Erling Haaland Dedahkan Diet Ekstrem Kekalkan Kecergasan, Antaranya Makan Hati Lembu

Share

Bagi peminat bola sepak global terutamanya Liga Perdana Inggeris nama pemain muda kelab Manchester City, Eling Haaland kini kerap bermain di bibir mereka.

Apa penampilan pertamanya di dalam liga paling kompetitif di Eropah menyaksikan dia telah menjaringkan sebanyak 15 gol dalam 9 perlawanan setakat ini!

Ia satu angka yang cukup luar biasa dan ramai pihak kelihatan cukup terkejut prestasi ditunjukkan anak muda dari Norway ini mampu hingga ke tahap ini. Malahs dalam 9 perlawanan tersebut dia telah mencatatkan tiga hatrik.

Prestasi yang ditunjukkan oleh pemain tinggi lampai ini tidaklah datang dengan mudah. Selain melakukan rutin senaman yang cukup intensif, Haaland juga mengikuti diet yang cukup ekstrem.

Memetik kenyataannya dari dokumentari berjudul ‘Haaland: The Big Decision’, Haaland berkongsi beberapa jenis diet ekstremnya. Apabila ditanya tentang apakah jenis daging yang diambil, Haaland menjelaskan dia cukup spesifik.

“Anda semua mungkin tidak makannya tapi bagi saya ia penting untuk menjaga kesihatan badan. Saya berpendapat mengambil makanan berkualiti dari sumber tempatan sangat penting. Daging seperti hati dan jantung lembu contohnya termasuk dalam diet saya,” jelasnya.

Haaland turut berkongsi dia bagaimana dia meminum air yang ditapis dari sistem penapisan kompleks digunakannya. Selain menekankan kepentingan cahaya matahari untuk ketajaman mata.

Jelasnya, dia cukup peka dan mengambil berat tentang circadian rhythm, di mana proses dalaman yang menjaga corak masa tidur dan rehat.

“Perkara pertama saya lakukan pada waktu pagi ialah mendapatkan cahaya matahari untuk mata. Ia baik untuk menjaga circadian rhythm.

Makanan kegemarannya pula ialah lasagne yang dimasak oleh bapanya, Alf-Inge. Jumlah kalori yang diambilnya secara harian pula ialah sebanyak 6000 kalori.

Jadi tidak hairanlah mengapa prestasi yang ditonjolkan oleh Haaland sehingga kini cukup luar biasa! MASKULIN menjangkakan pemain muda Manchester City mampu menjaringkan lebih 30 gol liga untuk meusim ini.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim