Kita seringkali dengar ramai graduan jurusan kejuruteraan memilih untuk bertukar bidang sebaik sahaja tamat belajar. Isu utama adalah disebabkan penawaran gaji yang tidak setimpal dengan beban kerja yang bakal ditanggung.

Selain itu, disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi juga antara faktor yang menyumbang kepada penukaran kerjaya tersebut. Terkesan dengan isu tersebut, seorang pensyarah, Muhammad Zulfahmi Samsudin telah membuat perkongsian di Facebook bagaimana jauhnya jurang gaji antara graduan jurutera Malaysia & Jepun.

BACA: Akibat Bekas Majikan Suka Kentut Ke Arahnya, Jurutera Failkan Saman AS$1.8 Juta

Antara perkongsiannya adalah: 

Hari ini saya cuba bandingkan beberapa kedai yang saya pergi pada bulan Mac 2018 ketika menghantar pelajar MJHEP batch 5 ke Jepun waktu itu. Maaf ye, ini adalah makanan marhein yang biasa saya makan ketika di Jepun.

Boleh dikatakan harga bahan makanan yang menjadi kos hidup tidak banyak berubah. Mungkin ada harga berubah tapi saya rasa tak banyak. Dulu ada syarikat ais krim menaikkan 10 yen setelah 25 tahun tak naikkan harga ais krim tersebut pun buat iklan minta maaf dan ditayangkan dalam tv.

Walaupun GST di Jepun naik dari 5% ke 8%, yang saya tengok harga makanan yang biasa saya makan tidak berubah. Still Peperencino Saizeriya 299 yen dan kalau campur telur separuh masak jadi 368 yen. Dan kebanyakannya harga tersebut termasuk tax, Ini bermakna mereka serap peningkatan cukai gst dengan mengurangkan margin keuntungan mereka. Customer di Jepun kan raja.. hehe. Semua tak berubah sejak 2003.

Tempura soba saya ambil sebagai contoh sebab makanan favorite ketika belajar, dan boleh dijadikan kayu ukur dengan nasi goreng yang saya makan hari-hari ketika menjadi pelajar Japanese Associate Degree di KYPM Bangi. Juga harganya maintain ketika saya pergi tahun 2018.

Di Siddique Shinjuku pula, Set nan lunch dengan 3 kari juga masih sama iaitu 1200 yen. Kebab di Ueno yang saya rasa pelancong dari Malaysia suka beli juga boleh dapat 500 yen dan jika yang besar sikt 600 yen (big boy). Buffet di ninigayon (2×2=8) di Shimo Kitazawa juga masih 1280 yen. Yang berubah ketika saya perhi ialah onigiri naik 3 yen jadi 108 yen sebab GST dan dijual di convenience store. Dan ikan salmon di Ueno saya dapat 6 keping sahaja dengan 1000 yen. Dulu boleh dapat 8 keping.

Jadi jika kita lihat trend di sini, gaji engineer (maaf saya tak pasti gaji bidang lain) bertambah sekeping 10,000 yen tetapi kos boleh dikatakan mendatar. Jadi engineer di Jepun dapat lebihan 10,000 yen gaji bagi lepasan degree kejuruteraan. Ini menjadikan mereka boleh gunakan lebihan tersebut untuk menyimpan dan sebagainya. Dan sebab itu dari dulu hidup sebagai engineer tidak banyak berubah dari segi kos hidup (makan).

IKLAN

BACA: Anak Malaysia Olah Sistem Penyejukan Model ‘Supercar’ Dengan Konsep Fawzal Number

Di Malaysia seperti yang saya tulis semalam, kos nasi goreng meningkat 200-300% kali ganda tapi gaji bertambah hanya 27% kali ganda (RM2800 bahagi RM2200 darab 100). Ini menyebabkan gaji yang digunakan untuk makan bertambah sekali makan 2-3 kali ganda dan duit untuk disimpan menjadi sikit. Wallahu alam.

Dan dari perkongsian semalam baru saya tahu bahawa bukan semua engineer dapat gaji RM2200 apatah lagi RM2800 untuk fresh grad. Kebanyakan kata ada RM1800 hingga RM2000. Maybe hanya graduan dari Jepun mendapat gaji RM2800 tersebut, jadi apa yang saya kongsikan semalam adalah tentang graduan kejuruteraan dari Jepun adalah lebih tepat.

Jika gaji engineer RM2000, masih tidak berubah dari era 90-an yang mana kos untuk makan pula meningkat 2-3 kali ganda, betul lah yang dikatakan untung orang dulu-dulu. dapat duit sama, rumah murah, boleh beli, kos makan mungkin 3 kali ganda murah dan mereka boleh menyimpan. Engineer kini pula terpaksa menanggung kos sara hidup yang lebih tinggi tapi jumlah gaji sama. Ini menyebabkan mereka lari dari bidang ini.

