kena dengan harga apa salahnya ambil sepasang.
Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rakyat Malaysia Lebih Mencari Barang Ini Berbanding Baju Raya

4 hari menjelang Aidilfitri ini, bagaimana dengan persiapan raya anda? Mungkin minggu ini merupakan minggu paling sibuk untuk anda membeli-belah di mall, mana-mana bazar mahupun secara online yang menawarkan harga rendah dan istimewa sempena hari raya yang mulia ini.
Anda pasti fikir bahawa baju raya merupakan barang yang paling dicari oleh rakyat Malaysia di website kan? Nampaknya tekaan anda salah! Untuk pengetahuan anda, barangan paling dicari oleh rakyat Malaysia adalah tiket penerbangan!
Menurut iPrice Malaysia, rakyat Malaysia lelbih banyak mencari tiket penerbangan di internet berbanding baju raya!
59% rakyat Malaysia mencari promosi tiket penerbangan, 35% mencari shopping dan 3% sama rata mencari servis internet dan automatif. Mungkin rakyat Malaysia lebih gemar menaiki kapal terbang berbanding perjalanan atas jalan raya, ataupun mereka dah bersedia untuk beraya di luar negara?
Walaubagaimanapun, baju raya masih dicari oleh mereka-mereka yang malas nak berjalan ke mall atau bazar beli belah. Antara portal yang paling dicari oleh mereka-mereka yang gemar membeli secara online adalah Neelofar Hijab dan Fashin Valet.
Ada lagi tak yang masih belum dapatkan tudung atau pakaian yang dikeluarkan oleh Neelofar Hijab dan Fashion Valet? Untuk beli online tak sempat ni, apa kata anda terus ke butik mereka!
Credit: iPrice&RojakDaily
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI