Bersempena dengan edisi ketiga Green Carpet Fashion Awards yang berlangsung pada 23 September 2019 di Teatro alla Scala, pereka fesyen terkenal Ermenegildo Zegna telah menerima anugerah CNMI Award in Recognition for Sustainability.
Pernghargaan yang cukup berprestij itu diberikan kerana komitmen yang berpanjangan serta sumbangan besarnya terhadap membentuk kelestarian dalam sistem industri fesyen.
Anugerah ini juga merupakan mengangkat martabat Zegna yang memperkenalkan kempen projek #USETHEEXISTING di bawah selian arahan seni Alessandro Sartori.
BACA: Wanita Bantu Ronaldo Semasa Dia Kelaparan Ketika Kecil Kini Tampil
#USETHEEXISTING yang dilancarkan oleh Zegna merupakan sebahagian daripada kempen Zegna XXX Winter 2019 Show dan ia dipanjangkan sehingga ke Summer 2020 Show.
Kempen tersebut menyaksikan Zegna menyeru penggiat fesyen untuk menggunakan sumber kain kapas dan fabrik teknikal yang sedia ada. Ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan proses inovatif dan kitar semula terutamanya bahan daripada botol plastik dan fiber buluh.
“Sejak dari dulu perniagaan keluarga kami teah didorong oleh pendekatan kelestarian alam dan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap komuniti.
“Misi global Zegna telah diinpirasikan selari dengan visi jenama Zegna yang memahami betapa pentingnya untuk kita menjaga, menghormati dan memulihara alam sekitar,” jelas Ermenegildo Zegna selaku CEO Ermenegildo Zegna Group.