Saya sebagai pensyarah kejuruteraan mekanikal di MJHEP rasa perkara ini harus diperbaiki kerana mereka (student MJHEP) adalah antara scorer dalam peperiksaan SPM batch masing-masing. Adalah rugi jika mereka belajar engineering tetapi apabila balik dari Jepun, mereka bekerja sekejap sebagai engineer dan lepas tu lari dari bidang. Saya tidak boleh halang kerana itulah sumber rezeki mereka. Tetapi dasar kerajaan untuk lebih ramai engineer tidak akan jadi kenyataan.

IKLAN

Cara untuk mengatasi masalah ini seperti yang saya cadangkan semalam iaitu kerajaan mengusulkan agar gaji engineer naik, pada pendapat saya RM4500 ke atas basic. Gaji menteri puluhan ribu, tapi mereka biasanya dapat baju free untuk majlis yang mereka pergi, minyak kereta free, ada elaun driver, elaun keraian dan sebagainya, tetapi jika difikirkan kerja engineer punya kesusahan juga sama atau lebih sakit otak dari menteri adalah wajar jika gaji asas engineer dikaji juga.

BACA: “Engineer Semua Tak Pandai Pun, Technician Juga Setelkan”, Lelaki Ini Kongsi Berdepan Tanggapan Negatif Dalam Kerja

Cara kedua peniaga harus kurangkan harga barang dan dan dengan itu pengusaha makanan boleh beli barang dengan murah dan harga makanan kan menjadi murah. Ini juga sukar kerana margin untung akan berkurang dan kuranglah jumlah jutawan di Malaysia. Inilah konsep omoiyari yang biasa diguna di Jepun di mana kita lebih memikirkan orang lain. Dan jika ini dapat, margin berkurang pun tak apa kerana boleh beli barang dengan murah. Supply chain murah ini akan menjadikan peniaga di hujung juga tidak kisah dapat margin untung murah kerana mereka kos hidup lebih murahh. Tapi peniaga mana nak begitukan. Mesti lagi banyak untung lagi best. Hehe

Saya masih ingat ketika buat part time di Keiyo Shoko yang melakukan trading komponen elektrik, bos sangat bimbang jika menaikkan harga barang kerana takut kepercayaan pelanggan hilang.

Semalam. ada jika anda baca artikel sepenuhnya, memang saya nyatakan tentang saizeriya atau set lunch di Siddique, tapi ramai tertumpu di gambar iaitu tempura soba Waseda yang berharga 250 yen yang mungkin paling murah. Di kafe Fuji Denki 350 yen dan di luar biasanya boleh dapat 500-800 yen. Saya tidak buat perbandingan tersebut kerana tidak pergi pada 2018.

IKLAN

Ada yang kata saya perlu compare dengan restoran sebelah masjid Teras Jernang juga untuk nasi goreng, tetapi kedai tersebut dah tak ada dan jadi kedai mamak. Saya tak pergi. Dalam tulisan saya juga saya nyatakan pada tahun 2003 harga nasi goreng ialah Rm2.50 hingga RM3.00 untuk area Bangi, tapi saya selalu ke kedai paling murah. Maklumlah elaun RM200 sahaja pada tahun pertama sebelum dinaikkan menjadi RM350.. Bajet hanya RM6.00 sehari sahaja..hehe

Ini adalah sedikit sebanyak yang boleh saya nyatakan tentang kos hidup yang menyebabkan banyak engineer lari dari bidang, Bukan semua tapi ramai. Maaf, saya tak compare kos barangan di Jepun kerana saya tidak banyak membeli pada 2018, maklumlah gaji Malaysia murah 3.5 kali ganda dari Jepun, kalau gaji Jepun baru best. Masih rasa mahal bila diconvert.. hehe

Saya berharap perkara ini sampai kepada pihak kerajaan atau kesatuan pekerja di Malaysia ini untuk difikirkan dan diusulkan atau diselesaikan. Ini boleh menjadikan engineer tidak lari dari bidang. Rugi sangat rasanya.

Alhamdulillah, perkongsian saya tentang gaji engineer semalam mendapat lebih 100k reach (first time dalam sejarah).. Terima kasih kepada pembaca..

Semoga karangan ini memberikan manfaat dan menjadi panduan kepada kita untuk menjadikan Malaysia lebih baik.
Nak belajar design atau AutoCAD jangan lupa cari saya di Mirai Techno ye!!

BERILMU UNTUK BERJASA
MUHAMMAD ZULFAHMI BIN SAMSUDIN

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI