Berita

Episod 10 Uji Brotherhood Ikmal & Hakimi!

Share

Ketegangan Dalam Episod 9: Perselisihan Ketika Triathlon

Dalam episod 9, perjalanan Ikmal dan Hakimi sebagai duo diuji dengan cabaran triathlon.

Hakimi, yang bersikap kompetitif dalam permainan, terlalu fokus untuk mengelakkan penyingkiran sehingga mengabaikan keadaan Ikmal yang masih berada di belakang.

“Aku seorang yang kompetitif in-game, sampai kadang-kadang aku terlupa objektif sebenarnya. Aku terlupa yang Ikmal masih di belakang ketika episod 9 iaitu cabaran triathlon. Time tu aku tak fikir, apa yang dalam kepala otak aku adalah aku tak nak masuk elimination. So semua benda aku lupa, chemistry lupa, jadi hancur.” – Hakimi

 

Sikap agresif Hakimi dalam cabaran itu menyebabkan Ikmal berada dalam tekanan yang tinggi, hingga mempengaruhi prestasinya.

“Hakimi tak tahu kondisi aku, dan aku pun tak tahu kondisi dia pada waktu itu. Memang pace Hakimi agak laju dan dia keep on pushing aku untuk laju juga.” – Ikmal

Tekanan yang diberikan Hakimi menjejaskan fokus Ikmal, menyebabkan dia cemas dan sukar mengawal pernafasan.

“Kau tahu yang aku tak suka bekerja dalam keadaan tekanan. Bila aku dalam tekanan, aku akan cemas, nafas tak teratur dan fikir macam-macam.” – Ikmal Amry

Ketegangan antara mereka jelas kelihatan, di mana Hakimi mengutamakan dirinya sendiri dan meninggalkan Ikmal di belakang.

Melihat situasi ini, Ikmal akhirnya memberi teguran kepada Hakimi kerana terlalu obses dengan kemenangan dan mengabaikan chemistry yang telah dibina selama lapan minggu.

“Aku nak tegur sikit Kimi dekat sini. Selama aku lapan minggu kerja dengan kau, hari ini aku tak selesa sikit kerja dengan kau, jujur aku cakap. Disebabkan kau terlalu eager nak menang, kau tinggal chemistry macam tu je.”

– Ikmal

Momen Kebangkitan Ikmal & Hakimi

Ketegangan mereka berlanjutan sehingga pusingan penyingkiran, di mana mereka berdepan dengan pasukan Nad dan Chee Wai dalam cabaran Spear Throw Challenge.

Namun, nasib menyebelahi mereka apabila Ikmal berjaya menjatuhkan pasir guni dalam pusingan penyingkiran, membolehkan mereka mara ke final.

Perjuangan mereka dari awal hingga ke tahap ini menunjukkan daya tahan dan kesungguhan yang luar biasa.

BACA LAGI : MASKULIN Who’s Your Bro FINALE – Ikmal Amry & Hakimi Noordin Dinobatkan JUARA!

Dari Pergaduhan ke Juara Di Episod 10

Dalam episod final, mereka diuji dengan pusingan awal yang terdiri daripada tujuh halangan sebelum berdepan dengan cabaran terakhir iaitu menarik kereta melawan pasukan Saddam dan Dr. Shazif.

Siapa sangka, daripada duo yang mengalami konflik dan hampir kehilangan chemistry, akhirnya mereka membuktikan kekuatan brotherhood sebenar dengan meraih gelaran juara Who’s Your Bro.

Mereka bukan sahaja membuktikan bahawa keserasian boleh dibina semula, tetapi juga bahawa persahabatan yang kukuh mampu mengatasi apa jua cabaran.

Perjalanan Ikmal dan Hakimi dari episod 2 hingga final menjadi bukti bahawa brotherhood sejati bukanlah tentang siapa yang lebih kuat, tetapi siapa yang mampu bertahan bersama hingga ke akhirnya.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah. 

 

 

Published by
Darwisy Farain