'Coolant Radiator'
'Coolant Radiator'

Penjagaan yang baik terhadap coolant radiator bukan hanya penting untuk mengelakkan masalah karat pada enjin tetapi juga memastikan prestasi enjin yang optimum dan memperpanjang jangka hayat kenderaan.

Coolant, atau cecair penyejuk, berfungsi untuk mengawal suhu enjin dan mencegahnya dari overheating. Namun, kegagalan dalam memelihara sistem coolant ini boleh menyebabkan masalah serius termasuk karat pada enjin yang boleh mengakibatkan kerosakan yang mahal.

Pembunuh senyap (silent killer) kereta, enjin berkarat

Punca utama, tak jaga coolant radiator, main letak air sahaja.
Pentingnya penjagaan coolant pada kereta kita untuk memanjangkan jangka hayat enjin, bila radiator mula berkarat air selaku ejen karat yang sangat efektif akan membawa karat ke seluruh laluan air di dalam enjin.

Jika karat berlaku:

1. Thermostat juga akan kena kesannya, lama kelamaan thermostat akan rosak (jem), overheat boleh berlaku.

Ads

2. Pipe line (besi) juga boleh mengakibatkan kebocoran kecil berlaku akibat kelemahan struktur pipe akibat dimakan karat, overheat juga boleh berlaku.

3. Laluan air dalam blok pun tak cantik akibat karat yang tebal (laluan makin sempit).

Enjin Kereta Berkarat Berpunca Dari Tak Jaga ‘Coolant Radiator’

4. Waterpump pun mudah rosak seperti gambar di atas, setiap kali tukar timing belt, wajib tukar water pump. Overheat juga boleh berlaku jika mengabaikan water pump.

Ads

5. Segala jenis hose getah pun akan cepat mengeras dan boleh pecah bila-bila masa akibat daripada tindak balas antara air karat dengan getah hos dan overheat boleh berlaku.

6. Radiator pun berkarat, jika terlalu teruk, aliran air melalui radiator tidak berapa cantik, dan menjadi semakin teruk jika aliran air tersekat terus, overheat boleh berlaku jika begini keadaannya.

7. Radiator cap pun akan kena kesan karat, kepala cap ini boleh putus akibat karat.

Oleh itu, jagalah coolant kereta anda, tak mahal manapun, baru RM29 (Proton, Perodua, Toyota, Nissan, Honda lebih kurang harganya). Tukarlah setiap 40-50 ribu km sekali atau 2 tahun sekali bergantung pada jarak perjalanan kereta anda.

Ads

Spare tank atau tangki simpanan di tepi radiator jangan pulak ditambah air, tambah coolant sahaja. Ramai yang tambah air, lama kelamaan kandungan coolant beransur hilang. Inilah sikap dan punca utama kebanyakan kes overheat yang berlaku.

Fungsi dan Kepentingan ‘Coolant Radiator’

Coolant radiator adalah campuran air dan antifreeze yang melalui enjin untuk menyerap haba dan mengalirkannya keluar melalui radiator. Fungsi utamanya adalah untuk memastikan enjin beroperasi pada suhu yang ideal. Antifreeze dalam coolant membantu mencegah pembekuan dalam cuaca sejuk dan juga berperanan melindungi sistem enjin daripada kakisan.

BACA: Panduan Bulanan Cara Turunkan Berat Badan & Naikkan Otot Sepanjang 2025

Sumber: Media Malaysia

Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI