Hiburan

Episod 2 ‘MASKULIN Who’s Your Bro’, Uji Kekuatan Bros Dengan Cabaran Metal Mania

Share

Semalam, episod kedua rancangan realiti yang paling dinanti-nantikan, MASKULIN Who’s Your Bro (WYB), telah ditayangkan dengan tema Metal Mania yang penuh mencabar.

Selepas episod pertama yang menguji ketahanan dan kepantasan di Menara KL, kali ini 12 peserta WYB dibawa ke kawasan junkyard yang sarat dengan besi-besi terpakai dan bahagian kenderaan yang dileraikan.

Cabarannya? Ujian kekuatan, strategi, stamina, dan functional movement.

“Bros” dan Bebanan Besi

Dalam misi semalam, setiap pasukan perlu mengangkut seberapa banyak muatan besi menggunakan kargo dari Poin A ke Poin B.

Namun, ia bukan sekadar soal kekuatan fizikal – peserta juga perlu bijak merancang strategi agar tidak membebankan diri sehingga gagal menamatkan cabaran dalam masa yang diberikan.

Pasukan yang tidak berjaya disqualified, manakala pasukan yang membawa beban paling berat mendapat imuniti.

Pasukan dan Strategi
Selepas kejayaan mereka di episod pertama, enam peserta terbaik diberi peluang memilih rakan pasukan masing-masing:

  • Saddam (juara terpantas minggu lalu) memilih Asyraf.
  • Chee Wai memilih Irwan.
  • Hakimi memilih Ikmal.
  • Theeban memilih Nad, “The Tank”.
  • Dr. Shazif memilih Syafiq.
  • Kelvin memilih Faidzal.

Setiap pusingan mempertemukan dua pasukan secara serentak untuk berlumba.

Drama dan Kejutan

Pusingan pertama menjadi pembuka tirai penuh kejutan apabila pasukan kegemaran, Saddam dan Asyraf, gagal menamatkan misi dalam masa ditetapkan. Percaturan mereka membawa muatan yang terlalu berat menyebabkan mereka kecundang.

Pusingan kedua menyaksikan Chee Wai dan Irwan bertemu Dr. Shazif dan Syafiq. Kedua-dua pasukan bersaing sengit, tetapi Dr. Shazif dan Syafiq berjaya melangkah ke garisan penamat terlebih dahulu, mencatatkan kemenangan.

Seterusnya, Hakimi dan Ikmal bertarung dengan Theeban dan Nad. Mereka menunjukkan strategi bijak dengan mengimbangi berat dan masa. Kedua-dua pasukan berjaya menyelesaikan cabaran tanpa sebarang kesilapan.

Tiga Pasukan Terbaik

Hasil daripada gabungan masa terpantas dan beban terberat, tiga pasukan terbaik diumumkan:

  • Theeban dan Nad
  • Hakimi dan Ikmal
  • Dr. Shazif dan Syafiq

Namun, siapakah yang bakal mendapat imuniti? Jawapannya akan diumumkan pada episod akan datang.

Tiada Penyingkiran, Hanya Cabaran Lebih Sengit!

Semua peserta menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran berlaku semalam. Namun, ini hanya memberi ruang untuk cabaran lebih sukar pada episod seterusnya.

Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan episod ketiga MASKULIN Who’s Your Bro pada 13 Disember, jam 9 malam di Astro Ria. Siapa tahu, mungkin bro pilihan anda pula untuk bersinar!

Siapa bro, siapa lawan?

MASKULIN Who’s Your Bro bukan sekadar pertandingan, tapi medan kejantanan sebenar.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim